Followers

Thursday, July 09, 2009

Bersua di Suarasa Muar (Bahagian 1)

Alhamdullilah, akhirnya sekali lagi dapat jugak saya pergi memeriahkan Suarasa anjuran TV9. Kali ini team Suarasa bertandang ke negeri Johor pula iaitu kampung saya, tetapi lokasinya bertempat di Dataran Tanjung Mas, Muar. Walaupun pada peringkat awal, saya tak dapat join di atas sebab-sebab tertentu tapi akhirnya setelah diadjust2 dapatlah jugak menyelitkan diri di dalam team Suarasa kali ini yang menampakkan keunikkan dan menjanjikan sesuatu kelainan. Memandu seorang diri ke Muar dengan kelajuan 140-160 km/j membolehkan saya sampai ke Muar dalam tempoh 2 jam. Berpandukan GPS di tangan memudahkan pencarian lokasi pada kali ini. Segala maklumat yang diperlukan seperti jalan yang harus diambil akan diihantar dari semasa ke semasa secara automatic. (GPS = Guna Phone Sendiri)

Kereta satria yang juga ingin ke Suarasa (seperti tuan dia)

Sebaik sahaja sampai, lokasi pertama sudah tentulah mencari makanan trademark di Muar; Mee Bandung Muar. Gerai di bawah pokok besar yang dikatakan menyajikan Mee Bandung special ini menjadi pilihan kami. Selain Mee Bandung, terdapat juga makanan yang lain yang tidak kurang sedapnya seperti otak-otak dan kerang bakar sambal. Tak cukup dengan makan di situ, kerang bakar sambal dibungkus pulang sudah cukup mengambarkan betapa sedapnya kerang tersebut.

Lokasi makanan mee bandung

Mee Bandung Muar

Team kali ini boleh dikatakan ramai (sebab tambah saya) dan terdapat juga beberapa orang kali pertama ke Suarasa. Pada malam sebelum Suarasa tersebut juga, Adik Ain iaitu pengacara Adik di 9 secara spontan mengikut kami menjamu selera. Selesai makan, destinasi seterusnya ialah ke tempat penginapan Hotel Classic yang terletak di tengah-tengah Muar.

Shima : Saya nak 2 pinggan
Nurul
: Saya tak makan, saya tengok je

Afiq yang mencadangkan tempat makanan tersenyum puas

Bergambar dengan semua event team Suarasa

Hotel Classic hanyalah terletak lebih kurang 10 minit dari destinasi. Seperti yang saya maklumkan di dalam perenggan pertama tadi, saya berjaya menyelitkan diri di dalam Suarasa kali ini sememangnya benar apabila saya perlu memuatkan diri di dalam bilik bersama 3 orang padahal bilik tu hanyalah untuk 2 orang. Setelah semuanya selesai kami pun berehat untuk persediaan esok hari. Namun begitu, terdapat beberapa idea unik dan menarik kerana kebanyakkan dari kami tidak boleh tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.

Kami akhirnya telah membuat penampilan istimewa untuk maskot Upin & Ipin disekitar kawasan hotel. Yang uniknya kali ini, maskot Upin & Ipin dipakai oleh orang yang kebiasaannya membantu maskot. Maskot ini juga merupakan maskot versi 3.0 dan tidak pernah digunakan di mana2 event lagi. Maskot Upin & Ipin ini dibawa ke lobby hotel dan berjaya membuatkan penyambut tetamu di hotel ini teruja seketika. Setelah lebih kurang 15 minit, akhirnya maskot Upin & Ipin dibawa berehat untuk penampilan esok hari. Aksi-aski menarik itu tadi akhirnya berjaya membuat semua orang sedikit penat dan akhirnya tertidur.

Maskot Upin & Ipin di luar bilik hotel

Aksi Ipin ketika menaiki lif

Pemakai Upin & Ipin pertama kali digandingkan
berjaya memukau orang ramai


Upin & Ipin meminta extra bed

Seawal 9 pagi lagi, kami telah berangkat ke tapak lokasi Suarasa. Seperti biasa, jualan barangan Upin & Ipin dilakukan di booth Adik di 9. Bertemankan adik Ain serta Fimi sudah cukup memastikan booth kami tidak sunyi sepi. Pada kali ini juga, terdapat beberapa barangan yang pertama kali dibawa ke Suarasa. Antaranya ialah plush toy Upin & Ipin yang merupakan antara barangan terhangat lebih-lebih lagi pada waktu tengahari. Suarasa Muar ini juga merupakan event pertama yang menjual plush toys ini dan Alhamudullilah ianya mendapat sambutan yang amat memberansangkan.

Banner "Adik di 9"

Adik Ain pengacara Adik di 9

Plush toys Upin & Ipin yang begitu hangat

Siapakah gadis disebalik banner ini

En Bukhari Che Muda dari TV9 juga sempat melawat dan melihat sendiri produk terbaru Upin & Ipin ini. Beliau sempat juga memuji plush toys ini dan mencadangkan supaya meningkatkan promosi plush toys sepanjang Suarasa ini berlangsung. Dengan tidak semena-mena, plush toys ini turut dihadiahkan kepada beliau tanda terima kasih di atas sokongan beliau selama ini.

Suarasa kali ini juga, kami memperkenalkan penanda buku Upin & Ipin yang dijual dengan harga promosi. Selain itu kali ini juga, character stand baru juga diperkenalkan. Character stand Upin & Ipin ini kali ini membolehkan peminat memasukkan kepala untuk bergambar. Oleh kerana sambutan yang amat luar biasa dari peminat, akhirnya character stand ini dibawa pulang di dalam keadaan berbeza dengan semasa ia dibawa datang. Saudara Fuad yang telah mencipta character stand ini pasti terpegun melihat hasil yang dibawa pulang.

En Bukhari Che Muda bergambar bersama plush toy Upin & Ipin

Penanda buku baru

Character stand baru Upin & Ipin

Sesi jualan barangan Upin & Ipin

Walaupun cuaca yang panas dan kadang kala hujan tidak melemahkan semangat kami, lebih-lebih lagi kepada krew yang pertama kali menjejakkan kaki di Suarasa. Hasil promosi serta sokongan pengunjung secara keseluruhannya jualan barangan Upin & Ipin boleh dikatakan amat berjaya. Plush toys Upin & Ipin secara kiraan sainstifiknya habis dijual pada hari pertama lagi. Sambutan yang amat diluar jangkaan ini membolehkan kebanyakkan krew event tersenyum riang sepanjang hari. (rujuk gambar di bawah).

Stail senyuman masing-masing yang berbeza

Selain aktiviti jualan sudah tentu aktiviti biasa yang dijalankan oleh TV9 tetap berlangsung. Pelbagai crossover serta siaran langsung yang dilakukan dihampir setiap booth untuk tujuan promosi. Booth2 yang terdapat di Suarasa kali ini ialah seperti Perodua, Silkygirl, Fair & Lovely, Celcom dan sudah tentu booth TV9 sendiri. Pada malam harinya pula, ialah masa untuk konsert yang dikatakan begitu ramai orang yang menonton. Namun saya tak berkesempatan untuk menonton konsert tersebut kerana agak sibuk pada waktu malam.

Cameraman TV9

Apa Ke Halnya

Booth Perodua

Booth Silkygirl

Me & Faiz TV9

Ikuti bahagian ke 2 yang akan menceritakan mengenai aktiviti-aktiviti lain serta kisah-kisah menarik yang berlaku di sepanjang Suarasa Muar kali ini. Anda juga boleh membaca blog saudara Afiq sekiranya mahu.

p/s : Ini kali ke 5 saya ke Suarasa

6 comments:

  1. oho! siapakah pemakai baru itu? hihi

    ReplyDelete
  2. pemakai baru dirahsiakan...kerana identiti nya akan mendtaangkan fenomena yang baru jika dihebahkan kepada umum...

    ReplyDelete
  3. comelkan walaupun tak nampak org kat dalam tu

    ReplyDelete
  4. ya sangat comel..pasti dan pasti

    ReplyDelete
  5. sarah5:05 PM

    hai ain lama dah tak jumpe masa kat kembara alam laut 2 tu je kite las jumpe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...