Followers

Monday, May 04, 2009

Pengalaman Suarasa Kelantan (Bahagian 1)

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Wah, dengan suka2 hatinya kali ni nak tulis mengenai event Suarasa yang saya lalui dengan panjang sikit. Jadi ni part 1 dari tak tau berapa part akan datang. Ok, mari kita mulakan. Suarasa kali ni agak berbeza dan semuanya boleh dikatakan tak pernah dilakukan sebelum ni. Boleh dikatakan, kesemua team ke Suarasa kali ni ialah team baru yang tak pernah ke Suarasa dan kombinasi antara team jugak ialah yang pertama kali diadakan. Tambahan pula, pada masa yang sama hampir separuh team LCP yang lain sedang bercuti di Pulau Tioman. Hmm, oleh kerana saya takut air dan tak reti berenang jadi destinasi ke Suarasa kali ni memang telah menjadi salah satu destinasi yang ditunggu2. Selain itu juga saya mempunyai sebab2 peribadi untuk memilih ke Suarasa kali ini. Suarasa kali ni, team LCP dibawa ke salah sebuah lagi negeri di pantai timur iaitu Kelantan Darul Naim.

Ketika berehat di R&R Gua Musang

Nad, Nurul, Yana dan Safwan makan ketika berehat di R&R

Satu fakta yang saya rasa semua orang akan setuju ialah perjalannya yang sangat jauh. Bersepakat untuk mengunakan jalan ke Gua Musang, perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 9 jam ini terpaksa meredah pelbagai halangan seperti kawasan berbukit dan selalu bertembung dengan lori balak. Tapi, Alhamdullilah kerana disepanjang perjalanan kami cuaca nya amat baik sekali.

Kanak-kanak yang berpakaian Upin & Ipin di kawasan R&R

Ni kut Gua Musang

Sebaik sahaja kami berhenti di R&R Gua Musang, kami sudah dapat melihat beberapa kanak2 kecil berpakaian Upin & Ipin. Mungkin ini ialah petanda awal mengenai sambutan atau pendedahan mengenai Upin & Ipin walaupun difahamkan di sana tiada panggung wayang. Walaupun ianya hanya baju cetak rompak, tetapi sekurang-kurangnya populariti Upin & Ipin tidak kurang hebatnya di kawasan ini.

Tiba pada petang hari Khamis, kami meneruskan perjalanan kami ke tapak Suarasa. Niat dihati nak survey kawasan booth dan merancang kawasan parking untuk keesokkan harinya. Bertempat di Stadium Sultan Mahmud ke-4, Suarasa kali ini pada pemikiran saya nampak agak tidak tersusun. Lokasi setiap booth dan jarak antara satu sama lain nampak agak bercampur dan tidak terancang. Ini berkemungkinan kerana kawasan perkarangan stadium ini sendiri yang agak terhad dan sempit. Booth kami iaitu booth Adik di 9 pula, diletakkan agak jauh dari kawasan tumpuan dan dari booth utama iaitu booth TV9 sendiri. Booth TV9 berada di utara manakala booth Adik Di 9 boleh dikatakan berada di sebelah selatan. Walau bagaimanapun, kami menerima apa yang telah ditetapkan dan terus merancang aktiviti untuk esok hari.

Kawasan pentas utama pada sehari sebelum Suarasa


Masing-masing dengan pose sendiri ketika merancang untuk esok. Tapi bukan booth kat belakang tu ke.. kenapa tunjuk kat depan sana... huhu

Pada malam harinya, kami semua memang tak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan sambil cari makan di area Kota Bharu ni. Lokasi makan pada malam hari ialah di kedai makan yang diberi nama MIRAMA. Dicadangkan sendiri oleh Juan (orang kelantan asli) sememangnya makanannya sedap dan berbaloi. Walaupun, orang tak berapa ramai di sini tetapi semua makanannya sedap. Kalau tak percaya tengoklah gambar di bawah ni.

Destinasi makanan yang best

Nasi goreng ayam yang nampak lawa

Baik saja selesai makan, destinasi selepas tu sudah tentulah shopping. Tempat yang sangat terkenal kat sini ialah Wakaf Che Yeh. Berkonsepkan macam uptown, tempat ni memang banyak menjual barang-barang dengan harga yang sangat murah. Saya diberitahu Wakaf Che Yeh ni hanya beroperasi bermula pukul 10 malam ke atas dan ditutup pada awal pagi. Namun begitu dikawasan ni juga dapat dilihat pelbagai barangan cetak rompak Upin & Ipin dijual dengan banyaknya. Bukan sahaja banyak dari segi design malahan terdapat juga dalam pelbagai jenis produk. Ini juga sedikit sebanyak membuatkan kami berharap agar jualan barangan merchandise Upin & Ipin pada esok hari tidak terjejas dengan cetak rompak yang begitu berleluasa di kawasan ini.

Walaupun, kami menghabis masa lebih kurang sejam di sini tetapi kebanyakkan dari kami tidak membeli dengan kadar banyak kerana telah merancang ke Rantau Panjang pada hari Ahad nanti. Mengikut maklumat yang diberitahu, kebanyakkan stok di sini diambil dari Rantau Panjang dan harganya jauh lebih murah. Kalau sempat mungkin kami akan ke sana.


Suasana di Wakah Che Yeh

Nampaknya hari yang ditunggu pun tiba. Seawal 8 pagi, kami telah pun bersedia dan bergerak ke tapak Suarasa. Ohya, terlupa... kami menetap di Sutera Inn yang terletak sangat dekat dari stadium. Oleh itu, kadang kala krew TV9 akan jalan kaki balik ke hotel sekiranya tunggu bas TV9 tak sampai2.

Sutera Inn, tempat menginap

Bas TV9 yang baru, actually bas dia lama sticker dia je yg baru

Antara lelaki melayu LCP

Suarasa pada awal pagi ni, dimeriahkan dengan siaran langsung dan lintas langsung untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O dan perkembangan serta promosi acara Suarasa yang sedang berlangsung. Rata-rata pengunjung memang akan datang untuk melihat dari jarak dekat sebarang lintas langsung yang sedang diadakan. Antara booth yang ada di Suarasa kali ini selain booth TV9 sendiri ialah booth penganjur seperti Celcom, Fair & Lovely, FAMA, 999 dan banyak lagi.

Sharifah Nur menemubual En Polis



Ketika berlangsung Nasi Lemak Kopi O

Ok, fokus kita tertumpu dengan aktiviti yang berlangsung di Booth Adik 9 iaitu booth bersama Upin & Ipin. Nak ikutkan, booth ni sebenarnya gabungan booth antara booth pondok-pondok dan Adik di 9. Upin & Ipin diberi ruangan khas untuk mengadakan jualan merchandise Upin & Ipin disepanjangan tempoh Suarasa ni berlangsung. Kat booth ni, hosnya ialah Adik Ain iaitu hos untuk Adik Di 9 yang berumur 13 tahun tapi rupa macam 10 tahun tetapi petah bercakap macam orang 30 tahun. Kalau tak salah ni kali ke dua Ain join Suarasa. Oklah, Ain ni kira dah byk kali jumpa dan dah kira rapat jugak. Lagi seorang ialah Adik Fimie. Sapa tak kenal dengan Fimie ni. Dulu hos Adik di 9 dan juga pelakon dalam drama Bong dan dikatakan akan muncul dengan filem terbaru bertajuk Magika. Kiranya kombinasi dorang dua ni dapat memeriahkan booth ni sepanjang hari.


Selain dari tu sudah tentulah kemunculan maskot Upin & Ipin menjadi daya penarik. Maskot Upin & Ipin memang ditunggu-tunggu ramai dan pasti akan ramai pengunjung bersesak-sesak bila sampai waktu kemunculannya. Memang agak ramai peminat kecil Upin & Ipin yang datang time tu dan ni dapat dilihat melalui pakaian mereka.

Okla, nak tau apa aktiviti atau apa yg berlaku di booth kami serta disepanjang Suarasa ni? Tunggu part 2 selepas ni (Hai, macam banyak masa je taip blog ni)

p/s: walaupun jauh dan penat, tapi its worth it... hehe

1 comment:

  1. wah2.. seronok ye.
    ala, time ni mmg anis ada kt kelantan
    dkt la jgk kg anis dgn tmpt suarasa tu.
    tp ntah nape, anis xtau pun suarasa kt situ.
    hahaha....balik kg skdr jmpe org kg je.

    kdai mkn mirama tu mmg best!
    sedapnya...hihi.

    p/s: menunggu part 2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...