Followers

Saturday, July 11, 2009

Bersua di Suarasa Muar (Bahagian 2)

Kita bersua kembali dengan sambungan jelajah di Suasasa Muar dalam bahagian ke 2. Seperti yang telah dijanjikan, maskot Upin & Ipin seperti biasa membuat kemunculan rasmi di booth Adik di 9. Kali ini pemakainya ialah orang yang lebih pakar dan telah dilatih khas untuk event sebegini. Maskot versi 3.0 yang dilengkapi dengan sistem penyejuk penghawa dingin yang diimport dari China ini mampu membuatkan pemakainya bertahan lebih lama dari biasa.

Semasa maskot sedang bersedia untuk bertukar lagi sudah ramai peminat-peminat kecil yang berkumpul di hadapan pentas semata-mata untuk bersalam dengan maskot ini. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh adik-adik ini bila pertama kali bertentang mata dengan idola mereka termasuklah ketawa, gembira dan tak kurang juga yang menangis. Pada kebiasaannya Upin & Ipin akan berada di pentas lebih kurang 30 minit semasa setiap kali membuat kemunculan. Tetapi kepada yang tak tau, sebenarnya Upin & Ipin lebih gemar berjalan-jalan dari berada di atas pentas.

Upin & Ipin bersama peminat-peminat

Adik yang gigit jari tak percaya dapat
berjumpa Upin & Ipin sebenar

Walaupun dikala hujan lebat, peminat-peminat masih sanggup berpayung ataupun berdiri di dalam hujan semata-mata untuk melihat maskot Upin & Ipin ini dari dekat. Dengan jumlah peminat yang terlalu ramai, keadaan agak kurang terkawal untuk beberapa ketika. Tidak kurang ramai juga peminat-peminat yang berpusu-pusu untuk bergambar walaupun segelintir dari mereka tidak mempunyai kamera sebenarnya. Terdapat juga ramai permintaan untuk bergambar yang tidak dapat saya tunaikan kerana masa yang tidak mencukupi. Sempat juga juga saya menawarkan diri untuk bergambar bersama, namun mereka hanya ingin bergambar bersama Upin & Ipin sahaja.

Fimi bersama Upin & Ipin

Sungguh teruja melihat Upin & Ipin

Masih sanggup menjawab
soalan walaupun di dalam hujan


Pengacara cilik kita iaitu adik Fimi dan Ain kadang kala akan menyelitkan penampilan Upin & Ipin dengan kuiz ataupun games spontan yang berjaya difikirkan. Sebagai contoh mereka memilih salah seorang peminat untuk bersalam dengan Ipin tapi memeluk Upin; ataupun disebaliknya. Upin & Ipin juga kadang kala akan membuat persembahan tarian yang tidak pernah ada latihan pun sebelum ini secara automatiknya apabila mendengar muzik Upin & Ipin berkumandang.

Adik yang basah kuyup berdiri di dalam
hujan semata-mata untuk Upin & Ipin

Ipin membuat pose comelnya

Kemunculan maskot Upin & Ipin pasti tidak lengkap sekiranya tidak muncul di booth2 yang lain. Kehadiran maskot Upin & Ipin sedikit sebanyak berjaya menarik pengunjung yang kadang kala digunakan oleh pemilik booth untuk mempromosikan produk masing-masing. Seperti magnet, ke mana saja maskot ini berjalan pasti akan ada pengikutnya dari belakang. Sempat juga Upin & Ipin berjalan-jalan dihampir setiap booth kerana seperti yang saya maklumkan tadi Upin & Ipin memang suka berjalan-jalan.

Upin & Ipin bersama kereta K9

Kulit cerah Upin & Ipin hasil produk Fair & Lovely

Namun begitu, kemunculan di booth Celcom iaitu penaja utama Suarasa merupakan penampilan utama bagi Upin & Ipin. Apakan tidak, kemunculan Upin & Ipin bersama Fahrin Ahmad memang berjaya memeriahkan booth Celcom pada masa itu. Pengacara di booth Celcom iaitu Abang Bob selain pandai mengawal crowd dia juga pandai menyelitkan kuiz serta games semasa kemunculan maskot Upin & Ipin. Pertandingan menyebut Betul, betul, betul terpanjang merupakan salah sebuah aktiviti sampingan yang mendapat sambutan ramai. Yang pasti kunjungan kami di booth Celcom memang berbaloi-baloi.

Abang Bob Celcom yang pandai menarik pengunjung

Fahrin menemubual salah seorang peminat

Ipin cuba mengajar cara mencuci rambut

Fahrin bersama Upin & Ipin

Bergambar bersama semua krew Celcom

Selesai di booth Celcom, saya cuba pula mempromosikan plush toys Upin & Ipin dengan cara berbeza. Plush toys Upin & Ipin saya bawa ke merata kawasan booth yang jauh dari booth Adik di 9 untuk menarik minat pembeli. Walaupun, tak ramai yang membeli dari saya tapi pujian mereka mengatakan "Eee.. Comelnya" cukup membuatkan saya untuk meneruskan lagi perjalanan promosi. Saya tak pasti mereka memuji plush toys itu ataupun tuan yang membawa plush toys itu sendiri. Hmm, saya kurang pasti.

Promosi ke mana saja

Orang Celcom : Akak nak beli dengan abang2nya sekali bole tak

Abang Bob : Abang nak order 1 lori tau

Promoter Celcom : Kena bayar ke bang? kita orang pun promote free je ni.

Akhirnya berakhirlah sudah post mengenai Suarasa bahagian ke 2. Pada bahagian ke 3 nanti akan menceritakan mengenai aktiviti2 yang tiada kaitan dengan event. Tak tau nak kata menarik ke tak. Saya akhiri post kali ini dengan picture of the day di bawah ini. Gambar ni diambil semasa saya sedang mempromosikan plush toys Upin & Ipin kepada Aida Gadis Melayu serta Lili (Drama Bong). Ianya seolah-olah mempunyai cerita tersirat disebaliknya. Menarik bukan?

Ketika promosi kepada Aida (Gadis Melayu) dan Lili (Drama Bong)

Tahukah anda : Kalau Ipin dalam TV suka makan ayam goreng, Ipin dalam maskot suka makan aiskrim



2 comments:

  1. nurul comel10:11 AM

    hahah..ade buat trivia lak..ipin dalam maskot suke makan ais krim..oh, tidak!!fahrin!ciss..pg booth celcom sana bukan nak ajak..xdpt amek gambo..ciss sekali lagi

    ReplyDelete
  2. ooo nurul pun comel jugak ek sekarang... ingatkan shima je comel

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...