Followers

Tuesday, July 07, 2009

Hari Keluarga Petronas, Bangi

Assalamualaikum. Event kali ini sebenarnya merupakan event ke dua yang berlaku pada minggu yang sama dengan Ekspo Beli Barangan Malaysia. Event yang berlaku pada bulan Jun lepas ni hanya sempat saya postkan pada bulan ni. Sedang saya sibuk menguruskan event ini, pada masa yang sama 2 lagi event serentak sedang berlangsung. Event Hari Keluarga Petronas ni merupakan susulan sambutan tayangan GENG di Petronas beberapa hari sebelum ni. Walaupun Upin & Ipin tiada kaitan dengan Petronas namun jemputan Upin & Ipin ke event seperti ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi suasana.
Pentas Utama


Suasana di tapak jualan

Aksi clown melayan kanak2

Berbekalkan googlemap versi cetak, saya dan team mencari tapak acara seawal pagi lagi. Bertempat di Bangi, tapak hari keluarga ni memang besar dan meriah. Macam-macam acara yang diadakan seperti permainan futsal, gokart, pertanding menyanyi dan macam2 lagi. Kerancakkan dan kemeriahan event ini terus terasa sebaik sahaja memandu masuk ke tapak letak kereta. Jualan barangan Upin & Ipin kali ini berkonsepkan gerai pondok seperti yang disediakan oleh penganjur. Pengunjung yang datang membeli boleh dikatakan tidak putus dari mula memulakan jualan sehinggalah tamat acara.

Antara krew yang sedang sibuk melayan pengunjung

Diskaun baju GENG yang sangat murah

Saya seperti biasa tidak akan melupakan maskot Upin & Ipin. Maskot Upin & Ipin dibawa berjalan-jalan ditapak acara sekitar pukul 10 pagi. Walaupun, terdapat beberapa maskot lain yang berkeliaran di tapak acara namun maskot Upin & Ipin memang tidak lengang tangan melayan peminat. Maskot Upin & Ipin ini sempat berjalan hampir semua kawasan tapak acara walaupun kawasannya sungguh luas. Tambahan dengan cuaca yang sudah mula panas, kemunculan maskot pada peringkat awal cukup untuk memberi sedikit hint kepada orang ramai mengenai kehadiran mereka. Maskot direhatkan dan disimpan untuk acara persembahan selepas itu.

Suasana ketika bergambar

Maskot Barney pun ada

Persembahan maskot Upin & Ipin dipentas utama sememangnya tidak dirancang. Maskot Upin & Ipin diberitahu ketika itu akan membuat kemunculan bersama dengan maskot Petrosains. Mereka diminta untuk menari mengikut lagu yang telah disedikan oleh pihak Petrosains. Saya bersama team maskot agak risau pada peringkat awal kerana sudah pasti maskot Upin & Ipin tidak tahu mengenai langkah tarian berbanding dengan maskot Petrosains yang sudah lama berlatih. Sementara menunggu masa persembahan, peminat di luar khemah persalinan sudah mula menunggu di luar pintu khemas selepas sebaik saja terperasan kelibat Upin & Ipin.

"Ipin" sempat berehat ketika menunggu untuk membuat persembahan

Ipin serta Upin yang bersedia untuk membuat persembahan

Setelah lama menunggu di dalam bilik persalinan, akhirnya masa untuk membuat persembahan pun tiba. Maskot Upin & Ipin naik ke pentas utama bersama 3 lagi maskot Petrosains. Pengacara yang telah sedia ada di pentas ketika itu Johan dan Zizan memanggil-manggil nama Upin & Ipin untuk menaikkan semangat pengunjung ketika itu. Selepas Johan dan Zizan berborak dan memperkenalkan maskot persembahan tarian pun bermula. Sebaik saja mendengar lagu yang dipasang maskot Upin & Ipin pun dengan spontan memulakan tarian kecil. Rupanya lagu tersebut ialah lagu dari Amy Mastura- Sha Na Na yang telah beberapa kali dijadikan lagu latar tarian untuk maskot Upin & Ipin. Tarian2 comel yang dihasilkan oleh mereka berdua memang berjaya membuatkan pengunjung tersenyum termasuklah saya sendiri. Sambil berfikir (sapalah yang ajar dorang ni nari) saya berasa lega sedikit kerana persembahan tarian mereka berjalan lancar bahkan lebih baik dari apa yang saya bayangkan.

Upin & Ipin ketika acara pentas

Bergambar bersama semua yang terlibat dengan acara pentas

Faris, Juan, Shary, Iqbal dan Zarin

Walaupun acara ini tamat sekitar pukul 2 tengahari namun dengan pelbagai aktiviti serta acara yang telah berlangsung bagaikan sudah melengkapkan agenda acara di sini. Mengikut pihak penganjur, mereka akan mengadakan konsert pada malam hari yang akan dihadiri oleh penyanyi terkenal seperti Mawi dan Faizal Tahir. Walaupun pada ketika itu ada kemungkinan untuk saya berpeluang untuk menyelitkan diri untuk menyaksikan konsert tersebut, tapi bila difikirkan team event yang lain sedang berhempas pulas di KLCC jadi saya membatalkan niat saya itu. Sebaik sahaja selesai berkemas, saya dan beberapa orang team event meneruskan perjalanan ke KLCC untuk event Ekspo Beli Barangan Malaysia.

2 comments:

  1. takpe2..nanti ak update report kat tg karanag ..hihih..

    ReplyDelete
  2. hah! nampak key merah yang cantek itu!!!!

    :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...