Followers

Monday, August 10, 2009

Heboh Buku di USM, Penang

Jambatan Pulau Pinang yang cantik

Weekend yang sangat sibuk diteruskan dengan kunjungan saya dan team ke Utara. Walaupun tujuan utamanya ialah untuk menyertai Festival Kedah Sejahtera, namun dengan jadual yang agak ketat kami terpaksa membahagi dan merancang untuk ke USM Penang untuk event Heboh Buku yang dijangkakan tidak kurang menariknya. Perjalanan ke USM dari Sungai Petani hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Hanya 4 orang yang ditugaskan ke sini dan selebihnya terpaksa berkampung di Sungai Petani untuk Festival Kedah Sejahtera. Kemudian nanti saya akan ceritakan dengan terperinci mengenai event Kedah Sejahtera.

Rumah tamu yang agak antik

Okla, takut sikit

Nell, Faris dan Juan yang bersiap sedia untuk memulakan acara pada pagi hari

Berbalik kepada event Heboh Buku ini, kami terpaksa bermalam di USM terlebih dahulu kerana event ini akan bermula pada awal pagi keesokkan harinya. Ditempatkan di rumah tamu yang antik ini macam-macam yang bermain difikiran pada waktu malam hari. Seperti di dalam set lokasi filem Histeria, kesemua barang di dalam rumah ini sungguh antik dan lama. Tiada gambar yang diambil ketika waktu malam untuk tujuan keselamatan (hehe). Kami bergerak ke Dewan Utama Pelajar pada awal pagi untuk memulakan kerja.

Dewan Utama Pelajar USM

Banner Heboh Buku

Pelbagai produk elektronik yang dijual

Program Heboh Buku ini merupakan penganjuran pertama kali Penerbit USM dengan bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai jenis buku di bawah satu bumbung. Konsep yang lebih luas dari buku rujukan pelajar ini termasuklah majalah illmiah dan pelbagai jenis buku risalah dan macam-macam lagi. Selain buku, program ini juga turut dimeriahkan dengan jualan barangan lain seperti camera, komputer dan macam-macam lagi (ala2 pc fair mini). Kemunculan kali ke 2 maskot Upin & Ipin di USM ini memang ditunggu-tunggu sebaik awal pagi lagi. Team Upin & Ipin yang sangat mudah dikenalpasti dengan masing-masing berpakaian t-shirt Upin & Ipin kerap kali ditanyakan mengenai penampilan maskot.

Maskot Upin & Ipin ditempat salinan baju yang sungguh happening

Maskot Upin & Ipin bersedia membuat penampilan istimewa

Upin & Ipin mempromosikan beberapa buku penerbit USM

Maskot Upin & Ipin dibawa berjalan-jalan disekitar tapak booth Heboh Buku bermula dari awal pagi. Kesempatan untuk beramah mesra, bergambar memang tidak dilepaskan oleh warga USM dan peserta acara. Hampir di setiap booth Upin & Ipin melawat, pasti akan diminta untuk mempromosikan buku masing-masing. Boleh dikatakan jumlah dan tahap pengunjung masih di dalam level terkawal dan maskot Upin & Ipin dibiarkan beramah mesra dengan peminat untuk lebih 30 minit untuk setiap kali kemunculan.

Upin & Ipin di banner besar Heboh Buku

Upin & Ipin bersalam dengan peminat

Juan sedang sibuk merakam video

Program Heboh Buku yang dianjurkan selama 2 hari ini, hanya disertai oleh Upin & Ipin selama 1 hari sahaja. Ini adalah kerana kami terpaksa kembali ke Sungai Petani untuk menyambung semula program Kedah Sejahtera yang sedang berlangsung. Terima kasih kepada kakitangan USM yang memberi layanan istimewa kepada kami disepanjang acara ini berlangsung. InsyaAllah kami akan ke utara dan USM khususnya sekiranya bersempatan.

Sebahagian kakitangan USM bergambar bersama Upin & Ipin

Bersama peminat kecil yang comel

p/s : Heboh Buku ni serentak dengan acara Festival Kedah Sejahtera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...