Followers

Thursday, October 22, 2009

Berpesta di Pesta Konvo UTeM

Saya sangat suka bertandang ke Pesta Konvo, bukannya apa cuma setiap kali nampak pelajar berjubah konvo teringat masa belajar dulu. Memang seronok masa zaman belajar dan tak perlu fikir pasal masalah kerja ataupun duit. hehe... Pesta Konvo UTeM ni pula antara Konvo yang sememangnya saya nantikan. Antara sebab utamanya ialah lebih kurang 5-6 staff LCP sendiri merupakan graduan UTeM dan akan berkonvo masa tu. Jadi, selain berevent di situ idea asalnya dapatlah tengok mereka ni berkonvo. Namun oleh kerana hari event kami dan konvo mereka ni berbeza, jadi hajat tercapai.

Maskot Upin & Ipin di banner besar Pesta Konvo

Kakak polis pun nak bergambar dengan Upin & Ipin

Walaupun Pesta Konvo ini tidaklah sebesar konvo UTM yang saya pernah pergi dulu, tetapi sebagai permulaan ianya boleh dikatakan berjaya. Lebih-lebih lagi lokasi konvo UTeM ni merupakan kawasan baru dan ini merupakan batch pertama yang berkonvo di sini. AJK Pesta Konvo UTeM yang membantu kami iaitu Taufiq, dengan tabahnya melayan kami sejak dari malam sebelum mulanya konvo lagi. Sememangnya ketabahan saudara Taufiq ni terserlah dengan kerenah kami yang ingin menukar-nukar masa penampilan maskot.

Adik-adik tadika yang gembira berjumpa maskot

Bergambar dengan Upin & Ipin

Walaupun, perjalanan Pesta Konvo sedikit diganggu dengan sedikit hujan namun semuanya berjaya diubah dari idea asal mengikut kesesuaian. Penampilan maskot muncul di dalam tapak Pesta Konvo buat beberapa kali dan kemunculannya disambut dengan riang termasuklah dari AJK Pesta Konvo sendiri. Maskot Upin & Ipin dibawa berjalan-jalan disamping tampil di dalam sesi kuiz yang berjaya mengumpulkan ramai peminat walaupun di dalam hujan renyai-renyai.

Afiq, Taufiq (AJK Pesta Konvo) dan Zarin

Bergambar dengan semua AJK Pesta Konvo UTeM

Terima kasih daun keladi kepada semua AJK Pesta Konvo UTeM yang kebanyakkannya saya rasa pertama kali menguruskan event sebegini. Jangan takut dan segan kerana ianya barulah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar. Terima kasih kepada Taufiq dan Topo kerana membantu kami semasa di sana. InsyaAllah jumpa lagi nanti.


p/s : teringat pernah berkenalan dengan seorang AJK Pesta Konvo di UTM dulu dan sekarang dia dah jadi rakan sekerja. Menarik bukan~

6 comments:

  1. mana gambar saya???

    ReplyDelete
  2. kan byk gamba ilang... takcaya tanya afiq

    ReplyDelete
  3. rugi xdapat jumpa. busy dengan preparation open house. saya datang pun sekejap je, itupun tgh hujan lebat. ish ish. seb baik dah pernah jumpa upin dekat mitc dulu, tapi time tu still maskot yg berwajah ngeri tu lagi. haha

    ReplyDelete
  4. wohooo.. kat mitc dulu ada ek.. wah, event 1st kitaorg tu.. hehe

    ReplyDelete
  5. waaa..best la Upin & Ipin..nice to know you all..nnti dtg la lg ye ke UTeM..thankz for your commitment in our event..:)

    ReplyDelete
  6. wah...ak suka part p/s tu...memang menarik sangat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...