Followers

Monday, June 29, 2009

Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia, KLCC

Yeah, hujung minggu yang sibuk akhirnya bermula. Seperti yang diberitahu, hujung minggu ni sahaja saya akan menghadiri 3 event dalam masa 2 hari (Sabtu dan Ahad). Walaupun ketiga-tiga event ni berjalan serentak namun sempat lagi untuk saya menyelitkan diri sendiri untuk menjejakkan kaki di ketiga-tiga event ni. Event pertama ialah event di Kuala Lumpur Convention Centre. Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia yang dianjurkan oleh KPDNKK ni merupakan 1 platform di mana semua barangan buatan Malaysia digabungkan di bawah satu bumbung.

Aksi ketika adik Krisha bersama Upin & Ipin di pentas

Saya bersama team saya sudah pasti berada di event ini untuk membuat jualan barangan Upin & Ipin. Pada event ni seingat saya barangan Upin & Ipin dijual pada harga yang sangat murah. Tak pernah barangan Upin & Ipin dijual pada harga serendah kat sini. Ekspo ni walaupun berlangsung selama lebih kurang 5 hari, namun maskot Upin & Ipin hanya sempat diturunkan pada 1 hari saja. Kemunculan maskot Upin & Ipin secara terus ditampilkan di atas pentas walaupun pada sebelum itu tiada perancangan mengenainya diberitahu. Yang menariknya, di pentas itu juga pada waktu itu sedang ada seorang adik kecil bernama Krisha sedang menghiburkan orang ramai. Adik Krisha yang dikatakan baru berumur 5 tahun ni, amat pandai menyanyi dan lagu Amy Mastura menjadi pilihan Krisha untuk dinyanyikan bersama Upin & Ipin. Semua penonton amat terhibur dengan nyanyi lagu adik Krisha sambil Upin & Ipin menjadi penari latar secara spontan.

Aksi ketika adik Krisha bersama Upin & Ipin di pentas

Selain acara pentas sudah tentulah Upin & Ipin berjalan2 disetiap booth pameran yang ada kat situ. Tapi oleh kerana jumlah booth dan hall terlalu besar, jadi Upin & Ipin tak sempatlah nak luangkan masa kat semua booth. Hampir semua booth yang disinggah Upin & Ipin pasti akan ada orang yang tarik untuk diambil gambarnya. Selain ada yang berebut nak amik gambar, pasti tak kurang adik kecil yang menangis. Samada menangis sebab takut ataupun mungkin menangis kegembiraan dapat berjumpa maskot.

Upin & Ipin di booth Modenas

Adik yang menangis kegembiraan (agaknya)

Secara keseluruhan saya boleh katakan ekspo ni agak berjaya dari segi menarik peminat pengunjung untuk datang. Dalam tempoh 5 hari begitu banyak orang yang datang nak sokong serta beli barangan Malaysia lebih-lebih lagi pada hari-hari terakhir ekspo ni berlangsung. Bayangkan pada hari terakhir ada kedai yang tutup lebih awal sebab dah kehabisan stok barang. Begitu hebat sekali sambutan sampai kena bungkus awal.

Saya suka kedai ni... huhuh

Boonga Studio yang menawarkan rekaan kasut lain dari lain

Suasana semasa jualan

Saya sungguh suka event ni sebab selain dapat mempromosikan produk sendiri, tapi secara tak langsung barulah kita nampak produk2 buatan Malaysia yang lain yang sebelum ni kita tak pernah amik kisah. Kakitangan serta pemamer lain pun sangat supportive dan sempoi. Selain tu jugak, di event ni jugak banyak makanan sample yang saya dapat makan secara percuma.. hehe.

Bergambar bersama maskot Air Asia.. Comelkan. Kesiannya org kat dalam tu

Antara krew yang sempat bergambar.
Nurul, Ida Rahayu, Shima, Zarin, Faris

p/s : Mencari gadis "Jasma"... haih

1 comment:

  1. amboi..pose tak hengat...nasib bek aku kat tg karang....ish...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...