Followers

Sunday, September 06, 2009

Bersama K9 di Mydin Klang

Event kali ni sebenarnya hanyalah event mini yang saya sertai bersama-sama team event dari K9 (Kawan 9). Berkonsepkan ala-ala Viva Zoomer untuk Hot.FM dan Krew Era Avanza untuk Era.fm sesi bersama K9 ni hanya mengambil masa sekitar 1 jam. Bertempat di Mydin Klang, sememangnya lokasi kali ini tak berapa jauh dari office di Shah Alam. Yang menariknya event ni dilangsungkan semasa bulan puasa. Seperti yang diduga, kami akan mengalami masalah tempat pertukaran baju maskot. Ramai orang yang menganggap maskot boleh ditukar di bilik kecik ataupun toilet. Oleh kerana kesuntukan masa dan ketiadaan pilihan lain, nampaknya maskot Upin & Ipin kali ini terpaksa bertukar di dalam bilik persalinan pakaian yang terletak di dalam kawasan jualan pakai di dalam Mydin sendiri.

Juan dan Zarin bersiap sedia membawa keluar maskot

Bertukar maskot di dalam bilik persalinan yang sempit

Bayangkan kita sendiri nak berjalan di dalam Mydinpun agak sempit dan susah, inikan pula maskot Upin & Ipin yang besar. Tambahan pula bilik persalinan yang disediakan terletak di tingkat 3. Memang agak susah nak menempuh proses persalinan baju maskot yang rata-rata kakitangan Mydin ketika itu sudah mula dekat dengan dasar ingin tahu. Selepas itu, maskot terus ditampilkan di ruang legar berhadapan dengan Mydin Klang. Team K9 yang telah menanti terus menjalankan aktiviti suai kenal serta games dengan pengunjung di situ.

Asraf dari K9 mula memperkenalkan diri

Tiah juga turut hadir

Tiah, suara latar Upin & Ipin yang juga tinggal di Klang sempat memeriahkan aktiviti bersama K9 ini. Rata - rata pengunjung di sini agak baru dan pada awalnya tidak faham apa tujuan team K9 ini berada di sini. Pengunjung yang boleh dikatakan ramai ini masing-masing mula mengerumuni kawasan aktiviti yang tidaklah begitu luas ini. Mungkin buat seketika boleh dikatakan agak risau dengan keadaan sekeliling yang menampakkan kebanyakkan orang sudah mula berasak-asak untuk melihat dari jarak dekat. Purata pengunjung yang terdiri dari pekerja warga asing menambahkan lagi keraguan saya.

Risau orang mula berasak-asak

Upin bergambar dengan pengunjung

Cameraman TV9 merakamkan aksi akviti bersama K9

Alhamdullillah, tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Mengambil masa lebih kurang 1 jam, akhirnya kami terpaksa menamatkan acara dan penglibatan maskot yang sudah berdiri agak lama. Memikirkan pemakai maskot juga sebenarnya sedang berpuasa jadi penglibatan maskot hanyalah mana yang terdaya sahaya. Masalah menyalin maskot datang sekali lagi di mana tempat persalinan maskot tadi terletak terlalu jauh dan kurang strategik. Dengan persetujuan semua orang, kami menyalinkan maskot di tempat letak kereta yang pada masa itu tidak ada orang. Hanya mengambil masa kurang dari 5 minit, masing-masing siap untuk pulang.

Bergambar di dalam Mydin

Siap untuk menyalin maskot

Bergambar bersama Tiah

Walaupun ringkas, namun event pertama pada bulan puasa ini amatlah seronok dan mencabar. Selepas ini, event yang berlangsung ialah Suarasa Klang yang juga diadakan pada bulan puasa. Nantikan selepas ini.

p/s : Blog ni dah mula ada logo.. hehe

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...