Followers

Monday, August 17, 2009

Suarasa Ipoh : Sama Tapi Tak Serupa (Part 1)

Sama Tapi Tak Serupa, sebenarnya bermaksud Suarasa kali ini pernah dilangsungkan di Ipoh pada kurang setahun sebelum ini di tempat yang sama. Semuanya nampak sama, kecuali pengalaman serta team yang turun kali ini sememangnya lain dan berbeza. Suarasa Ipoh sebelum ini merupakan Suarasa pertama yang disertai. Ketika itu saya langsung tidak tahu menahu flow serta cara mengendalikan event sebesar Suarasa ini.

Dengan persediaan yang lengkap Suarasa kali ini boleh dikatakan cukup sempurna. Menggunakan gandingan baru dan lama, team kali ini nampak lebih bersedia dan bersatu. Bekerjasama dan yang penting seronok semasa bekerja amat diamalkan di dalam semua event yang disertai. Beberapa ahli team juga sanggup berkorban untuk datang ke Ipoh semata-mata untuk memeriahkan event bulanan Suarasa yang menjanjikan kesibukan yang sungguh meriah ini.

Menara jam yang terletak di tengah-tengah Dataran Ipoh

Antara team yang bergambar pada malam sebelum Suarasa bermula

Pengunjung menyerbu booth

Seperti yang diberitahu pada perenggan ke dua tadi, persediaan ke Suarasa kali ini memangnya lengkap. Persediaan rapi bukan sahaja dari segi pakaian yang seragam malahan yang ketara kali ini ialah dari segi aspek persediaan kamera. Kamera digital SLR iaitu Sony Alpha yang dilengkapi dengan zoom lens 70-300mm lengkap dengan speedlight dan Nikon D80 yang mengunakan lens 18-70mm (kalau tak salah) bagaikan 2 senjata terhebat yang masing-masing digunakan untuk tujuan berbeza. Sony yang dilengkapi zoom lens jauh ini digunakan untuk mengambil gambar jarak jauh manakala Nikon pula digunakan untuk mengambil gambar jarak dekat dan biasa. Dengan gabungan 2 kamera canggih ini, setiap penampilan Upin & Ipin berjaya diabadikan dengan baik. Untuk 2 hari di Suarasa Ipoh ini sahaja lebih 1,600 gambar telah diambil tak kira siang dan malam.

Juan dan Zarin bersedia untuk membawa Upin & Ipin

Juan bersama kamera Sony Alpha

Zarin bersama Nikon D80

Operasi bergambar sememangnya tidak mengira waktu dan tempat. Baik sewaktu aktiviti jualan ataupun sedang sibuk membantu maskot Upin & Ipin. Masing - masing yang seperti mengalahkan model itu, tidak akan lenguh gusi tersenyum apabila gambar masing-masing diambil. Pada post selepas ini saya akan berkongsi lebih banyak gambar yang menarik dan unik. Sekurang-kurangnya dapat menggunakan kamera digital SLR ini sedikit sebanyak dapat merapatkan diri saya untuk membeli untuk kegunaan sendiri nanti.


Bergambar tak kira masa...

ataupun cara...

ataupun sesiapa

Selain aktiviti bergambar secara bebas, sudah tentulah aktiviti di booth Adik di 9 menjadi tumpuan utama pengunjung. Untuk Suarasa kali ini, booth Adik di 9 hanya dikendalikan oleh adik Fimi sahaja. Dalam keadaan terpaksa, kadang kala booth Adik di 9 dengan tidak semena-menanya akan bertukar kepada Abang di 9. Pengacara berpangkat abang yang diimport khas dari Shah Alam ini berjaya membuatkan booth ini hidup dan ceria dengan kuiz serta gurau senda yang tidaklah berapa kelakar itu. Aktiviti jualan barangan Upin & Ipin juga berlangsung seperti biasa. Sambutan hangat dari warga Ipoh ini membolehkan kami membungkus barang lebih awal dari waktu yang diberikan.

Segmen Abang di 9 yang berjaya memukau 5000 orang penonton

Salina sedang promote patung Ipin ek?

Jualan barangan Upin & IpinAdik- adik menonton siri Upin & Ipin di booth Adik di 9

Rutin biasa maskot Upin & Ipin seperti di Suarasa yang lain ialah untuk memeriahkan booth Adik di 9. Seperti biasa, Upin & Ipin akan dikerumuni peminat dan tugas saya ialah untuk membantu di dalam penampilan maskot. Untuk post Suarasa kali ini saya akan mengurangkan bercerita mengenai maskot di Adik di 9 kerana apa yang berlaku ialah sama sahaja untuk Suarasa yang lain. Lawatan demi lawatan dari ketua dan orang besar TV9 memenuhi jadual penampilan maskot pada kedua-dua hari Suarasa.

Penampilan maskot Upin & Ipin


Bersama orang besar TV9

Upin & Ipin bersama wakil TV9

Selepas ini, saya akan lebih berkongsi mengenai aktiviti yang berlaku di booth-booth yang lain pula. Apa yang dapat diperhatikan kali ini Kerajaan Perak benar-benar membuat persiapan rapi dan Suarasa Ipoh kali ini nampak lebih terancang dan kemas. Tidak pernah lengang dengan aktiviti serta acara yang dianjurkan di pentas utama. Saya percaya Suarasa kali ini dari sudut peribadi boleh dikatakan paling lengkap dan sempurna berdasarkan pelbagai faktor. Namun disebabkan 1 sebab saya rasa Suarasa kali ini agak kekurangan. Nak tau apa dia? Tunggu selepas ini.

Nurul, Awal, Shima, Zarin, Salena, Juan dan Afiq

p/s : Sedang cuba mencari contents blog selain pasal event... uhuh. Apa ek?

1 comment:

  1. Namun disebabkan 1 sebab saya rasa Suarasa kali ini agak kekurangan

    saya tau sebab ape suarasa kali ni seperti yang dinyatakan di aats...mmm....sebab

    kali ni..suarasa...diadakan tanpa kehadiran............................











    NAD...!!!


    ahahaha..teeetttt...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...