Followers

Sunday, May 31, 2009

Signing Ceremony at KL Tower

Assalamualaikum, nampaknya banyak event yang masuk pada bulan Jun nanti. Boleh dikatakan setiap weekend sudah dilock dengan event yang berkaitan dengan Upin & Ipin mahupun GENG. Disamping bekerja menjayakan event, dapatlah jugak saya bertukar-tukar contact dengan orang disebalik event berkenaan untuk kegunaan masa hadapan. Tapi, sebelum kita masuk mengenai event disepanjang bulan Jun kita tengok dulu event yang amat penting berlaku pada hujung bulan Mei ni iaitu Majlis Menandatangani Perjanjian bersama Les' Copaque.

View dari atas menara KL


Majlis ni basically ialah perjanjian diantara Les' Copaque dengan Telekom Malaysia untuk tujuan penaajan siri Upin & Ipin, dengan TV9 sebagai stesyen penyiar rasmi Upin & Ipin di Malaysia, dengan TPI sebagai stesyen penyiar rasmi Upin & Ipin di Indonesia, serta Bliztmegaplex sebagai pengedar filem GENG di rantau Indonesia. Bertempat di Menara Kuala Lumpur, lokasi event pada kali ini pasti menarik dengan berkonsepkan ala2 casual campur formal sikit (sebab ada orang besar). Sehari sebelum majlis ni, semua orang yang bertanggungjawab dikenakan hadir untuk raptai dan sesi persiapan. Semuanya memastikan bahagian masing2 seperti teknikal, backdrop, event flow dan sebagainya tiada masalah pada hari event tu nanti. Ini merupakan pertama saya menjalankan event di Menara KL, jadi masih banyak prosedur dan perkara yang harus dibelajar.

Ketika sesi raptai berlangsung

Baby Eilham pun nak join raptai

Ok, pada hari majlis berlangsung diantara tetamu terhormat yang hadir ialah Dato Bazlan Osman (CFO) TM Berhad), En Bukhari Che Muda (TV9) dan beberapa orang lain lagi. Majlis dihoskan oleh pengacara TV9 iaitu Puan Syarifah Nur. Majlis ni berlangsung agak baik dan bermula lebih awal dari yang dijangkakan. Walaupun agak kekurangan kehadiran media dan press namun semuanya yang hadir berpuas hati dengan kelancaran majlis. Terima kasih kepada media yang hadir dan telah menulis mengenai event ini seperti dari Utusan dan Metro.

Ketika sesi menandatangani berlangsung

Tuan Haji Burhanuddin ketika berucap

Selain dari menyaksikan majlis menandatangani, tetamu yang hadir juga ditontonkan dengan siri animasi Upin & Ipin yang baru serta trailer filem akan datang iaitu Upin & Ipin : Angkasa. Kebanyakkan tetamu begitu kagum dengan trailer terbaru ini. Kepada siapa2 yang ingin menonton trailer terbaru ni, kenalah tunggu sehingga laman webnya siap nanti.

Antara tetamu yang hadir

Nizam ketika ditemubual

Delagasi dari Indonesia

Antara staff yang sempat bergambar bersama2


Fuad menunjukkan bunting hasil kerjanya. (yela... lawa2)

Bergambar bersama Syarifah Nur

Secara keseluruhannya, majlis ni walaupun nampak simple tetapi tujuan dan kesan selepas majlis ini amatlah besar. Diharapkan perjalanan dan proses menghasilkan Upin & Ipin : Angkasa selepas ni berjalan dengan baik dan lancar. Oklah, tunggu post saya mengenai event2 berlangsung sepanjang bulan Jun nanti.

1 comment:

  1. da lama tak gi menara kuala lumpur nih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...