Followers

Sunday, August 16, 2009

Berbaloi - baloi di Kedah Sejahtera ( Part 2 )

Sebelum sambung part 2 untuk Kedah Sejahtera ni, saya nak berkongsi sedikit video semasa detik-detik penampilan maskot di sini. Video ni dirakam oleh salah seorang assitant maskot time tu dalam keadaan handheld. Suasana time ni tidaklah begitu ramai, kerana Upin & Ipin baru sahaja berehat. Namun, lebih kurang mcam ni lah suasananya di sana.


Sedikit babak penampilan maskot Upin & Ipin di Kedah Sejahtera

Okay, sambungan dari Part 1. Kali ni kunjungan ke Utara lebih menceritakan bab makan di sana. Yela, tak sah kalau tak makan betul-betul kalau singgah di Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Destinasi ke sini dari Sungai Petani hanya mengambil masa 30 minit dengan kelajuan 120km/j. Lokasi makannya ialah di Padang Kota Lama di mana kat sini banyaklah jenis2 makanan yang meamng khususnya ada di Pulau Pinang ni. Antaranya ialah Pesembur, Rojak Kangkung dan macam-macam lagi. Bolehlah dikatakan malam yang untuk memenuhkan perut masing-masing. So, layan je lah.

Antara kedai di Padang Kota Lama

Kerang rebus yang menjadi pujaan hati Shima

Pesembur makan sampai tersembur tengok harga dia

Sotong kangkung yang sedap

Makan sampai panggilan pulau

Aktiviti makan tidak berhenti di situ apabila rezeki datang lagi, pada malam yang lain pula. Hotel yang kami menginap iaitu SP Inn menganjurkan makan malam untuk semua staff TV9 termasuklah Upin & Ipin. Berbekalkan dengan perut yang kosong, masing memang tidak menolak rezeki menambah berulang kali. SP Inn sebenarnya menganjurkan makan malam ini sebagai tanda berterima kasih serta salah satu bentuk penghargaan kepada semua staff kerana menjayakan Festival Kedah Sejahtera. Banyak pilihan makanan yang dihidang diantaranya ialah sate, char kuew tiaw, rojak dan banyak lagi yang saya sendiri tak tau nak sebut.

Antara makanan yang ada

Juan, Zarin dan Nell makan sepuasnya

Shima dan Nurul

Selain makan-makan, pada malam tersebut juga kami menganjurkan penampilan istimewa maskot Upin & Ipin. Pemakai maskot yang jarang diturunkan ini bukan sahaja lebih comel malah nampak original. Secara kebetulan juga, pada malam tersebut dianjurkan majlis pemotongan kek khas dari SP Inn kepada TV9. TV9 yang masih meraikan ulang tahun ke 3 ini turut memberikan cenderahati kepada SP Inn sebagai tanda terima kasih. Upin & Ipin turut memeriahkan malam tersebut dengan beramah mesra dengan semua kakitangan SP Inn yang tidak berkesempatan untuk berjumpa pada siang hari di Festival Kedah Sejahtera.


Antara staff SP Inn yang gembira bertemu dengan Upin & Ipin

Kek istimewa TV9

Pemberian cenderahati kepada SP Inn

Upin & Ipin yang juga ingin menjamu selera

Penampilan Istimewa Upin & Ipin

Tiga hari berada di Utara dengan 8 orang team member memang seronok campur penat. Di hari terakhir masing-masing sudah kelihatan basi seperti kari seminggu punya. Namun masing-masing akur dan tahu yang event di Kedah Sejahtera ini berbaloi-baloi dan satu pengalaman yang sungguh bermakna. Keseluruhannya misi ke Utara ni dikategorikan sebagai berjaya malahan yang paling berjaya setakat ini. InsyaAllah, kalau ada rezeki akan ke Utara lagi dalam event yang berlainan pula.

p/s : Tak sabar nak menempuh bulan Ramadhan yang akan datang. Puasa semasa ada event, hmm.... mesti mencabar.


3 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaaaa sotong kangkung tu menariknya!!!! nak banyak!!!!!

    eh chup! jangan lupa post kat saya kad raya Upin Ipin tau! chomel lah!!! yang besar punye :P

    ReplyDelete
  2. hai.. ni mesti dah nampak dah kad raya ni kat kedai kan? pastu suh org antar pulak ek.. hehe.. tapi takpe, mmg nak antar pun nanti.. later minta alamat ek

    ReplyDelete
  3. Zarin...memang kata Nurul Event kat Kedah seronok sungguh...lebih2 lagi bila sebut Padang Kota...alamak!! terliur dibuatnya teringat kerang rebus di sana...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...