Followers

Thursday, September 17, 2009

Berbuka di Saujana Resort

Assalamualaikum, post kali ni saya kongsikan mengenai suasana berbuka di Saujana Resort Shaha Alam. Majlis berbuka puasa anjuran Les' Copaque Production sendiri untuk semua warga kerja ni julung-julungnya diadakan di Saujana. Disponsor sepenuhnya dengan kata lain makan free sememangnya memberi peluang untuk semua warga kerja berbuka bersama-sama dan merehatkan minda dari stress dengan kerja masing-masing. Boleh dikatakan lebih kurang 80 orang staff termasuk dengan pasangan masing-masing turut memeriahkan majlis ni.

Diantara staff yang menanti waktu berbuka

Pasangan saya pada hari tersebut, Miss Yuki

Oklah, sebenarnya Yuki bukanlah pasangan saya pada hari tersebut. Cuma Yuki hanya ada sehelai baju kurung berwarna oren yang akan dipakainya disetiap majlis formal dan secara kebetulan sama dengan warna baju melayu kegemaran saya. Saya pasti Yuki akan mengetuk saya selepas membaca caption di atas. Selain dari staff LCP sendiri, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pelakon suara termasuklah adik Fathiah yang ditemani keluarga tersayang.

Fathiah bersama Mamanya

Antara anak dara LCP (Hmm, ada yang berkenan?)

Antara jejaka LCP (Macam pelakon filem ni)

Kesemua menu makanan yang disediakan agak menarik dan sangat memuaskan. Sudah tentulah makanan yang menjadi tumpuan orang ramai di mana-mana buffet Ramadhan ialah kambing golek. Mengikut feedback orang ramai kambing golek yang digolekkan pada malam tersebut sungguh sedap dan berdaging lembut. Saya mengurangkan pengambilan daging kambing di atas sebab awet muda yang saya amalkan sejak berumur 10 tahun (kononnya la). Tiada juga gambar kambing golek yang sempat diabadikan di dalam mana-mana kamera yang ada pada malam tersebut. Diantara menu lain yang turut menjadi tarikan ialah pelbagai jenis ikan bakar, popiah. satey, ketam dan macam-macam lagi.

Daging kebab

Kaunter ikan bakar

Satey daging yang antara tersedap pernah dimakan

Selain dari aktiviti makan, malam tersebut juga dimeriahkan dengan cabutan bertuah. Walaupun sebelum ini sudah beberapa kali cabutan bertuah tidak memberi tuah kepada saya, namun pada malam tersebut seperti kata orang-orang tua; tuah ayam nampak di kaki, tuah saya nampak di baju. Yela, warna oren kegemaran saya ni menyerlahkan ketuahan saya pada malam tersebut. Walaupun hanya berjaya membawa pulang bantal Ipin sahaja tetapi ianya sekaligus telah mengecewakan sekurang-kurangnya 60 orang yang lain yang pasti pulang dengan tangan kosong. (Jangan marah ar). Kepada yang kurang bertuah, sila cuba lagi tahun depan...

Antara hadiah yang disediakan

Afiq yang menjadi emcee pada malam tersebut

Zaki berjaya memenangi hamper besar

Wow, tuah mendapat bantal Upin

Majlis yang berakhir sekitar pukul 10 malam tu, membolehkan kami bersantai seketika sambil bergambar bersama-sama. Sekurang-kurangnya 6 buah kamera termasuklah kamera biasa dan digital SLR digunakan untuk mengabadikan kenangan berbuka bersama-sama. Dari foto berkumpulan hinggalah kepada bertiga-tigaan dan seterusnya berdua-duaan diambil dari pelbagai sudut kawasan Saujana Resort ini.

Bergambar bersama Fazidah yang
mengenakan tudung ala2 pengacara TV9

Bersama Shima yang juga mengenakan pakaian
berwarna oren dan berselendang

Antara group foto yang sempat diambil

Nad, Zarin, Juan, Nurul dan Shima dalam jarak
bergambar yang agak berbeza.

Zarin, Juan dan Afiq yang kurang
pasti sedang bersalam untuk apa


Group foto di bawah pokok kelapa

Adik Fathiah yang begitu gembira
dapat bergambar bersama saya

Antara keseluruhan team yang sempat bergambar

InsyaAllah tahun depan kita akan mengadakan sekali lagi majlis berbuka puasa bersama-sama. Yang pastinya majlis berbuka setiap tahun berbeza dan ahli keluarga Les' Copaque bertambah setiap tahun.

p/s : Mesti ramai yang berbuka di macam-macam jenis buffet dan bazaar Ramadhan kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...