Followers

Friday, September 25, 2009

Original VS Cetak Rompak

Wow, nampaknya sebaik sahaja DVD Geng Original berada dipasaran ianya terus mendapat sambutan hangat dari peminat filem ini. Boleh dikatakan ianya merupakan masa yang sesuai untuk mengeluarkan DVD ini lebih-lebih lagi untuk tayangan pada cuti raya nanti. Tapi ramai yang tak tau sebenarnya cetak rompak filem ini telah berada dipasaran lebih kurang selepas 2 hari selepas DVD ini dijual. Wah, sungguh berdedikasi nampaknya pencetak rompak semua bekerja. Memang sedia maklum di Malaysia isu cetak rompak memang sudah diketengahkan untuk sekian lama dan nampaknya sampai sekarang tiada apa-apa yang berubah. Sebelum ini kalau kita perasan jangan katakan CD dan baju malahan benda sekecik selipar pun boleh dicetak rompak dengan begitu mudah sekali. Ini sebenarnya kerana faktor tiada kesedaran dan tidak faham atau pura-pura tidak faham dengan apa itu Harta Intelek ataupun IP ni. Kebanyakan dari mereka menganggap mereka yang mengeluarkan kos penghasilan produk berkenanan dan tiada kesalahan langsung di sisi undang-undang. Di Malaysia pula hak Harta Intelek juga agak baru dan kebanyakkan pihak agak kabur-kabur dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Bayangkan Upin & Ipin sendiri sebenarnya telah ditrademark sebelum keluarnya siri Upin & Ipin dipasaran lagi.


Cover DVD Geng Cetak Rompak

Tak cukup dengan DVD cetak rompak yang banyak di pasaran sekarang, muncul pula video DVD Rip yang sangat mudah didapati di laman web torrent tempatan. Bagaikan bangga dengan hasil rip video berkenanan sesetengah laman web mengendaki pemuat turun untuk meletakkan watermark laman web torrent tersebut sebagai tanda dari mana sumber tersebut boleh didapati. Sekiranya anda google sekarang saya pasti sekurang-kurangnya 10 laman web torrent menawarkan perkhidmatan ini.

Screenshot hasil DVD RIP

Bersesuaian dengan cuti hari raya, DVD Geng cetak rompak sememangnya telah dijual berleluasa di seluruh negara. Saya sendiri dapat menyaksikan DVD Geng cetak rompak dijual di Batu Pahat dengan begitu terbuka. Tidak kurang juga beberapa kedai video yang menjual DVD Original tetapi pada masa yang sama juga turut mempromosikan DVD cetak rompak. Mereka memperlekehkan DVD Original dan memberitahu sudah cukup sekadar membeli DVD cetak rompak. Seperti musuh dalam selimut sebenarnya sikap segelintir orang sebeginilah yang menjatuhkan industri kita.

Ramai juga yang tidak tahu DVD Geng Original Disk 1 yang mengandungi keseluruhan filem dilengkapi dengan sistem anti cetak rompak. Disk 1 ini tidak boleh di "copy" terus seperti DVD yang biasa kita lihat dipasaran. Itulah janji pengedar DVD Geng dan lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Ah Wei memeriksa DVD cetak rompak

Namun begitu tidak juga dinafikan ramai peminat setia yang menyokong dan membeli DVD Original GENG. Kebanyakkan dari mereka sudah pun menonton berkali-kali filem Geng semasa di pawagam beberapa bulan lalu dan ingin menjadikan DVD Geng Original ini sebagai koleksi peribadi. Terima kasih kepada peminat yang sanggup membeli DVD Original ini yang sekarang ini begitu mudah didapati di mana-mana ccawangan Music Valley, Tesco, Giant serta Jusco. Kepada pembaca blog saya yang sudah membeli DVD Geng, apa kata anda tulis sedikit review atau komen di blog anda untuk dikongsi bersama-sama.

Kebanyakkan peminat yang membeli DVD Geng ini semestinya untuk tayangan bersama keluarga semasa cuti hari raya. Saya juga ada mendapat maklumat di mana ada beberapa peminat yang menyaksikan Geng di dalam kenderaan masing-masing semasa di dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing. Tidak kurang juga yang menayangkan filem Geng semasa menyambut kunjungan sanak saudara beraya ke rumah.

Staff Les' Copaque harap peminat menyokong DVD Original

Terima kasih sekali kepada yang telah membeli DVD Geng Original dan teruskan menyokong industri animasi tempatan. Berikut ialah diantara blog yang ada menulis mengenai DVD Geng ini:

http://zimieizmel.blogspot.com/
http://blog.exjam.net/
http://afiqludin.blogspot.com/
http://papysnow.blogspot.com/



6 comments:

  1. Thankyou to those who supported original! You guys rockkkssss!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:28 PM

    ini review dari haku...... pendek ajer..

    dvd yg haku beli sangkut2... takde kualiti.. korang kena bagi amaran skit pada pengilang... QC yg rendah menjatuhkan imej DVD nih... hilang selera haku nak masuk peraduan kira opet... nak pasang time open house raya pon malu..

    ReplyDelete
  3. dah beli pon yg ori.....ade jamuan raye lg keer???btau la yer..x penah begambo ngn upin ipin lg ni...

    ReplyDelete
  4. saya dah beli..
    semestinya yg ori..! XD

    ReplyDelete
  5. aku beli dvd original ngan afiq aritu..

    sorry to say..aku download jgk versi cetak rompak..sebabnye?

    dvd original xboleh play dekat dvd player biasa, which aku tau ramai jgk yg ada masalah yang sama.. kalau aku return balik n exchange, tetap sama jgak rite?

    agak kecewa la jgk.. last2 aku download sbb nak bg adik aku tgk kat tv biasa.. komp umah xckop "power" utk play..

    and kalau ckp dvd original xboleh copy, ckp kat mv yg cubaan diorang kali nie gagal,so sekaligus merosakkan reputasi korang~

    takde ke diorang test dlu..haih...

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:16 PM

    AKU BELI ORIGINAL PUNYA MEMANG BEST DIA PUNYA SOUND...........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...