Followers

Wednesday, May 06, 2009

Pengalaman Suarasa Kelantan (Bahagian 2)

Sambungan mengenai pengalaman suarasa Kelantan (Part 2) dimulakan dengan sambutan maskot Upin & Ipin di booth Adik di 9. Walaupun Upin & Ipin hanya muncul sekitar 20 minit setiap kali membuat penampilan tetapi peminat yang mengerumuni booth ni setiap masa mereka muncul memanglah ramai. Kebiasaannya maskot Upin & Ipin tidak akan atau tidak mampu muncul lebih lama dari 20 minit kerana faktor-faktor keselamatan. Berdasarkan gambar di bawah ni saja pun dah dapat menggambarkan betapa ramainya orang pada masa tu. Namun begitu, kebanyakkan peminat kat sini masih dalam keadaan terkawal dan tidak terlalu ekstrem sehingga memerlukan bantuan polis seperti yang pernah berlaku di Suarasa yang lain.

Maskot Upin & Ipin ketika membuat penampilan

Dengan kepetahan hos kecil kita yang pandai mempromosikan Upin & Ipin dengan membuat kuiz serta aksi bersama-sama maskot Upin & Ipin sedikit sebanyak dapat menghiburkan pengunjung pada masa itu. Sehinggakan ada seorang peminat kecil ni secara spontan naik ke pentas dan memeluk kaki Upin sepanjang masa. Selain dari adik Ain dan Fimi, booth Adik di 9 ni juga dimeriahkan dengan penglibatan beberapa orang artis lain seperti Lili (Pelakon cerita Bong), Ustaz Zamri (Mari Mengaji) dan beberapa orang lagi.

Sebahagian dari sesi kuiz yang dikendali oleh Adik Ain

Peminat kecil yang spontan naik ke pentas

Lili sedang berinteraksi dengan adik Ain

Pada masa yang sama juga, sesi jualan barangan merchandise Upin & Ipin sedang hangat dijalankan. Walaupun pada peringkat awal jualan merchandise agak perlahan difahamkan di atas faktor-faktor cetak rompak dan lokasi booth namun begitu akhirnya ianya secara perlahan-perlahan bertambah baik. Barangan original tetap menjadi pilihan kerana ianya lebih menawarkan kualiti dan design serta pilihan yang unik. Memang tidak dapat dinafikan harga menjadi faktor penting kerana kebanyakkan dari pengunjung sudah terbiasa dengan harga barangan seperti dikawasan Rantau Panjang ataupun Wakaf Che Yeh. Tetapi, secara keseluruhannya jualan di sini boleh dikatakan berjaya dengan kutipan yang hampir sama seperti yang pernah dilakukan di Perak dulu.

Suasana ketika aktiviti jualan merchandise

Suasana ketika aktiviti jualan merchandise

Suasana ketika aktiviti jualan merchandise

Nad, Nurul, Juan, Syazwan dan Nell antara staff LCP yang
turun padang membuat jualan di Suarasa kali ini

Safwan yang sibuk menjual dalam keadaan duduk

Promote key chain sikit

Adik Ain ketika membuat liputan untuk Adik Di 9


Selain dari aktiviti di booth Adik di 9, maskot Upin & Ipin juga membuat penampilan di booth TV9 yang berada agak jauh dari booth adik di 9. Perjalanan ke booth TV9 sahaja sudah memakan masa lebih 10 minit (ingat tak saya cakap berapa lama masa maskot boleh muncul tadi?). Tambahan pula, perjalanan Upin & Ipin ni pun akan melalui tempat tumpuan orang ramai seperti di kawasan jalan kaki yang mana akan memerlukan lebih banyak masa. Sekurang-kurangnya 2-3 orang diperlukan untuk membantu membawa Upin Ipin ni sebab terlalu ramai yang akan menarik-narik atau mengambil peluang untuk bergambar. Kenapa tak boleh ambik gambar? Sebab kalau tak tempoh perjalanan akan jadi lebih lama dari 10 minit.


Amirul (Krew TV9) bergambar bersama Upin Ipin.
(oklah, krew je boleh bergambar)

Upin & Ipin ketika standby di tempat lintas langsung

Lokasi pertama ialah berhampiran dengan pentas utama. Upin & Ipin diminta untuk menyertai lintas langsung bersama penyampai TV9 yang lain. Upin Ipin yang berada di tempat yang dijanjikan lebih awal dari yang telah diminta telah tiba-tiba diserbu peminat. Pada masa yang sama tiada lagi krew2 yang terlibat berada dikawasan sekeliling. Dalam masa yang singkat, tiba2 ramai peminat mengerumuni Upin Ipin untuk bergambar. Oleh kerana, keadaan agak tidak terkawal kami terpaksa "menyimpan" sekejap Upin & Ipin di dalam bilik rehat VIP yang memerlukan sekurang-kurangnya 3-4 minit ke sana. Ramai peminat berkejaran dan mengikut sampai ke luar bilik VIP ni yang dipanggil "Pokok Tamar" serta ditutupi dengan cermin hitam. Sehinggakan ada salah seorang krew TV9 berborak kosong dengan saya dan memberi perdapat yang senario ini seperti dalam filem "Zombi Kampung Pisang". Begitulah susahnya menjaga maskot Upin & Ipin ni. Bukan sahaja kena jaga dari segi keselamatan orang yang memakainya tetapi keselamatan dari segi baju maskot tu sendiri.

Penyampai yang terlibat semasa itu diantaranya ialah Syarifah Nur, Syafik, Aida, Farah Adeeba, Fimi dan Ain. Keadaan semasa standby di sini terlalu crowded dan sehingga memerlukan bantuan polis serta bantuan petugas. Saya yang sedang mengambil gambar juga hanya mampu berdiri di satu spot sahaja. Meskipun lintas langsung ini hanya beberapa minit sahaja, tetapi prepareration untuk live ini memakan masa lebih dari itu. Pada masa ni pun maskot Upin & Ipin sebenarnya dah bertahan lebih dari 40 minit.

Reaksi Aida yang seperti tahu gambarnya sedang diambil

Terima kasih Aida untuk pose gambar ni... hehe

Yay. semua lambai camera kat atas tu

Amy sedang memeriksa framing melalui TV yang disediakan.

Fimi sedang main PSP

Ok, akhirnya tamat jugak Part 2 yang saya ingin kongsikan. Part ke 3 iaitu yang terakhir akan lebih menceritakan pengalaman dihari terakhir serta aktiviti2 yang berlaku disemasa diluar Suarasa. Nantikan.!

p/s: sedey ni last Suarasa dpt join~

4 comments:

  1. Upin dan ipin my favourite!!
    kalau anis jumpa pun anis geram...
    hahaha....
    sian upin dan ipin

    nape ni last sua rasa yg dpt join ek?

    ReplyDelete
  2. sbb last Suarasa nanti ada dlm part 3.. cewah.. macam drama bersiri pulak

    ReplyDelete
  3. mumu...nad x sbr nak dgr story psl spec baru org tu..Ala2 Ally Iskandar....

    ReplyDelete
  4. citer pasal suarasa pun tak abeh lg ni... pasni2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...