Followers

Monday, June 29, 2009

Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia, KLCC

Yeah, hujung minggu yang sibuk akhirnya bermula. Seperti yang diberitahu, hujung minggu ni sahaja saya akan menghadiri 3 event dalam masa 2 hari (Sabtu dan Ahad). Walaupun ketiga-tiga event ni berjalan serentak namun sempat lagi untuk saya menyelitkan diri sendiri untuk menjejakkan kaki di ketiga-tiga event ni. Event pertama ialah event di Kuala Lumpur Convention Centre. Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia yang dianjurkan oleh KPDNKK ni merupakan 1 platform di mana semua barangan buatan Malaysia digabungkan di bawah satu bumbung.

Aksi ketika adik Krisha bersama Upin & Ipin di pentas

Saya bersama team saya sudah pasti berada di event ini untuk membuat jualan barangan Upin & Ipin. Pada event ni seingat saya barangan Upin & Ipin dijual pada harga yang sangat murah. Tak pernah barangan Upin & Ipin dijual pada harga serendah kat sini. Ekspo ni walaupun berlangsung selama lebih kurang 5 hari, namun maskot Upin & Ipin hanya sempat diturunkan pada 1 hari saja. Kemunculan maskot Upin & Ipin secara terus ditampilkan di atas pentas walaupun pada sebelum itu tiada perancangan mengenainya diberitahu. Yang menariknya, di pentas itu juga pada waktu itu sedang ada seorang adik kecil bernama Krisha sedang menghiburkan orang ramai. Adik Krisha yang dikatakan baru berumur 5 tahun ni, amat pandai menyanyi dan lagu Amy Mastura menjadi pilihan Krisha untuk dinyanyikan bersama Upin & Ipin. Semua penonton amat terhibur dengan nyanyi lagu adik Krisha sambil Upin & Ipin menjadi penari latar secara spontan.

Aksi ketika adik Krisha bersama Upin & Ipin di pentas

Selain acara pentas sudah tentulah Upin & Ipin berjalan2 disetiap booth pameran yang ada kat situ. Tapi oleh kerana jumlah booth dan hall terlalu besar, jadi Upin & Ipin tak sempatlah nak luangkan masa kat semua booth. Hampir semua booth yang disinggah Upin & Ipin pasti akan ada orang yang tarik untuk diambil gambarnya. Selain ada yang berebut nak amik gambar, pasti tak kurang adik kecil yang menangis. Samada menangis sebab takut ataupun mungkin menangis kegembiraan dapat berjumpa maskot.

Upin & Ipin di booth Modenas

Adik yang menangis kegembiraan (agaknya)

Secara keseluruhan saya boleh katakan ekspo ni agak berjaya dari segi menarik peminat pengunjung untuk datang. Dalam tempoh 5 hari begitu banyak orang yang datang nak sokong serta beli barangan Malaysia lebih-lebih lagi pada hari-hari terakhir ekspo ni berlangsung. Bayangkan pada hari terakhir ada kedai yang tutup lebih awal sebab dah kehabisan stok barang. Begitu hebat sekali sambutan sampai kena bungkus awal.

Saya suka kedai ni... huhuh

Boonga Studio yang menawarkan rekaan kasut lain dari lain

Suasana semasa jualan

Saya sungguh suka event ni sebab selain dapat mempromosikan produk sendiri, tapi secara tak langsung barulah kita nampak produk2 buatan Malaysia yang lain yang sebelum ni kita tak pernah amik kisah. Kakitangan serta pemamer lain pun sangat supportive dan sempoi. Selain tu jugak, di event ni jugak banyak makanan sample yang saya dapat makan secara percuma.. hehe.

Bergambar bersama maskot Air Asia.. Comelkan. Kesiannya org kat dalam tu

Antara krew yang sempat bergambar.
Nurul, Ida Rahayu, Shima, Zarin, Faris

p/s : Mencari gadis "Jasma"... haih

Tuesday, June 23, 2009

GENG di SIRIM

Actually event ni boleh dikatakan serentak ataupun berlaku sebaik saja selesai event Kejohanan Rowing di Putrajaya. Bayangkan kitaorg tutup booth di Putrajaya lebih kurang pukul 4.30pm dan lebih kurang pukul 5 lebih dah kena berada di SIRIM pulak untuk tayangan GENG yang akan diadakan pada malam tu. SIRIM ni terletak kat Shah Alam aje, jadi lebih kurang macam kena balik opis la balik. Selain dari tayangan tugas kami jugak time ni kena standby jualan barangan Upin & Ipin serta maskot Upin & Ipin. Jadi orang yang jadi maskot time ni kiranya kena straight terus la dari Putrajaya sampai ke SIRIM jadi maskot.


Suasana ketika bergambar bersama Upin & Ipin

Walaupun tayangan GENG ni bermula time malam, tapi ramai kakitangan SIRIM dah mula memenuhi tempat tayangan ni seawal petang. Selain sebab nak chop tempat duduk, dorang semua berkesempatan untuk bergambar dengan maskot Upin & Ipin. Kiranya macam sementara menunggu ni, kemunculan maskot Upin & Ipin sedikit sebanyak dapatlah jugak menghiburkan semua orang. Tak sangkalah ramai jugak yang nak bergambar. Nasib baik staff SIRIM banyak membantu mengawal semasa proses orang nak bergambar.

Pada masa yang sama jugak, "booth" kami sedang sibuk diserang orang ramai. Booth yang ditempatkan betul2 dibawah tiang gol ni menjadi sasaran utama kakitangan SIRIM sebaik tiba di kawasan ni. Walaupun simple aje dan jualan pun dibuat dalam masa yang singkat, tapi tetap mendapat sambutan orang ramai. Semakin lama hari pun kian menjadi gelap. Tumpuan pun beralih arah untuk tayangan filem GENG. Tayangan ni berkonsepkan wayang pacak iaitu orang ramai bebas untuk duduk di mana2 di dalam kawasan padang yang disediakan. Tapi sebelum boleh tengok wayang, semuanya kena makan dulu. Boleh dikatakan sasaran kali ni berubah ke kaunter makanan yang menawarkan makanan seperti kambing bakar, ayam BBQ, sosej2 dan macam2 lagi.

Ketika sesi jualan Upin & Ipin

Hampir senja

Sempat jugak dorang bergambar. (Tak panggil pun)
Afiq, Nad, Nurul dan Shima

Walaupun wayang pacak ala moden, tapi sistem bunyi dan visual boleh dikatakan boleh tahan dan memuashkan. Cuma oleh kerana kawasannya terbuka, jadi agak kurang dengar respon orang ramai kalau ada part kelakar. Menurut sumber yang boleh dipercayai, lebih 1000 kakitangan SIRIM yang join tengok filem GENG ni lebih2 lagi semasa ni DVD GENG masih belum dijual dipasaran.

Beratur panjang untuk makanan

Persiapan terakhir sebelum tayangan

Selepas tamat tayangan sekitar pukul 11mlm, maskot Upin & Ipin muncul buat kali terakhir untuk sesi bergambar. Walaupun dah lewat malam, tapi nampaknya kakitangan SIRIM tak ngangtuk lagi dan masih ramai yang ingin bergambar dengan maskot Upin & Ipin ni. Rata2 kakitangan SIRIM berpuas hati dengan tayangan filem GENG ni walaupun kebanyakkan dari dorang dah pernah tengok GENG ni kat wayang sebelum ni. Tapi atleast moment tengok filem GENG di padang bola ala2 begini memang susah nak dapat. Saya pun pertama kali menyaksikan tayangan dalam bentuk sebegini. Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan perjalanan proses tayangan serta layanan yang diberikan oleh kakitangan SIRIM.

Sesi bergambar kali terakhir pada waktu malam

Walaupun pada hari tersebut saya kena menghadiri 2 event serentak pada hari yang sama tapi apa yang sebenarnya membuatkan saya tak penat langsung ialah keseronokan yang saya dapat berikan pada orang ramai. Seronok tengok ramai orang dapat berjumpa dengan maskot Upin & Ipin dan sekurang2 nya respon serta pujian yang diajukan terus kepada saya ini dapat membakar semangat untuk meneruskan usaha saya ini.

p/s: Walaupun weekend ni ada 2 event, tapi next weekend ada 3 event serentak. Nantikan post mengenainya

Kejohanan Rowing JPM, Putrajaya

Alhamdullillah setelah lama kumpul stock blog ni akhirnya sempat juga nak tulis pasal event yang ni pulak. Event kali ni dekat saje, iaitu di Kompleks Sukan Air, Putrajaya. Saya pun kalau nak ikutkan memang tak pernah menjejakkan kaki kat sini... yela, kalau pergi pun nak buatkan.. takkan la nak berenang pulak kat sini. Anway, event ni ialah event anjuran JPM untuk Kejohanan Rowing. Rowing ni ala2 macam kayak tapi lagi besar dan ramai yang mendayungnya.

Di perkarangan kompleks sukan air
Banner Kejohanan Rowing

Antara pasukan yang sedang ber-rowing

Event yang berlangsung selama dua hari ni, bermula dengan agak kurang baik. Maklumlah, awal2 pagi lagi dah hujan. Jadi kami terpaksa mengalami sedikit kepayahan sebab boothnya semua outdoor. Walaupun macam tu, keseluruhan event ni boleh dikatakan sangat meriah. Selain dari kejohanan rowing ni sendiri, acara ni turut diceriakan dengan persembahan beberapa orang artis AF dan pertandingan lain seperti pertandingan mewarna dan sebagainya. Lokasi dan kawasan sekeliling kat sini sangat cantik. Jadi memang tak hairan la di sekitar kawasan ni dipenuhi dengan orang ramai yang membawa DSLR masing-masing.

Penonton sedang menyaksikan pasukan masing2 bertanding

Pasukan sorak sedang memberi semangat

Selain tu, peserta yang join ni pun memang semangat2. Tak perlu ada pasukan sorak sebab dorang sendiri yang akan sorakkan untuk pasukan masing2. Tapi last2 tak sure la yang mana menang.. sebab tak pay attention sangat.. hehe. Ok, di booth kami sudah tentulah jualan barangan Upin & Ipin. Sambutan boleh dikatakan mengalakan lebih-lebih lagi pada hari Ahad kerana pada hari tersebut terdapat pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.


Afiq,Fuad, Ida Rahayu, Zarin, Ezuan


Shima & Me

Maskot Upin & Ipin mesti tak boleh tinggal. Kebanyakkan pengunjung untuk acara ni pada peringkat awalnya tak tau mengenai maskot Upin & Ipin akan muncul sebab dorang tak pernah dibagitau. Jadi bila 1st time maskot muncul lebih2 lagi pada masa launching ramailah yang terkejut dan menjerit Upin & Ipin. Lepas2 tu makin lama lepas orang dah tau, ramai pulak la standby bila maskot nak keluar.

Peminat bergambar dengan Upin & Ipin

Seronok jugak dapat amik gambar environment sekitar event ni. Walaupun berbekalkan camera pinjam tapi atleast dapatlah jugak ambik gambar yang konon2nya cantik ni. (haih, bila la nak beli camera ni)

Peminat bergambar dengan Upin & Ipin

Ketika pertandingan mewarna diadakan

Adik ni nangis sebab tak dpt amik gambar Upin Ipin

Jelingan manja adik comel

Last day event ni, TPM ki Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin pun ada datang untuk menyampaikan hadiah sekali gus menutup acara ni. Saya semasa penyampaian hadiah tu pun tak lepaskan peluang untuk berebut amik gambar bersama2 dengan press2 yang lain. Dah boleh dikatakan macam rupa press la jugak. Cuma gambar yang saya amik tak kluar paper je la.

Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin bersama pemenang

Disebelah petangnya jugak, terdapat pertunjukan oleh pasukan penyelamat udara (kot) yang menunjukkan demostrasi menyelamat di dalam tasik tu sendiri. Pertunjukkan ni boleh dikatakan berjaya mengagumkan pengunjung yang ada masa tu. Sehingga Upin & Ipin yang sepatutnya kena standby dalam bilik persalinan pun keluar untuk tengok pertunjukkan tu.
Demostransi pasukan penyelamat

Ipin kagum dengan pertunjukkan yang diadakan

Terima kasih kepada pihak2 yang membantu teruma sekali Cik Yanti selaku wakil dari JPM yang banyak membantu. Sekiranya anda membaca blog saya ni, silalah tinggalkan komen anda ye. Selain tu jugak, tak lupa kepada En. Ramli dari TM yang saya rasa dia takkan baca blog ni pun. Apa2 pun hopefully selepas ni akan ada lagi event seperti ni di Putrajaya sebab semua orang kat Putrajaya memang best!.

Friday, June 19, 2009

Mediaprima Screening Raya

Ye, walaupun kita masih belum mula berpuasa tapi Mediaprima telahpun menganjurkan screening sempena Raya. Screening ni bertujuan untuk menayangkan program-program menarik yang akan disiarkan di stesyen TV di bawah Mediaprima seperti TV3, TV9, 8TV dan NTV7. Bertempat di Sunway Hotel, lokasi screening ini berkonsepkan raya. Bermulalah sehingga pakaian, makanan, musik dan segala2nya berkonsepkan raya.


Program bermula dengan presentation oleh Dato Seri Farid mengenai rancangan2 yang bakal ditayangkan nanti. Upin & Ipin akan ditayangkan di TV9 sempena raya nanti. Selepas lebih kurang 30 minit, majlis diteruskan dengan persembahan artis sambil tetamu dibenarkan menjamu selera.

Fabolous Cat ketika membuat persembahan

Upin & Ipin juga tidak terlepas memeriahkan majlis ini

Tomok bersama Upin & Ipin

Sebaik sahaja selesai majlis termasuklah tugas maskot Upin & Ipin saya bergambar dengan artis takat mana yang sempat. Tapi sebenarnya lebih banyak artis yang hadir cuma tak sempat nak amik gambar.

Bersama Ally Iskandar

Bersama Lisdawati

Oklah, simple event.. so simple writeup aje. So, lepas ni ialah event di Putrajaya. Nantikan updatesnya ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...