Followers

Thursday, August 27, 2009

Terbang ke Sabah untuk FFM

Destinasi kali ni merupakan destinasi paling jauh maskot Upin & Ipin pernah dibawa untuk sesebuah event. Festival Filem Malaysia buat pertama kalinya dianjurkan di negeri Sabah ini, memberi peluang untuk saya sekurang-kurangnya berkunjung ke negeri di bawah bayu. Pertama kali juga saya terbang ke Sabah dan selagi gus menjadi pengalaman pertama buat semua ahili event. Air Asia merupakan syarikat penerbangan yang disediakan oleh penganjur sedikitpun tidak mengurangkan keseronokan perjalanan ke sana.


Faris tersenyum riang dapat menaiki pesawat Air Asia

Zarin dihadapan UMS

Tiba beberapa hari lebih awal kerana perlu melengkapkan sesi latihan persembahan yang bakal dipersembahkan pada malam anugerah membolehkan kami meluangkan sedikit masa untuk berjalan. Berjalan di dalam definisi sebenarnya iaitu berjalan kaki disekitar kawasan hotel. Sempat singgah di pasar Filipino (kalau tak salah) yang menawarkan banyak pilihan mutiara dan gelang serta pelbagai jenis handcraft tempatan. Selain itu, di kawasan ini juga sangat terkenal dengan makanan lautnya yang sangat murah dan sedap. Berada di kawasan yang kaya dengan mutiara serta makanan laut ini menyebabkan saya berbelanja lebih sedikit untuk orang tersayang di kampung halaman.

Antara pilihan gelang mutiara yang ada

Pelbagai pilihan ikan masing antara tarikan di sini

Diantara pilihan makanan Sabah yang tidak pasti namanya

Ruang legar pasar basah di Sabah

*Kucing yang dijual mengikut kg

Saya juga sempat ditemani oleh kawan yang sememangnya berasal dari Sabah untuk merasai sendiri makanan laut di sini. Sememangnya sedap dan segar itulah yang dapat dikatakan. Sekali lagi saya tak berkesempatan untuk mengambil gambar makanan sebagai bukti mungkin kerana terlalu lapar ketika itu. Terima kasih kepada Sara selaku pemandu pelancong kami pada hari tersebut. Kalau tanpa dia, mungkin kami hanya akan makan McD sabah setiap hari.

Antara ikan yang dijual di pasar basah

Memilih makan laut sendiri

Ok, bertukar kepada cerita tujuan asal ke Sabah. Malam anugerah yang dilangsungkan di UMS ni sememangnya meriah dan besar. Saya yang berada lebih awal sempat berjumpa dengan beberapa orang artis terkemuka seperti Adflin Shauki, Awei, Farid Kamil, Rashidi Ishak, Vanida Imran, Lisa Suryati, Juliana Evans dan yang penting sekali ialah STACY... Walaupun Upin & Ipin muncul untuk jangka masa yang agak sekejap, namun setiap kali kemunculan Upin & Ipin di belakang pentas pasti mendapat sambutan. Saya sempat berjumpa dengan Vanida Imran dan rupanya dia begitu meminati Upin & Ipin. Begitu juga Rashidi yang begitu sopan dan peramah.



Video ketika persembahan pada lama anugerah

Suasana di dalam dewan UMS yang besar

Diantara senario ketika red carpet

Upin & Ipin bersama diantaranya ialah Adflin Shauki dan Awie

Upin & Ipin bersama Vanida Imran

Upin & Ipin bersama salah seorang penari di sana

Upin & Ipin bersama Ito serta Altimet

Bersama Juliana Evans

Selama lebih kurang 4 hari di Sabah betul-betul terasa rindukan Shah Alam. Namun begitu, pengalaman di Sabah diantara yang berharga dan sudah tentu tidak boleh dilupakan.


*kucing tu sebenarnya sedang tidur dimeja jualan yang kosong dan secara kebetulan terdapat tanda harga di situ.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...