Followers

Monday, September 14, 2009

Rakaman Ketupat Rendang Kopi O Aidilfitri

Alhamdullilah akhirnya semasa saya menulis post ini Ramadhan sudahpun hampir melabuhkan tirainya. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan menyambut Aidilfitiri. Mengikut perancangan, kemungkinan besar saya akan beraya di Batu Pahat selama 2 hari dan kemudiannya beraya di rumah sedara - mara sekitar Melaka dan Seremban. Tapi, apa-apapun kali ni saya nak berkongsi mengenai rakaman program raya yang telah berlangsung sebelum masuk bulan puasa lagi sebenarnya.

Lokasi rakaman ialah D' Haslam

Rakaman Ketupat Rendang Kopi O yang merupakan edisi raya bagi rancangan Nasi Lemak Kopi O ni telahpun menjalani rakamannya di rumah D' Haslam yang terletak di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat. Rancangan ni dijadualkan akan ke udara pada hari raya ke 3 nanti di TV9. Saya bersama team Upin & Ipin sedikit sebanyak turut gembira dan teruja kerana dapat berkongsi pengalaman baru di sepanjang rakaman raya ni. Dikendalikan sepenuhnya oleh personaliti TV9 seperti Syarifah Nur, Farrah Adeeba, Azian, Aziz Desa dan beberapa orang lagi program ini turut diceriakan oleh kunjungan anak-anak yatim.

Bergambar di lokasi rakaman

Shima, Faris dan Zarin bergambar sementara
menunggu giliran rakaman

Bergambar sekejap

Selain itu, beberapa orang artis juga turut memeriahkan rakaman tersebut termasuklah Farah (AF). Farah yang pertama kali berjumpa dengan maskot Upin & Ipin ni sangat teruja dan tidak melepaskan peluang untuk berebut bergambar bersama-sama Upin & Ipin. Farah yang sangat berbeza dari yang biasa kita lihat di kaca TV iaitu dalam erti kata lebih kecik dan comel ni turut mendendangkan beberapa buah lagu raya semasa program ni.


Farah cuba berinteraksi bersama Ipin

Farah ketika mendendangkan lagu raya

Farah bergambar bersama Upin & Ipin selepas selesai rakaman


Rakaman juga melibatkan penglibatan anak-anak yatim dan juga dilakukan dibeberapa set yang berbeza. Saya diberitahu rumah D' Haslam ni kerap kali digunakan sebagai lokasi pengambaraan drama ataupun rencana. Lokasinya yang cantik dan mengekalkan ciri-ciri rumah tradisional tetapi dimodenkan sedikit ini sememanya mempunyai permandangan yang amat cantik dan menarik.

Ketika rakaman bersama anak-anak yatim

Persiapan sebelum rakaman

Ipin hampir ingin terjun ke dalam kolam

Bergambar dengan adik Fimi

InsyaAllah jangan lupa menyaksikan rancangan ini di TV9 pada raya ke 3 nanti. Sebelum itu, jangan keliru dengan pakaian baju melayu saya kerana saya tidak akan keluar TV pun untuk rancangan ni. Sekadar ingin memeriahkan rakaman pada hari tersebut.

1 comment:

  1. ehehehe...hampir keluar tv la bang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...