Followers

Wednesday, July 08, 2009

Karnival Bank Rakyat, Tanjung Karang

Ini merupakan event yang dikatakan berlaku serentak dengan event Ekspo Beli Barangan Malaysia dan Hari Keluarga Petronas. Team event ke-3 ini, tiba di Tanjung Karang seawal hari Jumaat walaupun event sebenarnya hanya akan bermula pada hari Sabtu. Saya bersama team maskot pula tiba pada hari Ahad kerana pada hari ini sahaja maskot Upin & Ipin akan membuat kemunculan. Pertama kali menyertai event bersama Bank Rakyat memang pengalaman pertama bagi semua krew. Lokasinya terletak ditapak permainan (kalau tak salah) lengkap dengan pentas utama serta booth2 jualan disekitar tapak acara.

Tapak jualan Upin & Ipin

Seperti yang dimaklumkan, tugas saya membawa maskot Upin & Ipin bermula sebaik sahaja saya sampai di tapak jualan sekitar pukul 10 pagi. Maskot Upin & Ipin terus sahaja dibawa berjalan2 ditapak jualan sebelum dikumpulkan di tapak "Kelab Nuri"(kalau tak salah). Di kawasan Kelab Nuri inilah di mana semua kanak2 berkumpul untuk pelbagai acara. Selain maskot Upin & Ipin maskot Nuri juga berkesempatan untuk membuat persembahan. 2 maskot Nuri yang berpakaian angkasawan bersama maskot Upin & Ipin menghiburkan semua peminat kecil dengan tarian "cheeky dance". Walaupun pertama kali Upin & Ipin membuat tarian ni, tapi semua aksi yang dilakukan nampak sangat comel.

Upin & Ipin di tapak jualan

Upin & Ipin bersama maskot Nuri

Baju angkasawan Nuri

Peminat kecil yang menonton persembahan

Upin & Ipin bersama maskot Nuri ketika majlis penyampaian hadiah

Selain membuat persembahan tarian, kesemua maskot ini sempat bergambar dengan peminat sebaik sahaja selepas tamat sesi menyampaikan hadiah untuk pertandingan yang telah diadakan pada awal acara. Di dalam acara kali ini, sesuatu yang menarik untuk dikongsi ialah ketika sesi bergambar di dalam gelanggang bola jaring. Selepas sesi bergambar, secara spontan maskot Upin & Ipin sempat bermain bola jaring+keranjang. Walaupun penglihatan maskot Upin & Ipin ini terhad, namun aksi comel mereka bermain menerima sorakan dari pemain yang berada di gelanggang ketika itu.

Bergambar bersama pemain bola jaring

Ipin dan Upin berlawan bola jaring+keranjang

Selain dari itu, cerita yang menarik berlaku apabila peminat kecil yang sangat setia iaitu Iman tiba-tiba muncul di tapak jualan. Iman yang pernah muncul di PKNS Shah Alam tempoh hari muncul sekali lagi dengan berpakaian Ipin. Iman yang sangat meminat Ipin bukan sahaja berebut ingin bergambar bahkan mengikut ke mana sahaja maskot Ipin berada. Melihatkan aksi dan telatah Iman ini, kebanyakkan pengunjung di situ sangat teruja dan seronok melihat aksi Iman.

Iman bersama Ipin

Iman hanya mengikut ke mana saja Ipin pergi

Bergambar bersama keluarga Iman serta beberapa krew yang terlibat

Sempat menculik Iman untuk bergambar

Maskot yang muncul 2 kali di Tanjung Karang ini menamatkan sesi terakhir pada sekitar pukul 2 tghari. Saya dan team maskot sekali lagi, terus bergegas ke KLCC di mana Ekspo Beli Barangan Malaysia sedang berlangsung. InsyaAllah sekira bersesuaian Iman akan muncul lagi bersama Ipin di dalam acara yang lain.

p/s : Siapa yang tak geram tengok Iman macam ni.. huhuh


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...