Followers

Thursday, October 29, 2009

Seminar di UMT, Terengganu

Alhamdullilah, jadi inilah event kali ke 3 saya ke Terengganu dalam bulan ini. Rasanya dah hafal sangat jalan nak ke sana, cuma tak pass cakap Terengganu je lagi. Event kali ni yang diberi nama KnowledgeGRID Malaysia Forum sebenarnya telah lama dijadualkan dan merupakan seminar tahunan yang dianjurkan oleh MIMOS. Saya sekali lagi dijemput sebagai penceramah bagi segmen animasi dan ini juga merupakan kunjungan kali pertama saya ke Universiti Malaysia Terengganu. Mengambil masa lebih kurang 7-8 jam dan merupakan perjalanan yang amat memenatkan. Sampai ke tempat penginapan iaitu Batu Buruk Beach Resort lewat malam menyebabkan tak dapat menikmati permandangan pantai.

Batu Buruk Beach Resort

Banner KnowledgeGrid Malaysia Forum

Bertolak seawal pagi ke UMT yang mengambil masa sekitar 30 minit saja membuatkan saya masih ragu-ragu dengan seminar yang perlu saya beri sekejap lagi. Seminar sebenarnya merupakan hari ke 2 dan rupa-rupanya crowd dikatakan tidaklah begitu banyak jika dibandingkan pada hari pertama. Hanya lebih kurang 30 orang yang menghadiri seminar saya yang juga merupakan seminar pembukaan pada pagi tersebut. Namun begitu, rata-rata peserta merupakan berjawatan Prof, Dr, Dean dari pelbagai IPT dan syarikat. Agak kurang berpuas hati dengan seminar yang saya beri kerana faktor-faktor seperti batuk dan laptop yang kerap hang membuatkan saya mahu lebih bersedia pada masa akan datang. Alhamdullilah, memakan masa lebih kurang 45 minit seminar saya diakhiri dengan beberapa soalan dari peserta yang berminat.

Di hadapan UMT

Perpustakaan UMT

Upin & Ipin pun ada di UMT

Suasana ketika seminar dilangsungkan

Gembira dah abis seminar

Separuh hari di UMT, akhirnya bolehlah kami pulang. Nampaknya pelajar-pelajar di UMT sendiripun berada di dalam mood exam. Jadi, tak berapa ramai pelajar yang tahu berkaitan promotion Upin & Ipin yang sedang diadakan. Mula meninggalkan perkarangan UMT, destinasi seterusnya ialah mencari makan. Mengikut sumber maklumat yang diberi, kat sini terdapat satu kedai yang menjual pelbagai jenis kuih termasuklah akok. Saya pun dah lupa nama tempatnya tetapi ianya berhadapan sebuah sekolah. Memang kat sini ada menjual pelbagai jenis kuih dengan nama yang pelik-pelik dan murah. Kedai ni sudah mula ramai orang mula datang seawal petang.

Suasana kedai kuih

Abang kuih pun suka Upin Ipin

Wow, banyaknya kuih

Perjalanan diteruskan ke Taman Tamadun Islam yang terdapat sebuah masjid unik yang dipanggil Masjid Kristal. Taman Tamadun Islam yang juga terletak di kawasan K. Terengganu ni menyimpan 16 replika bangunan di dalam Tamadun Islam. Berkonsepkan taman, ianya boleh dimasuk dengan bayaran minumum setiap individu. Di Masjid Kristal ni pula selain masjid ini sendiri yang diperbuat dari kaca menjadi tarikan utama, pemandangan dikawasan ini juga sangat menarik dan cantik.

Masjid Kristal

Suasana di perkarangan Masjid Kristal

Masih di Masjid Kristral

Perjalanan balik ke Shah Alam diteruskan lagi namun kami singgah sebentar di kawasan Chendering. Tujuan singgah di kawasan ini ialah untuk balik ke kampung Faris sebentar. Kawasan Chendering ni rupanya kawasan utama dan terkenal dengan kraftangan termasuklah batik dan sebagainya di Terengganu. Sempat juga saya berpusing-pusing mencari rumah Noor Arfa walaupun pada mulanya saya tak taupun siapa tu Noor Arfa. Ingatkan rumah siapa. Rupanya Noor Arfa tu ialah tempat pembuatan batik yang sangat terkenal di Terengganu dan bangungannya sangat besar.

Faris berhajat singgah ke kampung sebentar

Angsa antara pemandangan biasa di kampung

Ke mana pula lepas ni?


Walaupun hari semakin gelap, tapi sempatlah juga singgah sekali lagi di Pantai Kemasik. Tak sempat pula ambik gambar sunset jadi ambik gambar sendiri je. Sekejap saja di sini kerana masih perlu meneruskan perjalanan. Terakhir sekali singgah pula di Cukai yang ada menjual barangan perkahwinan yang dikatakan sangat murah. Sekadar menemankan kawan, tengok-tengoklah sikit apa yang murah sangat tu. Akhirnya sampailah juga di Shah Alam sekitar pukul 12 pagi. Memang memenatkan tetapi sekurang-kurang dapatlah makan angin. Rehat sehari lusanya perlua ke Kedah pula untuk Suarasa Kedah.

Afiq dan Faris berehat di tepi pantai

Yay, gambar2 tepi pantai

Afiq mencari sesuatu di kedai pengantin

Taktau nak cari apa

Ok, lengkap sudah 3 kali trip ke Terengganu buat bulan ni. InsyaAllah selepas ni kita ke negeri lain pula. Apa-apa pun insyaAllah hujung tahun ni akan ada event besar berkaitan Upin & Ipin. Mudah-mudahan event tu nanti akan berlangsung dengan lancar. Nak tau apa eventnya? Tunggu aje la.

Formal Day~

Tiba-tiba saja cik Aien mengumumkan tema untuk hari ni ialah Formal Day. Bukan apa, kebanyakan dari krew LCP yang lebih gemar berseluar jeans dan tshirt sekali sekala mengenakan pakaian formal barulah nampak segak. Boleh dikatakan lebih kurang 40 orang yang berjaya memenuhi syarat Formal Day ni. Baguslah dan selepas ni kita akan cuba dengan tema yang lain pula.

Wednesday, October 28, 2009

Cuti - cuti ke Cherating - Bah. 2 (Manusia dan Gajah)

Okay, bersambung lagi dengan bahagian ke 2 dalam Cuti - cuti ke Cherating. Kali ni saya akan kongsi mengenai destinasi pertama yang sememangnya telah dirancang dari awal lagi. Kuala Gandah yang menempatkan sebilangan gajah dari pelbagai negara ini menjadi lokasi persinggahan semua krew Upin & Ipin. Kenapalah agaknya destinasi ini yang menjadi pilihan ye. Sebenarnya selain di sini terdapatnya faktor tarikan tersendiri, antara sebab lain ialah ingin merasai pengalaman memandikan gajah. Namun, oleh kerana beberapa masalah tak dapat la pulak nak mandikan gajah. Jadi masing-masing kenalah mandi sendiri di bilik hotel nanti.

Saf tak sabar nak mandikan gajah

Ah Wei gembira sampai

Walaupun tak dapat memandikan gajah, aktivit tersebut digantikan dengan menaiki gajah. Oleh kerana tiket untuk menaiki gajah adalah terhad, jadi tak semua berpeluang untuk menaiki gajah. Hanya orang-orang yang handsome saja dikatakan berpeluang berbuat demikian. Tempat aktiviti bersama gajah pula memerlukan kita berjalan kaki sedikit ke dalam. Berikut ialah antara gambar ketika melawat gajah-gajah di sini.

Masing-masing berpeluang menaiki gajah

Hasan bersedia menaiki gajah nanti

Papan tanda aktiviti bersama gajah

Berjalan ke dalam ruang aktiviti bersama gajah

Sebenarnya selain memandikan gajah, aktiviti utama di Kuala Gandah ni sudah tentulah melihat gajah dari dekat. Gajah yang didatangkan dari pelbagai negeri dan negara ni sememangnya sudah bersedia menyambut kedatangan kami. Bergambar sambil memberi makan tebu juga merupakan diantara aktiviti sambilan yang boleh dilakukan di sini. Seperti tidak pernah melihat gajah masing-masingpun mengerumuni gajah-gajah sambil memegang mana-mana bahagian gajah yang sempat.

Antara gajah yang bersedia diberi makanan

Pegang-pegang gajah

Atok bersama gajahIda Shaheera bersama Sarah


Yuki bersama gajah

Adam bersama gajah

Antara yang menarik perhatian saya ialah bila Aunty Fiza memberikan pendapat dia mengenai sebab mengapa sebenarnya kami di bawa ke sini. Ye lah, dalam banyak-banyak binatang kenapalah perlu melawat gajah? Jawapan yang diberikan ialah kerana kita perlu ataupun boleh mengkaji sifat-sifat gajah itu sendiri dalam setiap kerja yang kita amalkan. Gajah biasanya akan bekerja di dalam kumpulan yang besar. Tak kira sebesar mana pula kumpulan tersebut, biasanya akan ada seekor ketua yang bertanggung jawab mengetuai kumpulan tersebut. Ketua amat penting di dalam sesebuah kumpulan bagi memastikan kejayaan atau kemusnahan kumpulan tersebut. Gajah juga sekiranya siapa tahu, di antara binatang yang tidak mudah lupa dengan apa yang pernah dilaluinya. Begitulah juga kita di dalam kerja masing-masing tidaklah melupakan asal usul kita bila dah berjaya pada satu hari nanti. Begitulah lebih kurang sifat-sifat gajah yang sepatutnya kita sebagai manusia ambil dan kaji.

Ketika aktiviti menaiki gajah

Juan, Ash dan Faren pun menaiki gajah

Fazidah, Salina dan Aien pun naik juga

Antara krew yang bergambar

Baru selesai update tak sampai sehari untuk cuti-cuti ke Cherating ni. Masih banyak lagi yang nak dikongsi. InsyaAllah bahagian ke 3 akan menyusul nanti. Kepada siapa-siapa pembaca blog ni yang ada pengalaman ke Kuala Gandah juga boleh la berkongsi dengan saya nanti.

Tuesday, October 27, 2009

Cuti - cuti ke Cherating - Bah. 1 (Bangun Pagi)

Alhamdullilah, akhirnya hari yang dinanti-nantikan oleh semua staff LCP untuk family day ke cherating pun tiba. Lebih kurang sebulan perancangannya mula dilaksana, namun semuanya hanya dapat digambarkan bila tiba harinya. Company trip tahunan kali ni memilih destinasi ke Cherating di atas banyak faktor. Menggunakan khidmat 2 bas persiaran dengan memuatkan lebih kurang 70 orang staff baru dan lama menjanjikan satu percutian yang menarik. Bersiap sedia seawal pukul 8 pagi, semua staff LCP bersiap awal untuk memulakan perjalanan yang jauh ini.

Bas Persiaran bersedia di hadapan studio LCP

Banner trip yang cuba dipasangkan di bas

Ramainya orang

Yela, trip sebesar ini bila dah melibatkan ramai orang sememangnya ada sahaja yang ltidak mengikut perancangan awal. Ada juga yang lambat dan sebagainya. Jadi sambil menunggu tu, masing-masing selain menjamu sarapan pagi tidak kurang juga yang bergambar sebelum memulakan perjalanan. Selain breakfast yang telah disediakan iaitu burger En Ramly, ada juga beberapa orang staff yang menyediakan breakfast tambahan seperti sandwich dan muffin. Rajin betul dorang ni buat breakfast pagi-pagi.

Sebenarnya, rata-rata staff LCP ni pantang tengok camera. Camera pun pantang tengok dorang. Untuk trip ni sahaja, secara keseluruhannya dah berjaya mengumpul lebih kurang 5,250 keping gambar yang secara total bersaiz 10Gb dari 11 kamera berasingan dan 8GB video dari 1 video kamera. Hmm, semasa saya nak menulis blog ini pun mengambil masa yang lama untuk memilih gambar yang sesuai.

Masing-masing siapkan hal masing-masing dulu

Hasan dan Salina ketika breakfast sebelum perjalanan

Razuri aka cameraman lincah merekod aksi menarik

Antara staff perempuan LCP yang sudah bersiap sedia

Adam dengan camera DSLR nya

Setelah memastikan semua orang dan peralatan mencukupi, barulah masing-masing bersedia untuk berangkat. Perjalanan yang dimulakan dengan doa oleh Nell ni bertujuan mendapat keberkatan disepanjang perjalanan dan menjauhkan dari elemen-elemen yang kurang baik. Bergambar sekali lagi beramai-ramai di hadapan studio LCP tanda sudah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan yang jauh ini. Dijangkakan perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam ke destinasi seterusnya membuatkan masing-masing sudah mempunyai perancangan untuk menghiburkan diri di dalam bas. Sebahagian memilih gitar sebagai alat mengurangkan kebosanan di dalam bas tetapi saya memilih makanan sebagai elemen utama. Hmm...

Baca doa sebelum memulakan perjalanan

Ramai-ramai ambik gambar dulu

Iz sedih meninggalkan office

Yuki dengan beg besarnya

Ash bersiap dengan begnya

Menetap semalam 3 hari 2 malam, masing-masing membawa pelbagai saiz beg mengikut kesesuaian. Ada juga yang bagaikan ingin duduk seminggu di sana membawa beg besar siap beroda. Kesemua staff LCP nampaknya sangat teruja pada pagi itu memandangkan kebanyakkannya sudah agak lama tidak melakukan outing sebegini. Nampaknya semua telah bersiap dan bersedia untuk memulakan perjalanan. Selepas ini saya akan update mengenai destinasi pertama yang kami kunjungi. Oleh kerana terdapat terlalu banyak gambar yang ingin dikongsi, mungkin topik mengenai cherating ini akan ada banyak bahagian. Hehe.

Ehsan dan Faiz

Acap dan Tom

Yay, semuanya dah berada di dalam bas

Shima, Nurul, Zarin serta Juan tak sabar
nak mulakan perjalanan

Ida Rahayu (Oopet)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...