Followers

Saturday, August 15, 2009

Happy Birthday Leo

Simbol Leo

Selamat Hari Jadi kepada semua Leo. Saya begitu teruja dengan Leo mungkin sebab saya pun salah seorang dari kumpulan Leo. Leo ni dilahirkan dalam lingkungan 23 Julai hingga 22 Ogos. Orang yang berhoroscopekan Leo ni biasanya panas baran, great leader, good business minded, creative, travel a lot dan ada la beberapa lagi kriteria yang lain. Namun, semua ni bergantung jugak dengan cara hidup dan social masing2. Berubah dan tak sama mengikut tarikh lahir dan jantina. Leo sangat suka ataupun sesuai dengan warna gold dan kuning ataupun apa-apa warna yang berada di dalam range tu (saya suka warna oren ye). Kalau bunga pula, Leo sangat menyukai bunga Sunflower dan Celandine mungkin kerana ianya berwarna ala-ala keemasan atau kekuningan (tapi saya tak suka bunga la.. sebab bukan mat bunga). Leo biasanya agak sukar nak menerima teguran orang lain dan jarang Leo boleh bekerja sama-sama disebabkan ego masing-masing yang tinggi. Namun sekiranya Leo pandai mencari cara untuk bekerjasama memang akan menjadi pasukan yang sangat mantap.

Patung singa yang sentiasa berada di atas meja

Leo juga dikategorikan sebagai yang suka bersosial dan suka mengarah orang (bossy). Panas baran sememangnya sudah pasti dan mengikut maklumat yang biasa saya dapat sememangnya hampir semua Leo begitu. Leo sangat suka menjadi ketua dan juga suka dibelai. Suka menjadi tumpuan orang ramai dan terkenal (fame). Kebiasaanya Leo akan cenderung dalam bidang kreatif tak kiralah lakonan, nyanyian, lukisan ataupun sebagainya. Saya memang mengenali beberapa designer terkenal yang berbintang Leo. Di Les' Copaque sahaja memang ramai yang lahir dalam bulan Julai dan Ogos.

Kek semasa birthday Yuki

Sambutan mini birthday Yuki bersama - sama beberapa staff LCP

Adam sehingga menjilat jari

Saya sangat suka membuat kajian mengenai horoskop dan boleh kata semua website dan buku saya akan baca. Bukanlah nak terlalu percaya atau berharap tetapi boleh dikatakan kebanyakkan fakta yang dinyatakan boleh diterima pakai dan hanya segelintir sahaja yang lari sikit. Pada 5 Ogos yang lepas iaitu tarikh lahir saya sempat juga beberapa kawan pejabat yang rapat mengadakan jamuan makan di dataran Shah Alam. Berkonsepkan santai dan ringkas namun begitu bermakna lebih-lebih lagi pada hari ini merupakan hari yang besar bagi saya. Jutaan terima kasih kepada semua yang mengadakan jamuan ini kerana tanpa mereka mungkin saya sudah tiada lagi hari ini.

Bersama Juan, Syazuan, Yus dan Kek

p/s : tak banyak gambar dan source camera yang berbeza

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...