Followers

Saturday, October 24, 2009

Majlis Aidilfitri Upin & Ipin - Bah. 1 (Suasana Hari Raya)

Assalamualaikum, kalau orang lain buat open house sudah tentu Upin & Ipin sendiri tak nak melepaskan peluang nak buat jugak. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi semasa sejak proses persediaan awal lagi, namun keseluruhan Majlis Aidilfitri ni berjalan dengan lancar. Bukan mudah nak tetapkan tarikh yang sesuai kerana kesibukkan kerja dan jadual staff yang ketat. Saya yang bersedia seawal 8 pagi di tempat letak kereta mula risau dengan awan mendung yang perlahan-lahan menutup sinaran matahari yang baru mula ingin menerangi kawasan khemah yang separuh siap.

Antara penyambut tetamu pada hari tersebut

Shahmi bersama Juan

Awan mendung akhirnya menurunkan muatannya sekitar pukul 9pagi dan menyebabkan persiapan tergendala seketika. Berkat kesabaran wargakerja LCP, hujanpun semakin reda sekitar pukul 10pagi dan bermulalah kerja-kerja pengurusan majlis. Rata-rata tetamu yang datang dengan meriahnya mengenakan pakaian raya yang sudah tentunya ceria dan menawan. Walaupun majlis bermula agak lewat dari jadual, namun rata-rata tetamu berpuas hati dengan persembahan yang telah disediakan. Gandingan hos yang pertama kali diketemukan, nampak sedondon memilih pakaian merah sebagai penyeri majlis. Afiq dan Kak Ros bukan sahaja mengendalikan keseluruhan majlis namun sempat juga bergurau senda dengan tetamu sambil berborak santai. Selain itu, penampilan pelakon suara seperti Fizi, Ehsan serta Upin & Ipin sememangnya antara aktiviti pembuka acara yang dinanti. Antara permainan yang sempat diselitkan ialah "makan batang buruk tanpa menggunakan tangan". Bagaikan sukaneka, kebanyakkan tetamu bersorak semasa pertandingan dilangsungkan.

Fathiah, Shahmi bersama Afiq antara hos utama


Suasana ketika aktiviti diadakan

Permainan mendapat perhatian adik-adik

Unik makan batang buruk tanpa
menggunakan tangan

Menu makanan yang dihidangkan pada hari tersebut juga merupakan antara yang istimewa. Selain hidangan utama hari raya seperti ketupat dan rendang, roti jala serta cucur istimewa lawang menjadi pembuka selera. Tetamu selain dikumpulkan dari kelab peminat , tetamu juga kebanyakkannya datang dari rakan media. Media seperti TV9, Utusan, Metro dan lain-lain selain dapat bersama-sama bergembira dapatlah juga mencari isi untuk penulisan terkini.

Lemang antara hidangan utama

Faiz sedang berborak dengan Opah

Team berbaju merah... Go Red!

Abang cameraman begitu komited dengan kerjanya

Kevin dan Yuki, bagai limau mandarin dibelah dua

Izdiany dan Kila dari design team
berseri berbaju raya

Seperti biasa penampilan maskot menjadi acara klimaks di mana-mana event. Maskot Upin & Ipin yang pertama kali dipersembahkan dengan baju raya masing-masing ni bagaikan pengantin yang diserbu orang ramai. Baru sahaja menjejakkan kaki dan tak sempat lagi melangkah ramai adik-adik yang sudah mula menerjah maskot kembar ini. Ada juga yang keliru antara Upin & Ipin kerana jambul Upin sudah pula tertutup dengan songkok. Upin dapat dikenal pasti dengan warna baju kegemarannya iaitu kuning dan manakala Ipin disebaliknya. Mungkin ramai yang tidak tahu di mana, maskot Upin & Ipin yang berbaju melayu ini lebih sukar dipakai kerana peralatan seperti songkok yang berat serta baju melayunya yang sangat tebal. Tapi bak orang tua-tua selalu berkata, "biarkan panas, asalkan bergaya".

Nell sedang membantu Upin

Atok bergambar bersama Upin & Ipin

Faiz dan Zaid

Majlis yang tamat sekitar pukul 2 t/hari ini secara keseluruhannya berjaya membuat peminat Upin & Ipin terhibur. Walaupun begitu, sudah pasti masih banyak ruang yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kelab peminat Upin & Ipin yang hadir walaupun berlaku kelewatan sedikit dalam permulaan majlis. InsyaAllah di masa akan datang kita akan memperbanyakkan lagi aktiviti bersama kelab peminat Upin & Ipin.

Shima dan Nurul

Fazidah dan Nell

Semua staff LCP yang telah bekerja keras untuk majlis aidilfitri ini

Terima kasih juga kepada semua staff LCP kerana telah turun untuk memberi sokongan terhadap majlis ini. Selepas ini saya akan sambung bahagian ke 2 topik ini tetapi akan lebih memfokus kepada isu lain. Selamat Hari Raya Aidilfitri~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...