Followers

Saturday, August 29, 2009

MERDEKA!!! Sambutan di Presint 14 C2, Putrajaya

Alhamdullilah, akhirnya sambutan hari kemerdekaan ni diadakan lebih awal kerana ingin mengelakkan bertembung dengan bulan puasa. Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Presint 14 C2 ni walaupun dianjurkan kecil-kecilan tapi tetap meriah dengan caranya tersendiri. Boleh dikatakan rata-rata penduduk di sini sememangnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi di mana pada awal pagi lagi sudah mula memeriahkan sambutan ini. Saya dan team Upin & Ipin yang juga yang terasa berada di kawasan rumah sendiri dilayan dengan begitu baik dan mesra oleh AJK acara ini.

Upin & Ipin bergambar dibanner acara

Zarin dan Juan yang sempat bergambar

Nurul, Amin dan Shima yang tidak
melepaskan peluang bergambar bersama2

Seorang peminat kecil yang comel

Acara biasa seperti jualan dan penampilan maskot dijalankan dengan kadar ringkas dan mudah memandangkan pengunjung hanya datang dari penduduk kawasan sekitar. Walaupun tidak begitu sibuk namun semangat patriotik sedikit sebanyak berjaya dikembangkan semula dalam hati setiap event's team member pada hari tersebut. Jalur gemilang yang diedarkan secara percuma sememangnya mewarnai acara pada hari tersebut.

Juan bersama camera Sony Alpha melengkapkan acara

Upin & Ipin bersama anggota Rela

Acara kemuncak iaitu perasmian Jalur Gemilang gergasi sememangnya dinantikan oleh penduduk di sini. Walaupun berada di kawasan yang kecil, tetapi dengan persediaan sambutan sebegini sememangnya sangat membanggakan. Rasanya kali terakhir saya melibatkan diri dalam sambutan hari kemerdekaan ialah pada sekolah menengah dulu. Jalur Gemilang gergasi tersebut dibiarkan berkibar di kawasan perumahan ini yang begitu cantik dan bersih. Pasti penduduk di sini sangat bangga dengan apa yang mereka sudah usahakan.

Aksi seorang peminat kecil Upin & Ipin

Ketika acara perasmian Jalur Gemilang gergasi

Upin & Ipin beramah mesra bersama penduduk sekitar

Selain kisah mengenai kibaran Jalur Gemilang, kami juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang merupakan sebahagian dari aktiviti yang diadakan. Walaupun agak banyak nombor-nombor cabutan bertuah yang kami pegang, namun mungkin tuah tidak menyebelahi kami dan akhirnya terpaksa balik dengan tangan kosong. Sebelum balik, sempat juga bergambar bersama Jalur Gemilang dengan bangganya. Walaupun secara keseluruhan acara ini tidaklah sesibuk Suarasa, namun keseronokan menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan di sini telah membakar semula semangat patriotik masing-masing. Sekurang-kurangnya kami dapat merasakan bagaimana sambutan kemerdekaan diadakan dan bertapa pentingnya sambutan sebegini diadakan.


Shima yang tidak bertuah


Juan bangga bersama Jalur Gemilang

Saya juga bergambar bersama Jalur Gemilang

Jalur Gemilang yang diletakkan dikereta AJK

Walaupun hanya separuh hari di sini, namun selebihnya kami penuhi dengan aktiviti bebas lain di Alamanda. Aktiviti yang jarang dapat dilakukan bersama-sama ini memandangkan kebiasaannya sibuk sememangnya menarik untuk dikongsi. Selepas ini saya akan bercerita mengenai aktiviti ini pula. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia.

Thursday, August 27, 2009

Terbang ke Sabah untuk FFM

Destinasi kali ni merupakan destinasi paling jauh maskot Upin & Ipin pernah dibawa untuk sesebuah event. Festival Filem Malaysia buat pertama kalinya dianjurkan di negeri Sabah ini, memberi peluang untuk saya sekurang-kurangnya berkunjung ke negeri di bawah bayu. Pertama kali juga saya terbang ke Sabah dan selagi gus menjadi pengalaman pertama buat semua ahili event. Air Asia merupakan syarikat penerbangan yang disediakan oleh penganjur sedikitpun tidak mengurangkan keseronokan perjalanan ke sana.


Faris tersenyum riang dapat menaiki pesawat Air Asia

Zarin dihadapan UMS

Tiba beberapa hari lebih awal kerana perlu melengkapkan sesi latihan persembahan yang bakal dipersembahkan pada malam anugerah membolehkan kami meluangkan sedikit masa untuk berjalan. Berjalan di dalam definisi sebenarnya iaitu berjalan kaki disekitar kawasan hotel. Sempat singgah di pasar Filipino (kalau tak salah) yang menawarkan banyak pilihan mutiara dan gelang serta pelbagai jenis handcraft tempatan. Selain itu, di kawasan ini juga sangat terkenal dengan makanan lautnya yang sangat murah dan sedap. Berada di kawasan yang kaya dengan mutiara serta makanan laut ini menyebabkan saya berbelanja lebih sedikit untuk orang tersayang di kampung halaman.

Antara pilihan gelang mutiara yang ada

Pelbagai pilihan ikan masing antara tarikan di sini

Diantara pilihan makanan Sabah yang tidak pasti namanya

Ruang legar pasar basah di Sabah

*Kucing yang dijual mengikut kg

Saya juga sempat ditemani oleh kawan yang sememangnya berasal dari Sabah untuk merasai sendiri makanan laut di sini. Sememangnya sedap dan segar itulah yang dapat dikatakan. Sekali lagi saya tak berkesempatan untuk mengambil gambar makanan sebagai bukti mungkin kerana terlalu lapar ketika itu. Terima kasih kepada Sara selaku pemandu pelancong kami pada hari tersebut. Kalau tanpa dia, mungkin kami hanya akan makan McD sabah setiap hari.

Antara ikan yang dijual di pasar basah

Memilih makan laut sendiri

Ok, bertukar kepada cerita tujuan asal ke Sabah. Malam anugerah yang dilangsungkan di UMS ni sememangnya meriah dan besar. Saya yang berada lebih awal sempat berjumpa dengan beberapa orang artis terkemuka seperti Adflin Shauki, Awei, Farid Kamil, Rashidi Ishak, Vanida Imran, Lisa Suryati, Juliana Evans dan yang penting sekali ialah STACY... Walaupun Upin & Ipin muncul untuk jangka masa yang agak sekejap, namun setiap kali kemunculan Upin & Ipin di belakang pentas pasti mendapat sambutan. Saya sempat berjumpa dengan Vanida Imran dan rupanya dia begitu meminati Upin & Ipin. Begitu juga Rashidi yang begitu sopan dan peramah.



Video ketika persembahan pada lama anugerah

Suasana di dalam dewan UMS yang besar

Diantara senario ketika red carpet

Upin & Ipin bersama diantaranya ialah Adflin Shauki dan Awie

Upin & Ipin bersama Vanida Imran

Upin & Ipin bersama salah seorang penari di sana

Upin & Ipin bersama Ito serta Altimet

Bersama Juliana Evans

Selama lebih kurang 4 hari di Sabah betul-betul terasa rindukan Shah Alam. Namun begitu, pengalaman di Sabah diantara yang berharga dan sudah tentu tidak boleh dilupakan.


*kucing tu sebenarnya sedang tidur dimeja jualan yang kosong dan secara kebetulan terdapat tanda harga di situ.

Wednesday, August 26, 2009

Bersama OKU untuk Jom Buka TV9

Program Jom Buka TV9 ni sebenarnya telahpun dilakukan shootingnya sebelum bulan puasa lagi. Bertempat di Petaling Jaya, rumah orang kurang upaya ini menjadi destinasi untuk program Jom Buka kali ini. Jom Buka yang disiarkan di TV9 pada pukul 7ptg (kalau tak salah) ini dihoskan oleh Farrah Adeeba dan merupakan program terbaru TV9 untuk Ramadhan kali ini.

Ketika persediaan awal

Farrah Adeeba bersama Upin & Ipin

Kebanyakkan pelajar di sini aktif dan ceria

Berkonsepkan program amal, separuh hari di sini secara tak langsung mengubah persepsi saya terhadap golongan OKU. Bayangkan, kebanyakkan dari mereka ni begitu excited semata-mata dapat memeluk Upin & Ipin. Tidak tahu dari mana, tapi sememangnya watak Upin & Ipin dikenali mereka. Sesetengah dari mereka sudahpun lanjut usia dan sudah berada di sini agak lama. Mampu membuatkan sesetengah orang sebak bila mengenangkan nasib mereka dan kita sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.


Farrah ketika mengadakan aktiviti bersama pelajar

Farrah berinteraksi dengan salah seorang pelajar

Farrah Adeeba juga pandai melayan pelajar-pelajar ini dengan gurau senda dan soalan-soalan yang membuatkan mereka bersemangat untuk menjawab. Disebalik keceriaan pelajar-pelajar ni, berapa soalan juga kadang kala membuat beberapa pelajar ini berlinangan air mata. Bayangkan, tiada keluarga atau penjaga yang melawat mereka ini untuk jangka masa yang agak lama. Farrah Adeeba dengan spontan kadang - kala pandai memujuk pelajar-pelajar ini dengan meminta mereka menyanyikan lagu raya. Farrah yang mengemari program amal sebegini dilihat amat sesuai mengacarakan program Jom Buka.

Diakhir sesi suaikenal dan ramah mesra sampailah sesi berbuka puasa bersama-sama. Walaupun sebenarnya ketika itu masih belum masuk bulan puasa namun semata-mata untuk sesi rakaman, masing-masing turut makan seolah-olah berbuka.

Berjalan ke tempat makan

Ketika persiapan berbuka

Bergambar di luar kelas

Selepas ini saya akan kongsi pula rakaman untuk program Raya TV9. Salah satu sesi rakaman yang amat menarik dan unik. Sementara itu, Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog ini.~

Tuesday, August 25, 2009

Suarasa Ipoh : Sama Tapi Tak Serupa (Part 3)

Ok, sambungan Suarasa Ipoh yang terakhir kali ini saya kongsi mengenai aktiviti luar selain aktiviti tetap untuk event ni. Rasanya macam susah benar nak abiskan post kali ni. Untuk maklumat, Suarasa Ipoh ini telah berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad. Salah seorang team yang join kali ini ialah Kevin, anak jati Ipoh (Ipoh Mali la). Jadi pada hari terakhir Kevin telahpun membawa kami semua berjalan - jalan dan makan makanan special di Ipoh ini.

Hari terakhir Suarasa Ipoh

Tentulah tak sah kalau tak bercerita mengenai makanan. Di Ipoh ni walaupun rasanya banyak makanan yang sedap-sedap, tapi oleh kerana kekurangan sumber dan kesuntukan masa pada hari pertama tu kami hanya makan di kedai-kedai makan sekitar tapak Suarasa. Kedai - kedai makan ni jugalah yang saya makan tahun lepas. Walaupun kedai-kedainya nampak macam ala-ala sempoi sikit, tapi banyaklah jugak pilihan makanan. Kat sini saya dimaklumkan mendapat sambutan orang ramai dan beroperasi sehingga pukul 2-3 pagi.

Suasana ketika makan

Shima dan Nurul nak tambah 2 mangkuk lagi sup

Antara makanan yang ada ialah sup dan satay

Pada malam terakhir pula, seperti yang telah dijanjikan Kevin bawa kitaorang ke tempat makanan eksklusif. Tempat makanan "Chinese Halal Food" ini sememangnya bersesuaian dengan keadaan masing-masing yang sudah kelaparan tahap maksima. Antara menu yang dihidangkan pada kami ialah, ikan kerapu steam, sayur2, tomyam dan hmm tak ingat dah. Makanannya sememangnya sedap sehingga menjilat jari walaupun masing-masing makan pakai sudu dan garpu. Oleh kerana terlalu sedap, satu gambar makanan pun rupanya tak sempat nak diambil. Terima kasih kepada Kevin dan keluarga kerana menaja makan malam pada hari tersebut. Sekiranya tidak, pasti antara kami sudah terpaksa mencuci pinggan di dapur.

Tempat makanan "Chinese Halal Food"

Yay, kita minum dulu

Bergambar bersama Kevin selepas selesai makan

Masih belum puas, kami ke destinasi yang lain pula iaitu ke Old Town. Old Town bukan ada kat KL ke? Ye, betul tu... cuma kedai yang avalaible pada pukul 1 pagi hanyalah Old Town yang dibuka 24 jam. Old Town ini dikatakan yang terbesar dan terkenal dikawasan ni. Walaupun hasrat asalnya hanyalah ingin mencari secawan air namun bila masing-masing sudah melihat menu menarik yang terhidang, ianya berubah menjadi acara sahur.

Menu Old Town

Salina dengan camera Nikon

Saya pun nak tambah 2 mangkuk lagi

Bergambar sebelum makanan sampai

Lebih kurang 1 jam berada di Old Town seolah-olah melengkapkan acara penutup tidak rasmi di Suarasa Ipoh ini. Masing-masing berasa amat berpuas hati meluangkan masa hari minggu bersama-sama di Ipoh. Walaupun sedikit penat, namun yang penting masing-masing gembira dan berpuas hati. Penat? Oh, silap dorang tak penat lagi sebenarnya. Aktiviti bergambar diteruskan lagi diluar Old Town dengan agak tidak terkawalnya. hehe...


Juan & Salina

Bergambar bersama-sama di dalam Old Town

Bergambar secara liar di luar Old Town

Gambar duta produk Old Town

InsyaAllah selepas ini ialah Suarasa di Klang pula. Walaupun diadakan pada bulan Ramadhan yang pastinya ianya tetap meriah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...