Followers

Thursday, September 03, 2009

Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang sedang membaca blog peribadi saya yang tak seberapa ni. Kalau pada bulan puasa sebegini sudah tentulah bazaar Ramadhan menjadi tarikan utama sewaktu membeli juadah berbuka. Hanya beberapa km sahaja dari studio Les' Copaque, sememangnya Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam ini menjadi destinasi utama kepada staff di sini termasuklah saya.

Hanya berjalan kaki ke bazaar

Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam

Bazaar Ramadhan di sini bolehlah dikategorikan diantara yang terkenal dan terbesar disekitar lembah klang. Pernah keluar beberapa kali di dalam rancangan tv dan sekali gus mempopularkan bazaar ini. Banyaklah juga gerai terkenal yang memerlukan ramai orang beratur untuk mendapat makanan. Saya sendiri sebenarnya malas nak beratur dan berebut. Cukuplah sekadar membeli di kedai yang tidak begitu ramai orang. Selebihnya hanya melihat pilihan yang ada.

Ayam percik

Kuih tepung pelita


Akak ni jual apa pun saya kurang pasti

Promosi makanan yang menarik

Teringat episod Upin & Ipin di mana Mail menjual ayam semasa saya lalu di gerai menjual ayam golek. Terbayang juga suasana sekiranya saya membawa maskot Upin & Ipin di dalam kawasan bazaar. Hmm, pasti pengsan orang kat dalam. Sememangnya suasana semasa membeli makanan berbuka begitu mewah sekiranya dibandingkan dengan hari-hari lain. Hopefully kita pandai control dan berjimat-cermat.

Agak overuse perkataan "berbaloi-baloi"



Ayam golek

Di Bazaar Ramadhan

Selepas ini saya berhajat untuk pergi ke Bazaar Ramadhan Putrajaya dan Bangi sekiranya sempat. Harap-harap dapatlah jugak menyelitkan diri untuk ke sana dan nak tengok suasana Bazaar di tempat lain pula.

2 comments:

  1. mmm...menarik nih..gi bazar lepas suarasa nih..ahaha

    ReplyDelete
  2. Zarin, mana hasil tuaiannya???? :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...