Followers

Thursday, June 18, 2009

Read Malaysia 09

Oklah, walaupun event ni sebenarnya dah lama lepas, tapi saya takkan lupa untuk post mengenai event ni. Pameran buku terbesar yang dipanggil Read Malaysia ni telah berlangsung selama 10 hari bermula dari 29 Mei - 7 Jun 2009 di MIECC, Mines. Ini merupakan kali pertama Upin & Ipin dijadikan duta untuk sesebuah event. Tugas saya pula sudah bermula 2-3 minggu awal lagi semasa sesi perbincangan dan perancangan untuk menjadikan Upin & Ipin duta program ini menjadi 1 realiti.

Dalam tempoh 10 hari event ini bolehlah dikatakan berjaya walaupun pada masa akan sekiranya diteliti dan merancang dengan lebih baik mungkin dapat menarik lebih lagi pengunjung. Maskot Upin & Ipin telah turun padang selama 3 hari yang berlainan untuk memeriahkan acara. Maskot Upin & Ipin juga turut membuat persembahan pentas pada hari Sabtu dan Rabu sambil diacarakan oleh saya dan dibantu oleh Kak Ros. Walaupun terdapat banyak slot pentas yang dijalankan setiap hari, namun begitu slot pentas kami iaitu bersama Upin & Ipin telah menjadi satu2nya slot pentas yang menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai. Boleh dikatakan pengunjung yang datang terpaksa berdiri dan berebut semata-mata untuk bergambar dengan maskot serta pelakon suara Upin & Ipin.

Aktiviti jualan barangan Upin & Ipin

Aktiviti jualan barangan Upin & Ipin

Ketika acara pentas berlangsung

Jualan barangan Upin & Ipin diteruskan seperti biasa walaupun kebanyakkan booth menjual buku. Di dalam Read Malaysia ini sahaja pihak penganjur berjaya mengabungkan 20,000 jenis buku pelbagai bahasa serta lebih 500 kiosk di bawah satu bumbung. Secara keseluruhan pesta buku ini boleh dikatakan berjaya untuk tahun pertama percubaan. Di bawah ini ialah orang kuat sebalik Read Malaysia yang berhempas pulas menjayakan acara ini sepanjang 10 hari.

Staff MIECC bergambar bersama Upin & Ipin

Sempat menyelit bersama Upin & Ipin


p/s : tau tak kalau tak duta Read Malaysia ni ialah Aznil

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...