Followers

Friday, September 25, 2009

Original VS Cetak Rompak

Wow, nampaknya sebaik sahaja DVD Geng Original berada dipasaran ianya terus mendapat sambutan hangat dari peminat filem ini. Boleh dikatakan ianya merupakan masa yang sesuai untuk mengeluarkan DVD ini lebih-lebih lagi untuk tayangan pada cuti raya nanti. Tapi ramai yang tak tau sebenarnya cetak rompak filem ini telah berada dipasaran lebih kurang selepas 2 hari selepas DVD ini dijual. Wah, sungguh berdedikasi nampaknya pencetak rompak semua bekerja. Memang sedia maklum di Malaysia isu cetak rompak memang sudah diketengahkan untuk sekian lama dan nampaknya sampai sekarang tiada apa-apa yang berubah. Sebelum ini kalau kita perasan jangan katakan CD dan baju malahan benda sekecik selipar pun boleh dicetak rompak dengan begitu mudah sekali. Ini sebenarnya kerana faktor tiada kesedaran dan tidak faham atau pura-pura tidak faham dengan apa itu Harta Intelek ataupun IP ni. Kebanyakan dari mereka menganggap mereka yang mengeluarkan kos penghasilan produk berkenanan dan tiada kesalahan langsung di sisi undang-undang. Di Malaysia pula hak Harta Intelek juga agak baru dan kebanyakkan pihak agak kabur-kabur dengan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Bayangkan Upin & Ipin sendiri sebenarnya telah ditrademark sebelum keluarnya siri Upin & Ipin dipasaran lagi.


Cover DVD Geng Cetak Rompak

Tak cukup dengan DVD cetak rompak yang banyak di pasaran sekarang, muncul pula video DVD Rip yang sangat mudah didapati di laman web torrent tempatan. Bagaikan bangga dengan hasil rip video berkenanan sesetengah laman web mengendaki pemuat turun untuk meletakkan watermark laman web torrent tersebut sebagai tanda dari mana sumber tersebut boleh didapati. Sekiranya anda google sekarang saya pasti sekurang-kurangnya 10 laman web torrent menawarkan perkhidmatan ini.

Screenshot hasil DVD RIP

Bersesuaian dengan cuti hari raya, DVD Geng cetak rompak sememangnya telah dijual berleluasa di seluruh negara. Saya sendiri dapat menyaksikan DVD Geng cetak rompak dijual di Batu Pahat dengan begitu terbuka. Tidak kurang juga beberapa kedai video yang menjual DVD Original tetapi pada masa yang sama juga turut mempromosikan DVD cetak rompak. Mereka memperlekehkan DVD Original dan memberitahu sudah cukup sekadar membeli DVD cetak rompak. Seperti musuh dalam selimut sebenarnya sikap segelintir orang sebeginilah yang menjatuhkan industri kita.

Ramai juga yang tidak tahu DVD Geng Original Disk 1 yang mengandungi keseluruhan filem dilengkapi dengan sistem anti cetak rompak. Disk 1 ini tidak boleh di "copy" terus seperti DVD yang biasa kita lihat dipasaran. Itulah janji pengedar DVD Geng dan lihatlah apa yang berlaku sekarang.

Ah Wei memeriksa DVD cetak rompak

Namun begitu tidak juga dinafikan ramai peminat setia yang menyokong dan membeli DVD Original GENG. Kebanyakkan dari mereka sudah pun menonton berkali-kali filem Geng semasa di pawagam beberapa bulan lalu dan ingin menjadikan DVD Geng Original ini sebagai koleksi peribadi. Terima kasih kepada peminat yang sanggup membeli DVD Original ini yang sekarang ini begitu mudah didapati di mana-mana ccawangan Music Valley, Tesco, Giant serta Jusco. Kepada pembaca blog saya yang sudah membeli DVD Geng, apa kata anda tulis sedikit review atau komen di blog anda untuk dikongsi bersama-sama.

Kebanyakkan peminat yang membeli DVD Geng ini semestinya untuk tayangan bersama keluarga semasa cuti hari raya. Saya juga ada mendapat maklumat di mana ada beberapa peminat yang menyaksikan Geng di dalam kenderaan masing-masing semasa di dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing. Tidak kurang juga yang menayangkan filem Geng semasa menyambut kunjungan sanak saudara beraya ke rumah.

Staff Les' Copaque harap peminat menyokong DVD Original

Terima kasih sekali kepada yang telah membeli DVD Geng Original dan teruskan menyokong industri animasi tempatan. Berikut ialah diantara blog yang ada menulis mengenai DVD Geng ini:

http://zimieizmel.blogspot.com/
http://blog.exjam.net/
http://afiqludin.blogspot.com/
http://papysnow.blogspot.com/



Wednesday, September 23, 2009

Upin Ipin Beraya dengan baju baru

Ha, sehari sebelum masing-masing bercuti sempatlah juga bergambar bersama maskot Upin & Ipin dengan baju melayu mereka yang baru. Akhirnya tahun ni dapatlah jugak Upin & Ipin beraya dengan baju baru. Walaupun tidak merancang sesi bergambar bersama-sama di hadapan studio Les' Copaque namun suasananya tetap ceria. Sesi bergambar yang mengambil masa lebih kurang 30 minit ini tidak kurang juga mengundang pengunjung dari luar yang secara kebetulan lalu di situ untuk turut bergambar.

Jalan-jalan depan office pun kena serbu

Memandangkan sesi bergambar ini berlaku pada hari Jumaat jadi memang sesuai sangatlah kebanyakkan staff LCP pada masa tersebut telah merancang untuk berbaju melayu dan baju kurung. Dapat tak bezakan mana satu Upin dan mana satu Ipin? Ipin mestilah yang berbaju biru manakala Upin yang lebih comel pula berbaju kuning. Kalau tak percaya nanti kita buka songkok dia.

Upin dan Ipin bersedia untuk bergambar

Ni gelpren Upin & Ipin rupanya

Ni pula antara anak-anak dara Les' Copaque

Oleh kerana ini merupakan kali pertama Upin & Ipin berbaju melayu jadi kebanyakkan staff memang tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pelbagai aksi dan camera angle. Tak kurang juga yang ingin mencuba sendiri songkok Upin & Ipin yang bersaiz 3XXL tu. Aksi masing-masing yang bagaikan kanak-kanak 10 tahun ini hanya dapat disaksikan di dalam sesi ini sahaja. Kesian maskot kat dalam tu, tentu penat maklum la masa ni masih dalam bulan puasa. Namun oleh kerana inginkan masing-masing bergembira saya pasti orang di dalam maskot tersebut mampu bertahan lama.

Upin bersama staff LCP

Hasan dan Adam mencuba songkok Upin & Ipin

Bergambarlah lagi

Melawan perut siapa lagi buncit

Tak kurang juga beberapa pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin. Yelah, bukan senang nak berjumpa dengan maskot ni. Memang langkah kanan betul bila kebanyakkan pengunjung yang sebenarnya nak ke World Of Geng terserempak dengan maskot Upin & Ipin. Apa lagi peluang datang hanya sekali.

Pengunjung sanggup memberhentikan kereta untuk bersalam

Wow, lompat sudah.

Semua staff LCP bergambar di hadapan studio

Malang kepada staff LCP yang sudahpun balik ke kampung halaman pada masa ni. Melihat gambar-gambar ni di blog dan facebook pasti menambahkan lagi kekecewaan mereka. Tapi takpe, sebab InsyaAllah nanti kita akan anjurkan Rumah Terbuka Upin & Ipin. Bila tu? Tunggu la ye...

Tuesday, September 22, 2009

Di Sebalik Tabir Photoshoot Upin, Ipin Fathiah dan Dato' CT

Akhirnya post yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan blogger semua sempat juga saya tulis pada cuti raya ke 3. Antara event yang sangat memberi makna kepada saya disepanjang 3 tahun melibatkan diri bersama Upin - Ipin lebih-lebih lagi kepada adik Fathiah sendiri. Photoshoot untuk Kosmo yang dirancang kurang dari 3 hari ni sememangnya dinanti-nantikan oleh crew Upin & Ipin tapi bukan untuk adik Fathiah kerana dia sendiri masih tidak tahu dengan siapa dia akan bergambar. Kami merahsiakan mengenai details photoshoot yang akan disertai Tiah dengan memberi alasan Tiah pasti akan rasa berbaloi-baloi nanti selepas sertai photoshoot ni. Tiah yang separuh blur hanya mengiakan saja apa yang dijanjikan oleh abang-abang Upin Ipin semasa dalam perjalanan ke Hotel Nikko.


Tiah baru sedar Dato' CT merupakan
pasangan bergambar pada hari tersebut


Tiah sendiri sebenarnya merupakan peminat no 1 Dato CT yang sering menyebut nama CT sekiranya ditanya oleh media siapakah artis kegemaran Tiah. Bagaikan mimpi jadi kenyataan Tiah disebaliknya terkaku dan terdiam sebaik sahaja ternampak kelibat CT di dalam Royal Suite Hotel Nikko yang dijadikan lokasi pengambaran kali ini. Sambil mencuit Mamanya inginkan kepastian, dia masih dalam keadaan separuh percaya. Sebenarnya bukan Tiah saja yang hampir tidak percaya, malahan saya bersama beberapa team Upin & Ipin juga tergamam melihat CT yang berada di depan mata. Berada di dalam photoshoot tertutup memudahkan saya untuk bergambar serta berborak santai bersama CT. CT yang pertama kali berjumpa dengan maskot Upin & Ipin pula nampaknya sangat teruja dan gembira. CT yang begitu mesra ini sangat sopan dan merendah diri. Malahan CT lah yang pertama sekali yang mengeluarkan hasrat untuk bergambar bersama Upin & Ipin. Saya bersama Afiq yang malu-malu awalnya akhirnya mengeluarkan DLSR masing-masing dan mengambil gambar dari pelbagai sudut yang termampu.

Upin, Ipin Dato CT dan Fathiah pertama kali digandingkan

Dato CT begitu mesra bersama Fathiah

Tiah gembira berjumpa CT

Dato' CT yang kelihatan cantik

Tiah yang agak kaku pada awalnya semakin lama nampaknya semakin selesa dengan CT. CT yang pandai melayan dan mengambil hati Tiah akhirnya menampakkan kemesraan diantara dua bintang baru dan lama ini. Lebih dari 3 set dan 2 persalinan dikenakan oleh mereka berdua untuk melengkapkan sesi hampir 2 jam photoshoot kali ini. Walaupun sebenarnya photoshoot kali ini hanya disertai oleh seorang photographer dari kosmo tetapi suasananya bagaikan banyak photographer dari media-media lain. Manakan tidak, saya dan Afiq yang dengan DSLR masing-masing berlari ke kiri dan kanan mencari angle yang cantik mengalahkan photographer utama kosmo.

Gambar yang digunakan untuk cover Kosmo

Photographer sedang mengambil gambar untuk cover Kosmo

Saya di dalam sesi photoshoot

Dato' CT yang sempat mengemaskan rambut Tiah

Dari ruang tamu kita berpindah ke dalam bilik tidur pula . Tiah semasa ni yang memang sudah nampak lebih selesa dengan CT begitu gembira dapat berbaring di atas CT. Memang nampak lebih mesra dan akrab bagaikan seorang ibu dan anak. Warna tema baju yang hampir sama menaikkan lagi seri gambar. Sama cantik dan sama comel itulah sahaja yang dapat saya katakan.
Gambar di dalam bilik tidur yang lebih cantik ini terus disetkan sebagai wallpaper Tiah di dalam handphonenya. Sempat juga saya bergambar bersama Tiah di sudut katil walaupun saya tahu dia tidak akan memilih gambar saya untuk dijadikan wallpaper handphonenya.

Fathiah dan Dato CT bergambar di atas katil

Mama Tiah turut mengambil gambar untuk simpanan peribadi

Zarin, Tiah dan Mamanya

Gambar potret Fathiah

Walaupun sesi photoshoot ini memakan masa hampir 2 jam, namun terasa sangat sekejap dan tidak puas bergambar. Tiah sendiri sempat memberitahu hasratnya untuk berjumpa dengan Dato' CT lagi pada keesokkan hari. Photoshoot ini diakhiri dengan sesi temuramah oleh wartawan kosmo. Saya membantu Tiah menjawab soalan-soalan yang berkaitan Upin & Ipin disamping soalan-soalan lain berkaitan aktiviti hari raya Tiah.

Peluang bergambar bersama Dato' CT

Saya bersama Mama Tiah semasa sesi temuramah

Selain dari itu, Dato CT yang sempat mencuba kepala maskot Ipin berjaya mengayakan pelbagai pose comel yang sekarang ini telah tersebar dibeberapa laman web. CT yang pada awalnya teragak-agak untuk mencuba memberanikan diri juga selepas kepala maskot tersebut diserahkan kepadanya. Tak sangka CT boleh dikatakan menghasilkan banyak pose comel walaupun pertama kali memakainya. Nampaknya selepas ini, siapa yang memakai maskot Ipin pasti akan rasa bertuah dan tidak mahu menanggalkan kepala maskot untuk jangka masa yang lama.

Gambar Dato CT mencuba kepala Ipin
yang tersebar di Internet


Dato' CT, Tiah, Kak Lin (Mama Tiah) Depan
Wartawan Kosmo (Belakang)

Saya bersama team Upin & Ipin masih berasa teruja sampai sekarang dan bertuah berpeluang berjumpa dengan penyanyi no 1 negara. Tiah yang tiba-tiba aktif disepanjang perjalanan pulang sudah faham akan maksud berbaloi-baloi. Terima kasih kepada wartawan Kosmo kerana memberi peluang ini dan insyaAllah kerjasama di antara Kosmo dan pihak Dato' CT dapat dijalin pada masa akan datang. Selain itu, sila layari laman web di bawah yang juga menulis mengenai photoshoot ini :

http://blog.selebriti.tv/dato-siti-nurhaliza-dalam-upin-ipin-album-tahajjud-cinta
http://www.ala-mak.com/kisah-datuk-siti-upin-dan-album-tahajjud-cinta/

p/s: Boleh juga layari Facebook rasmi Dato' CT -> http://www.facebook.com/album.php?aid=107654&id=126837781389#/pages/Siti-Nurhaliza-Tarudin-Official/126837781389

Berbuka di 4 Happy Seasons

Kuih raya dah semakin berkurangan, budget angpau yang dah semakin susut dan dah semakin terlupa tarikh dan hari merupakan tanda-tanda iaitu sudah puas beraya. Walaupun sekarang ni dah masuk raya ke 3 tapi saya masih hutang beberapa post mengenai bulan puasa yang lepas. Saya selesaikan dulu post mengenai beberapa majlis berbuka puasa lagi dan selepas itu barulah kita masuk mengenai post Raya. 4 Happy Seasons destinasi berbuka kali ini yang terletak di kawasan Wangsa Maju merupakan jembutan oleh wakil Karangkraf untuk membawa Upin & Ipin berbuka puasa bersama-sama disamping meraikan anak-anak yatim.

Suasana berbuka puasa

Majlis ni juga turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang artis iaitu Farawahida, Amir (Ukays) dan Haziq (Syurga Cinta). Yang menariknya ialah si Haziq yang masih berumur 9 tahun ni sangat petah bercakap dan penat nak layan. Dia ni juga yang sangat agresif dan tak segan dengan siapa-siapapun bercerita mengenai sambungan filem Syurga Cinta yang akan ditayangkan nanti. Saya yang terpaksa melayan dia terfikir sekejap; " Nasib baik Teah tak macam ni. Kalau tak lagi letih ". Tapi Haziq ni memang memang peminat Upin & Ipin. Mananya tidak, sewaktu pengacara menjemput mana-nama kanak-kanak untuk menanyakan soalan kepada Upin & Ipin, dialah dulu yang berlari dari jauh sambil menjerit sekuat hati.

Farawahida antara artis jemputan


Layan je la Haziq berborak

Ambik gambar sudah

4 Happy Seasons ni sebenarnya merupakan restoran baru yang berkonsepkan 4 season. Tempat makanannya yang cantik dan dihias dengan begitu menarik sekali boleh dijadikan sebagai salah satu faktor menarik di sini. Owner restoran ni selain ingin meraikan anak-anak yatim, beliau juga berhasrat untuk mempromosikan restoran ini yang mengamalkan jenis makanan untuk pelbagai kaum. Hmm, lepas2 raya ni boleh la singgah-singgah lagi. Harap-harap boleh dapat diskaun.

Adik kepada Haziq yang comel

Nurul yang geram dengan adik perempuan ni
menawarkan aiskrim sebagai habuan

Upin & Ipin bergambar bersama - sama

Haziq bersama Upin & Ipin.

Majlis berbuka puasa yang dianjurkan sebenarnya agak ringkas tapi sudah cukup untuk memudahkan media yang datang pada malam tersebut. Mungkin sedikit sebanyak saya boleh ambik idea dan konsep untuk menganjurkan sebarang majlis makan-makan di Geng's Corner selepas ini nanti.


Saturday, September 19, 2009

Berbuka di Geng's Corner bersama Upin & Ipin

Nampaknya saya berhasrat nak selesaikan semua entry mengenai berbuka puasa sebelum habis bulan puasa iaitu esok. Ok, kali ni berbuka puasa di Geng's Corner anjuran bersama Les' Copaque merupakan salah satu acara yang telah dirancang untuk menghargai peminat Upin & Ipin selain mempromosikan DVD Geng : Pengembaraan Bermula yang baru sahaja mula dijual dipasaran.

Suasana diluar Geng's Corner sebelum berbuka puasa

Saya emcee sementara bersama Afiq

Sebenarnya ni merupakan kali pertama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk peminat Upin & Ipin di Geng's Corner. Maklumlah, waktu berbuka puasa yang singat agak sukar untuk anjurkan pelbagai aktiviti. . Penjualan DVD Geng diadakan dengan harga promosi yang sangat murah. Selain dari itu disediakan juga ruangan untuk tayangan Upin & Ipin serta GENG yang diadakan mengikut slot masa tertentu.

Salina, Faiz dan Shiela bersedia menjual DVD

Antara peminat kecil yang menonton tayangan Upin & Ipin

Antara staff yang bersiap sedia sebelum acara
dan majlis berbuka bermula


Selepas waktu berbuka pula sempat juga menampilkan pelakon suara Kak Ros serta Upin & Ipin pada malam tersebut. Rata-rata pengunjung yang sememangnya warga Shah Alam ini sedikit sebanyak dapat juga beramah mesra dengan pelakon-pelakon suara yang ada. Aktiviti ringkas seperti kuiz dan games diadakan untuk memeriahkan lagi acara. Saya begitu terkejut dengan respon pengunjung pada malam tersebut yang agak sedikit hyper tapi sporting.

Ida Shaheera dan Fathiah

Peminat yang menyaksikan persembahan

Ketika aktiviti jualan DVD rancak diadakan

Antara peminat yang bergambar dengan maskot Upin & Ipin


Semua staff Geng's Corner bergambar bersama Upin & Ipin

InsyaAllah selepas ini akan dianjurkan pula Majlis Hari Raya Upin & Ipin. Terima kasih kepada semua yang sudi datang dan mohon maaf di atas kekurangan dan kesilapan. Terima kasih juga kepada semua staff LCP yang bertungkus lumus sejak dari awal petang untuk memastikan perjalanan majlis in berjalan dengan lancar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...