Followers

Wednesday, June 10, 2009

Suasana Suarasa Seremban

Assalamualaikum. Walaupun sebelum ni saya inform yang saya mungkin tak join Suarasa lagi.. tapi oleh kerana Suarasa kali ni agak dekat dan tak berapa jauh dari KL, jadi membolehkan saya untuk arrangekan diri sendiri untuk Suarasa kali ni. Bertempat di Seremban atau lebih tepat lagi berdekatan dengan Stadium Paroi, perjalanan ke Suarasa kali ini tidaklah memenatkan. Bahkan rasa tidak puas memandu kerana rasa terlalu sekejap sampai.

Suasana dipersekitaran suarasa seremban

Antara krew LCP yang turun

Keadaan dan suasana Suarasa kali ini bolehlah dikatakan hampir sama saje dengan Suarasa yang lain., cuma perbezaan ketara pada kali ini ialah lokasi setiap booth. Lokasi booth kami iaitu booth Adik di 9 boleh dikatakan agak strategi dan menjadi tumpuan orang ramai apa tah lagi bersebelahan dengan salah sebuah booth utama iaitu booth Celcom dan beberapa booth yang lain lagi. Namun begitu, setiap booth yang sangat berdekatan dengan salah satu ini terpaksa berlawan promosi dengan PA System masing2 untuk menarik crowds. Jadi suasana ketika itu bolehlah dikatakan agak bingit dan riuh.

Ketika kemunculan maskot Upin & Ipin

Sesi karaoke bersama Upin & Ipin

Antara peminat yang tercengang melihat aksi Upin & Ipin

Seperti biasa, penampilan istimewa maskot Upin & Ipin menjadi salah satu faktor penarik di Suarasa. Maskot Upin & Ipin boleh dikatakan sempat berjalan disetiap booth kerana lokasinya yang begitu dekat. Selesai saja di pentas Adik di 9, Upin & Ipin seolah-olah berpindah pentas dan terus membuat persembahan di booth TV9 pula. Kebetulan timing masuk Upin & Ipin agak tepat sebaik sebelum pertandingan karoake bermula, jadi kemunculan maskot Upin & Ipin terus dijadikan sebahagian dari persembahan salah seorang peserta. Begitulah, aksi untuk kedua-dua hari untuk maskot Upin & Ipin.. mana booth yang sempat dilawati pasti berjaya menarik perhatian orang ramai.

Peminat kecil yang mirip dengan Mei Mei

Adruce ketika crossover bersama Upin & Ipin

Sheilla, Salina, Fazida bersama Fimie

Antara reaksi peminat kecil ketika aktiviti dijalankan

Hos atau pengacara di booth Adik di 9 kali ni pula ialah Adruce dan Fimie yang mengacarakan booth ini dengan pelbagai aktiviti seperti games dan kuiz. Adruce selain dari tu, kemunculan dia kali ni ialah untuk mempromosikan rancangan terbarunya iaitu Hartamania. Mak kepada Adruce ni pulak peminat Upin & Ipin. Tak sempat shooping di gerai lain lagi dah banyak perhabis duit di gerai Upin & Ipin. Memang support habis la. Mak kepada Adruce ni jugak merupakan salah seorang yang aktif dengan Facebook dan pernah muncul dalam Nasi Lemak Kopi O sebagai tetamu undangan serta terkini dengar cerita dah belakon drama tapi sebagai extra. Cayalah Kak Leza.

Ketika program Apa Ke Halnya?

Khusna dan Sharifah Nur di booth Fair & Lovely

Irma Hasmie untuk program Chopp (agaknya la)
Perasmian kereta K9 TV9

Kenderaan K9

Gambar kat atas ni ialah diantara crossover serta rakaman yang sempat saya ambil gambar. Sebenarnya crossover ni boleh dikatakan berlaku disetiap booth dan diselang-selangkan dengan hos yang lain. Diantara program siaran langsung yang dilakukan pada Suarasa tersebut ialah "Apa Ke Halnya" yang dibuat di atas pentas utama. Selain dari tu, diantara highlight penting di Suarasa kali ini ialah perasmian kenderaan untuk K9 ataupun Kawan 9 yang berfungsi seperti skuad untuk TV9. Menggunakan ikon kucing sebagai simbol K9, kenderaan K9 ini dikatakan akan digunakan sebagai medium untuk aktiviti2 bersama masyarakat awam (lebih kurang macam tu la.. kalau salah faham, maaf ye)

Kali ni sempat la pulak saya join aktiviti yang diadakan di booth Celcom. Walaupun sebenarnya lebih kepada terpaksa join, tapi rasanya games susun2 kotak ni memang best. Abang Bob iaitu pengacara di booth Celcom ni dengan tidak semena-mena memilih saya bersama Juan untuk bertanding susun2 kotak ni bersama team perempuan. Mungkin oleh kerana kami terlalu handal dan telah mempunyai perancangan rapi dalam masa yang singkat jadi pemenangnya sudah tidak perlu disangkal lagi.. hehe. Walaupun, tidak berjaya melengkapkan kotak2 ni dalam masa 3 minit, tetapi hasil akhir susunan kotak tu boleh dikatakan 79.6% siap sepenuhnya. Pasukan perempuan yang tidak memberikan cabaran, membolehkan kami memenangi kupon reload Celcom RM10. Tapi, oleh kerana saya tak pakai Celcom.. jadi saya telah mendermakan kepada yang lebih memerlukan.

Merancang strategi

Mari susun2

Selain dari tu, di booth Celcom juga tidak sunyi dengan kehadiran 4 orang personaliti TV9 iaitu Khusna, Aida, Syarifah Nur dan Faradeeba. Dorang muncul kat sini ialah untuk mengendalikan aktiviti karaoke lagu Search ataupun lebih tepat kalau dikatakan dorang sendirilah yang menyanyi sebenarnya. Walaupun, mula2 tu macam malu2 tapi diam tak diam dah 3 lagu dah abis nyanyi. Pada keesokkan harinya pula, sekali lagi aktiviti karaoke dijalankan. Tapi, kali ni saya tak berani nak ambik gambar dekat2, takut dorang suruh menyanyi pulak kang.

" Aida nak nyanyi 2 lagu aje.. huhu"

Nyanyi2 lagu Search

Selain booth Celcom, booth Fair & Lovely pun tidak kurang meriahnya. Kehadiran maskot Upin & Ipin berjaya menarik perhatian pengacara di booth Fair & Lovely ni yang rata2 semuanya lelaki. Upin & Ipin yang tidak memerlukan krim pencerah muka itu, sempat mengambil kipas percuma ketika pulang dari booth Fair & Lovely. Seperti di booth2 lain, booth Fair & Lovely ni juga mengadakan pelbagai aktiviti di mana pengacaranya setiap kali selalu tertukar perkataan dengan Suarasa dan Jom Heboh.



Booth Fair & Lovely

Antara aktiviti yang berlangsung

Upin Ipin yang tidak memerlukan krim pencerah muka

Nampaknya itulah sahaja aktiviti dan perkara menarik yang boleh dikongsi untuk Suarasa kali ini. Yang pastinya setiap pengalaman Suarasa di tempat2 lain pasti mempunyai pengalamannya tersendiri. Saya suka mengaitkan perkataan "Berbaloi baloi" pada Suarasa kali ini kerana kami dihadiahkan tiket percuma untuk konsert Search di Awan Biru di Stadium Bukit Jalil Ogos nanti. Tiket complimentary ni dihadiahkan sendiri oleh bos Celcom di atas kerjasama serta penampilan istimewa maskot Upin & Ipin disepanjang acara Suarasa berlangsung. Bersuaian dengan tagline Celcom : Prabayar Paling Berbaloi; setidak-tidaknya usaha kami untuk memeriahkan booth Celcom pada haritu berbaloi. Sekarang persoalannya adakah saya ada masa untuk pergi ke konsert tu nanti? huhu. Kita tunggu je la.

p/s : Lepas ni Suarasa akan berkunjung di Muar pula. Adakah saya akan turun juga? Doa2 kan lah... hehe


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...