Followers

Tuesday, September 22, 2009

Di Sebalik Tabir Photoshoot Upin, Ipin Fathiah dan Dato' CT

Akhirnya post yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan blogger semua sempat juga saya tulis pada cuti raya ke 3. Antara event yang sangat memberi makna kepada saya disepanjang 3 tahun melibatkan diri bersama Upin - Ipin lebih-lebih lagi kepada adik Fathiah sendiri. Photoshoot untuk Kosmo yang dirancang kurang dari 3 hari ni sememangnya dinanti-nantikan oleh crew Upin & Ipin tapi bukan untuk adik Fathiah kerana dia sendiri masih tidak tahu dengan siapa dia akan bergambar. Kami merahsiakan mengenai details photoshoot yang akan disertai Tiah dengan memberi alasan Tiah pasti akan rasa berbaloi-baloi nanti selepas sertai photoshoot ni. Tiah yang separuh blur hanya mengiakan saja apa yang dijanjikan oleh abang-abang Upin Ipin semasa dalam perjalanan ke Hotel Nikko.


Tiah baru sedar Dato' CT merupakan
pasangan bergambar pada hari tersebut


Tiah sendiri sebenarnya merupakan peminat no 1 Dato CT yang sering menyebut nama CT sekiranya ditanya oleh media siapakah artis kegemaran Tiah. Bagaikan mimpi jadi kenyataan Tiah disebaliknya terkaku dan terdiam sebaik sahaja ternampak kelibat CT di dalam Royal Suite Hotel Nikko yang dijadikan lokasi pengambaran kali ini. Sambil mencuit Mamanya inginkan kepastian, dia masih dalam keadaan separuh percaya. Sebenarnya bukan Tiah saja yang hampir tidak percaya, malahan saya bersama beberapa team Upin & Ipin juga tergamam melihat CT yang berada di depan mata. Berada di dalam photoshoot tertutup memudahkan saya untuk bergambar serta berborak santai bersama CT. CT yang pertama kali berjumpa dengan maskot Upin & Ipin pula nampaknya sangat teruja dan gembira. CT yang begitu mesra ini sangat sopan dan merendah diri. Malahan CT lah yang pertama sekali yang mengeluarkan hasrat untuk bergambar bersama Upin & Ipin. Saya bersama Afiq yang malu-malu awalnya akhirnya mengeluarkan DLSR masing-masing dan mengambil gambar dari pelbagai sudut yang termampu.

Upin, Ipin Dato CT dan Fathiah pertama kali digandingkan

Dato CT begitu mesra bersama Fathiah

Tiah gembira berjumpa CT

Dato' CT yang kelihatan cantik

Tiah yang agak kaku pada awalnya semakin lama nampaknya semakin selesa dengan CT. CT yang pandai melayan dan mengambil hati Tiah akhirnya menampakkan kemesraan diantara dua bintang baru dan lama ini. Lebih dari 3 set dan 2 persalinan dikenakan oleh mereka berdua untuk melengkapkan sesi hampir 2 jam photoshoot kali ini. Walaupun sebenarnya photoshoot kali ini hanya disertai oleh seorang photographer dari kosmo tetapi suasananya bagaikan banyak photographer dari media-media lain. Manakan tidak, saya dan Afiq yang dengan DSLR masing-masing berlari ke kiri dan kanan mencari angle yang cantik mengalahkan photographer utama kosmo.

Gambar yang digunakan untuk cover Kosmo

Photographer sedang mengambil gambar untuk cover Kosmo

Saya di dalam sesi photoshoot

Dato' CT yang sempat mengemaskan rambut Tiah

Dari ruang tamu kita berpindah ke dalam bilik tidur pula . Tiah semasa ni yang memang sudah nampak lebih selesa dengan CT begitu gembira dapat berbaring di atas CT. Memang nampak lebih mesra dan akrab bagaikan seorang ibu dan anak. Warna tema baju yang hampir sama menaikkan lagi seri gambar. Sama cantik dan sama comel itulah sahaja yang dapat saya katakan.
Gambar di dalam bilik tidur yang lebih cantik ini terus disetkan sebagai wallpaper Tiah di dalam handphonenya. Sempat juga saya bergambar bersama Tiah di sudut katil walaupun saya tahu dia tidak akan memilih gambar saya untuk dijadikan wallpaper handphonenya.

Fathiah dan Dato CT bergambar di atas katil

Mama Tiah turut mengambil gambar untuk simpanan peribadi

Zarin, Tiah dan Mamanya

Gambar potret Fathiah

Walaupun sesi photoshoot ini memakan masa hampir 2 jam, namun terasa sangat sekejap dan tidak puas bergambar. Tiah sendiri sempat memberitahu hasratnya untuk berjumpa dengan Dato' CT lagi pada keesokkan hari. Photoshoot ini diakhiri dengan sesi temuramah oleh wartawan kosmo. Saya membantu Tiah menjawab soalan-soalan yang berkaitan Upin & Ipin disamping soalan-soalan lain berkaitan aktiviti hari raya Tiah.

Peluang bergambar bersama Dato' CT

Saya bersama Mama Tiah semasa sesi temuramah

Selain dari itu, Dato CT yang sempat mencuba kepala maskot Ipin berjaya mengayakan pelbagai pose comel yang sekarang ini telah tersebar dibeberapa laman web. CT yang pada awalnya teragak-agak untuk mencuba memberanikan diri juga selepas kepala maskot tersebut diserahkan kepadanya. Tak sangka CT boleh dikatakan menghasilkan banyak pose comel walaupun pertama kali memakainya. Nampaknya selepas ini, siapa yang memakai maskot Ipin pasti akan rasa bertuah dan tidak mahu menanggalkan kepala maskot untuk jangka masa yang lama.

Gambar Dato CT mencuba kepala Ipin
yang tersebar di Internet


Dato' CT, Tiah, Kak Lin (Mama Tiah) Depan
Wartawan Kosmo (Belakang)

Saya bersama team Upin & Ipin masih berasa teruja sampai sekarang dan bertuah berpeluang berjumpa dengan penyanyi no 1 negara. Tiah yang tiba-tiba aktif disepanjang perjalanan pulang sudah faham akan maksud berbaloi-baloi. Terima kasih kepada wartawan Kosmo kerana memberi peluang ini dan insyaAllah kerjasama di antara Kosmo dan pihak Dato' CT dapat dijalin pada masa akan datang. Selain itu, sila layari laman web di bawah yang juga menulis mengenai photoshoot ini :

http://blog.selebriti.tv/dato-siti-nurhaliza-dalam-upin-ipin-album-tahajjud-cinta
http://www.ala-mak.com/kisah-datuk-siti-upin-dan-album-tahajjud-cinta/

p/s: Boleh juga layari Facebook rasmi Dato' CT -> http://www.facebook.com/album.php?aid=107654&id=126837781389#/pages/Siti-Nurhaliza-Tarudin-Official/126837781389

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...