Followers

Sunday, October 25, 2009

Talk di UiTM, Dungun Terengganu

Bulan ini di antara rutin penting saya ialah berulang alik dari Shah Alam ke Terengganu. Boleh dikatakan 3 kali dalam tempoh sebulan turun naik untuk agenda yang berbeza. Pertama sekali ialah untuk tujuan segment seminar yang perlu saya buat di UiTM, Dungun. Hanya memilih Satria sebagai transport utama, Alhamdullilah sampai juga ke negeri pantai timur ini. Pertama kali menjejakkan kaki di UiTM, Dungun ni yang ketara sekali ialah lokasi kampusnya yang berdepan dengan pantai. Memang nampak damai dan nyaman itulah pendapat pertama saya.

Tepi pantai

Parking sebentar di Pantai Kemasik

Pantai lagi

Sempat juga singgah di Pantai Kemasik yang cantik dengan batu-batu besar membentuk landscape unik di pesisiran pantai di sini. Mungkin orang di kawasan ni sudah biasa dengan keadaan di sini menyebabkan saya sedikit jakun. Talk berkaitan dengan pendedahan berkaitan animasi ini dilangsungkan selama 3 jam. Lebih kurang 50 orang pelajar termasuk pensyarah memenuhi dewan. Keseluruhannya saya rasa talk ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan kepada pelajar-pelajar yang lain mengenai animasi. AJK yang menguruskan saya untuk talk ini juga banyak membantu termasuk bermula dari sebelum talk ini berlangsung lagi. Kumpulan AJK yang terdiri dari semuanya ahli wanita amat mesra walaupun pertama kali mengendalikan tetamu dari luar.

Talk di dalam dewan

Antara pelajar yang menghadiri talk

Bergambar dengan semua AJK Talk

Terima kasih kepada semua AJK yang telah membantu termasuklah yang membantu mempromosikan barangan Upin & Ipin. Walaupun mereka ni takkan membaca blog saya ni, tapi saya masih nak ucapkan semoga berjaya dengan kerjaya yang akan dipilih kelak. All the best~

4 comments:

  1. Salam...
    wah, dtg ke uitm dungun ye
    aritu segamat..
    uitm jengka, pahang bila lg?
    hahaha

    ReplyDelete
  2. wsalam, kalau dijemput.. boleh aje

    ReplyDelete
  3. byrn mcm mana ye? hehehe

    ReplyDelete
  4. oo betul2 nak ke? huhu.. bayaran boleh dirunding

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...