Followers

Tuesday, August 11, 2009

Berbaloi - baloi di Kedah Sejahtera ( Part 1 )

Event ke Kedah ini merupakan sebahagian dari misi utama rombongan ke Utara yang juga sempat ke Penang untuk event Heboh Buku dengan perancangan yang telah dilakukan lebih awal. Event Festival Kedah Sejahtera yang mengunakan tagline "Berbaloi - Baloi Nak Habaq Mai" ni sememangnya tepat dan sesuai di guna pakai kerana pelbagai perkara yang berbaloi - baloi berjaya didapati disepanjang acara ini berlangsung. Bertempat di Sungai Petani, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 jam ini tidaklah memenatkan memandangkan rata-rata dari kami sudah agak lama tidak berjalan jauh. Sudah tidak sabar untuk menempuh acara pada keesokkan harinya, tapak festival merupakan tempat pertama dikunjungi sebaik sahaja menjejakkan kaki di Sungai Petani.

Shima (Masam pulak), Faris, Afiq,
Juan dan Zarin berehat di R&R Tapah


Menara jam mini di tengah-tengah tapak festival

Festival dalam taman

Juan, Nurul, Shima, Nell, Zarin dan Faris bersedia
untuk menempuh hari esok


Sememangnya berkonsepkan festival dalam taman, event ini dilakukan di kawasan yang sangat luas. Lengkap dengan pentas utama, dewan booth berhawa dingin, taman bunga dan macam-macam lagi. Dari gambaran kasar suasana sekeliling sudah dapat mengambarkan bertapa sibuknya event esok hari nanti. Sungai Petani Inn lokasi penginapan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari tapak festival menjadi tempat berehat untuk tempoh lebih 3 hari kami di utara.

Penglibatan Upin & Ipin bermula pada hari Jumaat lagi iaitu hari cuti umum bagi warga Kedah sehinggalah pada hari Ahad. Kemeriahan serta kesibukan telahpun mula terasa seawal pagi lagi apabila maskot Upin & Ipin diserang pengunjung sebaik sahaja selesai lintas langsung untuk program Nasi Lemak Kopi O. Program yang khususnya disiarkan di TV9 pada waktu pagi ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan dari dekat cara siaran langsung dilakukan. Sebenarnya ini pertama kali maskot Upin & Ipin menjejakkan kami di Kedah dan pengalaman di sini amat berbeza dengan tempat-tempat lain. Festival Kedah Sejahtera yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri ini sememangnya dirancang dan dianjurkan dengan teliti dan rapi. Banyak banner, bunting dan pelbagai kemudahan dapat disaksikan disekitar festival ini.

Upin & Ipin di banner Festival Kedah Sejahtera

Ketika siaran langsung Nasi Lemak Kopi O

Upin bersalam dengan peminat

Sememangnya sambutan dari peminat dan pengunjung dari Sungai Petani ini sungguh luar biasa. Maskot Upin & Ipin bukan sahaja menjadi buruan orang ramai, namun boleh dikatakan buat beberapa ketika pengunjung berada diluar kawalan dengan jumlah yang terlalu ramai. Maskot Upin & Ipin bukan sahaja terpaksa berpanas di bawah terik mentari namun kadangkala juga terpaksa menahan rempuhan dan asakan pengunjung. Bantuan kawalan dari pihak penganjur sedikit sebanyak berjaya menahan dan mengurangkan risiko masalah keselamatan.

Upin & Ipin sibuk ketika diasak peminat

Bersama - sama Upin & Ipin

Upin sempat bergambar bersama peminat diluar khemas urus setia

Upin membantu mengumpulkan derma

Sekitar kawasan festival pula turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti serta booth jualan. Buat pertama kali saya melihat terdapat sekurang-kurangnya 4 khemah besar berhawa dingin yang memuatkan sekurang-kurangnya 25 booth di dalam setiap satu khemah. Aktiviti lain seperti persembahan kereta antik, permainan tradisional, autoshow walaupun nampak remeh tapi sememangnya menarik perhatian pengunjung. Saya sendiri sedikit teruja apabila terperasan sebuah vespa yang menyerupai di dalam filem GENG. Vespa yang diwarnakan seperti harimau ini, seakan-akan dengan vespa yang dinaiki Lim di dalam sebuah adegan filem GENG.

Kereta mini antik turut dipamerkan

Upin & Ipin sempat bergambar dengan vespa harimau

Saya pun sempat nyelit bergambar

Keadaan semasa kurang sibuk

Ketika keadaan sedang sibuk dengan pengunjung menyerbu maskot Upin & Ipin, keadaan dibooth jualan agak tidak kurang hebatnya. Pengunjung datang dari pelbagai arah dan sudut. Keadaan seperti kapal karam atau tongkah pecah saja yang dapat mengambarkan keadaan sebenar stok dan barang-barang yang dijual. Untuk hari pertama sahaja boleh dikatakan tak lengang tangan dan kaki sehinggalah booth jualan ditutup sekitar pukul 7pm. Keadaan berterusan selama baki 2 hari event sehingga event ini mencatatkan rekod jualan terbanyak buat masa ini.

Nurul dan Abg Sazali ketika tak sibuk

TV tayangan Upin & Ipin

Afiq dan Juan sedang sibuk melayan pengunjung

OK, insyaAllah selepas ini saya akan sambung mengenai aktiviti lain yang dilakukan di utara ni. Teruskan membaca blog ni.. hehe

p/s: Bulan Ogos selain bulan kemerdekaan dan bulan menyambut puasa, bulan ni jugak bulan paling ramai staff LCP menyambut birthday. Mudah-mudahan murah rezeki.


1 comment:

  1. nurul4:30 PM

    ehem..antara orang yang menyambut birthday pada bulan 8 di LCP, termasuk laa encik mediahorizon dan juga cik cima..eheh..kedah sejahtera memang berbaloi2!!=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...