Followers

Thursday, June 18, 2009

FesSTIS, Kompleks PKNS

Update pada kali ini yang ingin dikongsi ialah mengenai event yang dipanggil FesSTIS ataupun Festival Sains Teknologi dan Inonasi Selangor. FesSTIS yang dianjurkan oleh negeri Selangor sendiri ini merupakan pertama kali diadakan dan merupakan salah satu langkah untuk menaikkan teknologi dan Inovasi di dalam negeri Selangor khususnya. Les' Copaque tidak ketinggalan dijemput untuk memeriahkan acara ini memandangkan Les' Copaque sememangnya ditubuhkan di dalam negeri Selangor.

Ketika upacara perasmian berlangsung

Acara pembukaan ini telah dirasmikan sendiri oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dipentas utama di Komples PKNS. Walaupun, dirasakan lokasi event yang dipilih agak kurang sesuai namun perjalanan acara ini berjalan lancar dan teratur. FesSTIS ini berlangsung sepanjang 3 hari dan seminggu sebelum acara ini berlangsung bunting serta poster mengenai acara ini telah memenuhi jalan-jalan di sekitar Shah Alam.


Suasana di atas pentas ketika sesi saya

Saya pula diamanahkan untuk mengadakan acara pentas pada sebelah petangnya. Pengunjung yang menantikan acara pentas ini memanglah ramai, lebih-lebih apabila dijadualkan akan ada kemunculan maskot Upin & Ipin pada akhir slot saya. Kebanyakkan pengunjung yang setia mendengar persembahan saya ialah adik-adik kecil serta bersama keluarga masing-masing. Oleh disebabkan itu, kebanyakkan dari persembahan saya diselitkan dengan screening Upin & Ipin dan juga kuiz Upin Ipin bagi memeriahkan suasana (kononnyala).

Ye, adik di belakang itu lah kita cari

2 + 5 berapa? tak tau kan?

Selain dari itu saya juga berkesempatan untuk berjumpa dengan finalis Raja Lawak Astro iaitu Syem. Dia ada juga membuat persembahan pentas tetapi pada hari sebelum saya. Actually, ni kali kedua saya berjumpa dengan Syem selain di program Read Malaysia tempoh hari. Syem ni memang sempoi dan kebolehan beliau ialah boleh membuat pelbagai bunyi karakter kartun seperti Donald Duck dan macam2 lagi.

Bersama Syem (Finalis Raja Lawak Astro)

Antara team yang menjayakan program pada hari terakhir.
Saya, Juan, Nad, Nurul (Shima takde dalam gambar)

Seperti biasa selepas ini saya akan update mengenai event yang akan berlaku pada hujung minggu nanti. Banyak jugak event yang telah dilockkan setiap hujung minggu. Nampaknya hujung minggu saya akan dipenuhi dengan event. Tapi, takpe saya suka... selagi mampu buat, kita teruskan saja. Yang penting pandai nak hiburkan diri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...