Followers

Thursday, September 17, 2009

Keberkatan Suarasa Klang

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Suarasa dianjurkan pada bulan Ramadhan. Bersesuaian dengan bulan yang mulia ini, Suarasa diadakan di dalam konsep yang sedikit berbeza. Ianya bukan sahaja diadakan diperkarangan masjid namun aktivitinya juga diterhadkan dan bersesuaian dengan tema bulan Ramadhan. Tapak Suarasa di dalam masjid ini walaupun tidaklah berapa besar, namun sudah cukup untuk melengkapkan program Suarasa kali ini. Bermula sekitar pukul 2 tengahari dan berakhir sekitar 3 pagi, Suarasa kali ini memang lain dari yang lain.

Masjid di Klang menjadi lokasi Suarasa kali ini

Aktiviti rutin kami sudah semestinya penampilan istimewa Upin & Ipin. Penampilan maskot yang dihadkan kepada beberapa minit sahaja kadang kala menjadi tumpuan orang ramai dan seolah-olah tidak mencukupi. Oleh kerana kawasan tapak yang tidaklah begitu luas, sempat juga saya membawa maskot ronda-ronda kawasan tapak untuk beberapa kali. Mungkin di dalam suasana berpuasa, jadi kebanyakkan peminat yang ingin bergambar adalah di dalam keadaaan terkawal dan teratur.

Upin & Ipin bergambar di backdrop besar Suarasa

Maskot diserbu orang ramai

Ronda-ronda dengan Ipin

Upin & Ipin mengacau dodol

Peminat Upin & Ipin yang terkejut dengan kemunculan maskot

Selain dari itu, beberapa personaliti TV9 juga turun padang untuk memeriahkan Suarasa kali ini. Di antaranya ialah Ustaz Zamri yang sangat terkenal dengan rancangannya iaitu "Ustaz Zamri Bercerita". Ustaz yang kebiasaanya bercerita di studio, kali ini membuat kelainan dengan bercerita secara live kepada kanak-kanak di sini. Selain itu, booth TV9 juga diceriakan dengan adik Fimi yang sudah biasa mengendalikan booth Adik di 9. Pada kali ni, kami terpaksa berkongsi satu booth bersama TV9. Oleh sebab itu, kali ini kami agak kekurangan ruang namun kebaikkannya ialah kami agak dekat dengan kesemua personaliti serta aktiviti yang diadakan di booth TV9.

Ustaz Zamri Bercerita

Adik Fimi

Booth di TV9 tidak lengang kerana diceriakan oleh peserta Gadis Melayu musim ke 2. Kesemua peserta GM2 ini turun dan mempromosi diri masing-masing di dalam segmen suai kenal bersama peminat. Oleh kerana aktiviti suai kenal ni begitu dekat dengan booth jualan kami, jadi saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar mereka dari jarak dekat. Rata-rata yang datang bertudung itu, selain memperkenalkan diri mereka juga turut mengadakan kuiz ringkas untuk pengunjung. Apa-apa pun goodlucklah kepada mereka semua ni dan kita tunggu sahajalah keputusan pemenangnya dihujung rancangan nanti.

Gadis Melayu musim 2 ketika aktiviti suai kenal

Salah seorang peserta sedang memperkenalkan diri

Antara peserta Gadis Melayu musim ke 2

Selain dari itu, sempat juga saya berjumpa dengan Gadis Melayu musim 1 yang semakin sibuk dan terkenal dengan rancangan memasak "Resepi Istana" disepanjang bulan puasa. Khusna kali ini tidak berpakaian TV9 nampak lain dan bersahaja mengendalikan beberapa booth di Suarasa untuk segmen lintas langsung. Mungkin rezeki beliau semakin bertambah semenjak dua menjak ni. Tidak ketinggalan Syarifah Nur yang semenjak dua menjak ni sering kelihatan makan di Geng's Corner.

Khusna dan Syarifah Nur bergambar bersama peminat

Nurul, Shima, Syarifah Nur, Zarin dan Juan serba serbi pink

Nampaknya walaupun Suarasa kali ni nampak lebih ringkas dan mudah, namun ianya sememangnya menduga tahap ketahanan berpuasa. Melakukan aktiviti di panas terik amat berbeza seperti berpuasa pada hari lain di office. Sekurang-kurangnya cara ini lebih baik dari tiada langsung cabaran semasa berpuasa. InsyaAllah selepas ini ialah Suarasa di Shah Alam pula. Mengikut perancangan, kemungkinan besar kami tidak akan menyertai Suarasa kali ini kerana bertembung dengan aktiviti syarikat. Tapi, sama-samalah doa supaya boleh berlaku keajaiban.

p/s : pertama kali berbaju pink Upin & Ipin. Ingat pompuan je ke boleh baju pink

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...