Followers

Tuesday, July 28, 2009

Fun time with Teah at Karnival Ampang Jaya

Karnival Ampang Jaya ni sebenarnya telah berlangsung pada hari Sabtu 18 Julai iaitu sehari selepas Upin & Ipin dinobatkan sebagai Best Chemistry di SHOUT! Awards. Nurfathiah atau Teah ni pada malam sebelum event ni berlangsung pun sudah boleh dikatakan telah bekerja overtime dan balik lebih kurang 12am selepas selesai SHOUT! Awards di Bukit Jalil. Jadi event pada hari ini, boleh dikatakan Teah di dalam keadaan yang penat dan letih. Tanpa pengawasan parents Teah, saya dipertanggungjawabkan untuk ambik dan hantar Teah selepas selesai event ini. Walaupun sepatutnya Teah penat kerana kurang tidur, tetapi semangat kanak-kanak normalnya begitu kuat untuk menempuh 1 hari di event ini.

Teah bermain permainan belon

Bermula dengan penampilan istimewa Teah bersama Kak Ros di pentas utama sudah mula mengambarkan kesibukan event ini. Dorang berdua selain mendemo suara masing-masing, aktiviti seperti kuiz dan games turut dipersembahkan. Maskot Upin & Ipin juga sudah tentu tidak terlepas dari menjadi tumpuan orang ramai. Begitu ramai peminat Upin & Ipin mengerumuni pentas utama dan bantuan pegawai MPAJ langsung tidak berjaya mengawal penonton yang menyerang pentas utama. Bimbang dengan keselamatan 2 orang pelakon suara Upin & Ipin ini saya terpaksa masuk campur.


Ketika aktiviti pentas

Teah bersama maskot Upin & Ipin

Ketika ramai mengerumuni pentas

Pada masa yang sama, beberapa orang staff yang lain sedang sibuk "berperang" di booth jualan. (tiada dalam gambar). Walaupun begitu ramai pengunjung sedang berpusu-pusu di pentas, namun jumlah pengunjung yang sedang membeli di booth jualan juga tidak putus-putus. Plush toys Upin & Ipin boleh dikatakan terus kehabisan stok dan kami terpaksa restock pada sebelah tengaharinya pula. Begitu hebat sambutan warga Ampang Jaya walaupun booth jualan sebenarnya ditempatkan bawah khemah di padang yang berdebu. Pelbagai aktiviti-aktiviti lain yang diadakan pada hari yang sama oleh pihak penganjur seperti pertandingan futsal, persembahan, jualan dan macam-macam lagi.

Aktiviti jualan diadakan seperti biasa

Walaupun jadual Teah hanya untuk penampilan pentas yang tamat sekitar pukul 11am, namun oleh kerana Teah terpaksa menunggu saya jadi Teah terpaksa memenuhkan masa sepanjang hari di booth jualan. Selain bergambar dengan peminat, Teah juga rajin membantu jualan. Walaupun rajin tak disuruh namun itulah yang suka dilakukannya. Bagaikan permainan jual beli, Teah melayan setiap pelanggan yang rata-rata gemar dengan layanan Teah. Seharian di sini, pasti bosan sekiranya tidak berjalan. Teah selepas menghabiskan masa dengan permainan belon besar, dia pula menghabiskan duit penjaganya pula dengan makanan-makanan yang dibeli. Saya pula yang kerap dimarah kerana suka menghabiskan makanannya.

Teah bergambar dengan peminat

Teah rajin menjual

Selain itu, Teah juga kerap menghabiskan masa dengan ular dari booth Zoo Negara yang berjiran dengan booth Upin & Ipin. Lebih 10 kali dia situ, membolehkan Teah bergambar secara percuma dengan ular sawa yang turut dipamerkan di situ. Sungguh teruja dengan ular yang dipegangnya sehingga dia tak sedar yang dia sedang memegang tangan orang lain sebenarnya. Fun time Teah diteruskan dengan kunjungan di booth abang Syem iaitu kartunis yang juga finalis Raja Lawak Astro. Telah berjumpa dengan Syem beberapa kali dan beliau sebenarnya begitu meminati Upin & Ipin. Tawaran lukisan karikatur secara percuma sememangnya sesuatu yang pasti tidak ditolak. Mengambil masa sekitar 30 minit, booth Syem ini tiba-tiba dikunjungi ramai peminat yang mula sedar kehadiran pelakon suara Upin & Ipin.

Teah bersama ular sawa

Abang Syem sedang melukis wajah Teah

Abg Syem bersama Teah dan hasil lakaran karikaturnya

Selain maskot membuat kemunculan di pentas, di sebelah petangnya pula maskot sekali lagi muncul dan kali ini berjalan-jalan di sekitar tapak jualan. Oleh kerana cuaca agak panas dan padang berdebu jadi kemunculan kali ini dilakukan secara ringkas dan cukup syarat. Keseluruhan akhirnya event tamat sekitar pukul 7ptg. Selepas saja selesai, saya pula bergegas ke Klang untuk menghantar Teah. Tiba di perkarangan rumah parents Teah sekitar pukul 10 malam kerana campur sesat dan isi minyak cukup sudah pasti membuatkan Teah takut nak berjumpa dengan parentsnya. Antara ayat yang sering diulang-ulang ketika di dalam perjalanan balik ialah ;

Cepat abang.. bawak laju lagi... Teah tahu bahaya.. tapi kita terpaksa. Nanti Mama marah!
.

Dan ayat bila terlepas simpang ; Ish, abang jangan borak dengan Teah., kan kita dah salah jalan ni.. kita kena focus.. focus.. focus...

Ketika kemunculan maskot Upin & Ipin di ruang jualan

Senyum ada makna

Bersama semua orang yang terlibat dengan event ni

p/s : Selepas ini pula ialah post mengenai Festival Kedah Sejahtera yang begitu lain dari yang lain. Pelbagai pengalaman baru yang nak dikongsi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...