Followers

Wednesday, July 22, 2009

Upin & Ipin di SACC Mall

Walaupun sepatutnya minggu ini tiada event langsung, tapi panggilan telefon tawaran event last minit yang saya terima sehari sebelum weekend ni tetap saya sambut dengan tangan terbuka. Memandangkan ianya bertempat di SACC Mall yang terletak tidak berada jauh dari opis di Seksyen 13 event kali ini boleh dikatakan seperti memenuhkan masa separuh hari pada Ahad weekend ni. Event yang diberi nama Minggu Fesyen dan Aksesori ini walaupun sekali pandang macam tiada kaitan dengan Upin & Ipin namun slot tengahari iaitu pertandingan mewarna kanak - kanak sudah cukup menjadikan Upin & Ipin sebagai dari acara utama pada hari tersebut.

Shah Alam City Centre (SACC) Mall

Antara butik fesyen yang mengambil bahagian

Salah satu daya penarik dalam acara ini yang telah membuat saya teruja ialah persembahan band yang bersahaja mendendangkan beberapa lagu dalam pelbagai bahasa. Begitu merdu dan lunak lebih-lebih lagi kepada saya yang hanya berdiri berdekatan dengan persembahan tersebut. Walaupun tiada orang yang mendengar persembahan ini sebenarnya selain urusetia event namun kualiti persembahan dorang ni seolah-olah telah berjaya memukau 10 ribu penonton. Memang amat terpesona lebih-lebih lagi dengan lagu berkonsepkan latin yang menampilkan kelainan.

Band yang membuat persembahan

Plush toys Upin & Ipin yang turut dijual

Aktiviti pertandingan mewarna dimulakan tepat pukul 2 petang. Walaupun tak begitu ramai yang menyertai mungkin faktor-faktor lokasi namun pertandingan tetap dilangsungkan dengan meriahnya. Bertemakan Upin & Ipin, adik-adik kecil ini dijanjikan dengan kemunculan maskot Upin & Ipin diakhir pertandingan ini. Saya secara tak langsung sekali lagi menjadi pengadil profesional yang dijemput khas. Rupanya mengadili pertandingan mewarna boleh dikatakan agak susar bila semua peserta mewarna pada tahap yang hampir sama.

Pertandingan mewarna dimulakan

Peserta sedang mewarna

Seperti yang dijanjikan kemunculan maskot Upin & Ipin dinanti-nanti diakhir pertandingan. Walaupun tak begitu ramai orang namun sedikit sebanyak sempat membuatkan pentas utama sibuk buat seketika. Namun yang menariknya kali ini, sekali lagi peminat no 1 Ipin iaitu adik Iman muncul sekali lagi. Adik Iman yang seperti biasa memakai kostum Ipinnya terus menerkam maskot di mana saja mereka pergi. Kemunculan Ipin juga kali ini boleh dikatakan terkawal kerana saya berjaya mengumpannya dengan plush toys Ipin yang pertama kali ditengoknya.

Bersama dengan peserta pertandingan mewarna

Upin & Ipin bersama peminat di SACC

Iman bersama plush toys Ipin

Sempat bergambar bersama Iman

Akhirnya event ni berakhir sekitar 4 petang. Tidaklah terlalu penat dan terlalu ramai orang, namun event ni dapatlah jugak mengisi ruang kosong di hari minggu. InsyaAllah nanti Iman akan membuat kemunculan istimewa di event yang lain lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...