Followers

Saturday, August 29, 2009

MERDEKA!!! Sambutan di Presint 14 C2, Putrajaya

Alhamdullilah, akhirnya sambutan hari kemerdekaan ni diadakan lebih awal kerana ingin mengelakkan bertembung dengan bulan puasa. Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Presint 14 C2 ni walaupun dianjurkan kecil-kecilan tapi tetap meriah dengan caranya tersendiri. Boleh dikatakan rata-rata penduduk di sini sememangnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi di mana pada awal pagi lagi sudah mula memeriahkan sambutan ini. Saya dan team Upin & Ipin yang juga yang terasa berada di kawasan rumah sendiri dilayan dengan begitu baik dan mesra oleh AJK acara ini.

Upin & Ipin bergambar dibanner acara

Zarin dan Juan yang sempat bergambar

Nurul, Amin dan Shima yang tidak
melepaskan peluang bergambar bersama2

Seorang peminat kecil yang comel

Acara biasa seperti jualan dan penampilan maskot dijalankan dengan kadar ringkas dan mudah memandangkan pengunjung hanya datang dari penduduk kawasan sekitar. Walaupun tidak begitu sibuk namun semangat patriotik sedikit sebanyak berjaya dikembangkan semula dalam hati setiap event's team member pada hari tersebut. Jalur gemilang yang diedarkan secara percuma sememangnya mewarnai acara pada hari tersebut.

Juan bersama camera Sony Alpha melengkapkan acara

Upin & Ipin bersama anggota Rela

Acara kemuncak iaitu perasmian Jalur Gemilang gergasi sememangnya dinantikan oleh penduduk di sini. Walaupun berada di kawasan yang kecil, tetapi dengan persediaan sambutan sebegini sememangnya sangat membanggakan. Rasanya kali terakhir saya melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan ialah pada sekolah menengah dulu. Jalur Gemilang gergasi tersebut dibiarkan berkibar di kawasan perumahan ini yang begitu cantik dan bersih. Pasti penduduk di sini sangat bangga dengan apa yang mereka sudah usahakan.

Aksi seorang peminat kecil Upin & Ipin

Ketika acara perasmian Jalur Gemilang gergasi

Upin & Ipin beramah mesra bersama penduduk sekitar

Selain kisah mengenai kibaran Jalur Gemilang, kami juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang merupakan sebahagian dari aktiviti yang diadakan. Walaupun agak banyak nombor-nombor cabutan bertuah yang kami pegang, namun mungkin tuah tidak menyebelahi kami dan akhirnya terpaksa balik dengan tangan kosong. Sebelum balik, sempat juga bergambar bersama Jalur Gemilang dengan bangganya. Walaupun secara keseluruhan acara ini tidaklah sesibuk Suarasa, namun keseronokan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan di sini telah membakar semula semangat patriotik masing-masing. Sekurang-kurangnya kami dapat merasakan bagaimana sambutan kemerdekaan diadakan dan bertapa pentingnya sambutan sebegini diadakan.


Shima yang tidak bertuah


Juan bangga bersama Jalur Gemilang

Saya juga bergambar bersama Jalur Gemilang

Jalur Gemilang yang diletakkan dikereta AJK

Walaupun hanya separuh hari di sini, namun selebihnya kami penuhi dengan aktiviti bebas lain di Alamanda. Aktiviti yang jarang dapat dilakukan bersama-sama ini memandangkan kebiasaannya sibuk sememangnya menarik untuk dikongsi. Selepas ini saya akan bercerita mengenai aktiviti ini pula. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

3 comments:

  1. maaflah. tak dapat join. saya sibuk di KL. merdeka!!

    ReplyDelete
  2. la mmg la, sbb tak ajak pun. hehe. yela.. org sibuk memang begitu...

    ReplyDelete
  3. "shima yang tidak bertuah"..semua pon xde tuah hari tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...