Followers

Thursday, May 07, 2009

Pengalaman Suarasa Kelantan (Bahagian 3)

Kotak rak buku eksklusif TV9

Batik merupakan tarikan yang unik di negeri Kelantan

Akhir sekali ni ialah part ke 3 iaitu part terakhir untuk topik Suarasa Kelantan kali ni. Pada part ke 3 akan lebih menceritakan sikit2 mengenai suasana di belakang tabir semasa sesuatu aktiviti atau event ni berlangsung. Kalau nak diikutkan acara kemuncak selain konsert pada malam pertama dan rakaman program Halaqah pada malam ke dua ialah kunjungan kerabat di raja Kelantan di booth TV9. Oleh kerana kunjungan atau lawatan ni jarang-jarang berlaku, jadi kami bersama krew TV9 kena standby lebih awal untuk menyambut kedatangan mereka. Dalam keadaan yang terlalu panas, kedatangan kerabat di raja ni turut menjadi tumpuan orang ramai yang membanjiri booth TV9. Selain dari krew TV9 yang bertugas di booth TV9, terdapat juga beberapa orang artis yang turut memeriahkan booth TV9 ketika itu. Diantaranya ialah pelakon-pelakon drama Akademi Polis dan beberapa penyampai TV9 seperti Mr Os dan lain-lain.

Suasana di dalam bilik rehat TV9 ketika menunggu

Lili bersama pelakon Akademi Polis

Orang ramai yang menolak-nolak ingin menyaksikan dari dekat terpaksa diawasi oleh pegawai bertugas dan keadaan semasa ini boleh dikatakan agak sesak. Sekali lagi saya hanya mampu mengambil gambar dari satu spot saja kerana takut menganggu perjalanan acara. Baru saya tahu yang isteri kepada kerabat di raja merupakan model dari Indonesia iaitu Manohara Odelia Pinot. Orangnya memang cantik dan berkulit putih macam model (memang modelpun). Baru berumur 17 tahun dan yang saya tahu ada sedikit isu mengenai perkahwinan mereka. Pandai-pandai la google kalau nak tahu lebih lanjut.

Suasana semasa ketibaan kerabat di raja


Suasana ketika kunjungan kerabat di raja Kelantan

Serina (Pelakon Akademi Polis) bersama Upin & Ipin

Zuhairah (Penyampai Berita TV9)

Selepas selesai kunjungan kerabat di raja yang hanya mengambil masa sekitar 5 minit, semua krew TV9 dan penyampai TV bebas bergambar di atas pentas yang mana pada masa itu Upin & Ipin menjadi spot utama. Bukan sahaja peminat-peminat yang sedang berada di bawah pentas, malahan yang berada di atas pentas juga berebut tidak mahu lepaskan peluang bergambar dengan Upin & Ipin yang pada masa itu saya pasti orang kat dalam tu dah basah bermandikan peluh. Oleh kerana ini boleh dikatakan last call untuk bergambar jadi saya bagi kelonggaran sedikit beberapa minit dan selepas itu sahaja kami terus bergegas ke booth Adik di 9 yang juga terpaksa melalui "halangan" yang sama ketika datang tadi.

Nampaknya itu saja la pengalaman di Suarasa Kelantan. Walaupun nampak ringkas, tapi boleh dikatakan ini ialah diantara pengalaman menarik dan yang tidak dapat dilupakan sama sekali. Secara keseluruhannya event di sini sangat meriah dan sambutan amat mengalakkan. Disamping dapat memeriahkan Suarasa di sini, sempatlah jugak cuci mata jalan-jalan di sekitar Kota Bharu.


Pada keesokkan harinya kami memulakan perjalanan balik seawal pagi. Tetapi sudah tentulah destinasi pertama sebelum balik ialah Rantau Panjang. Hanya memakan masa sekitar 30 minit untuk sampai dari hotel, destinasi ni memanglah sesuai untuk shopping. Dipahamkan kesemua ni barang datang dari Siam dan dijual dengan harga yang sangat murah. Namun begitu, kenalah pandai pilih dan tawar harga kalau tak sama je. Seperti yang talah dijangka di kawasan ni memang banyak stok baju Upin Ipin tiruan yang dijual dengan harga yang terlalu murah. Kebanyakannya kami membeli baju, kasut, tudung, kain, teddy bear, makanan dan macam-macam lagi.

2 orang anak dara yang tak berhenti shopping

Antara baju-baju tiruan Upin & Ipin

Antara baju-baju tiruan Upin & Ipin

Juan dan Nell ketika dalam perjalanan balik

Oleh kerana masing-masing tersangkut agak lama kat sini, jadi perjalanan balik bermula agak lambat. Hampir 10 jam perjalanan balik ke Shah Alam memang sangat meletihkan. Selepas ni Suarasa akan berkunjung di negeri Kedah pula. Setakat ni team untuk ke Kedah masih belum ditetapkan. Namun, besar kemungkinan saya tidak akan sertai Suarasa Kedah kerana terpaksa memberi tumpuan kepada produksi baru yang akan bermula pertengahan bulan ini. Rasa sedikit sedih kerana setakat ini saya telah sertai 3 kali Suarasa dan rasanya Suarasa begitu dekat di hati saya setakat ini... hehe. Tengoklah macam mana nanti...

p/s: Di mana pun kita berada yang penting kita kena ikhlas bekerja. Ingatkan diri supaya kita tak lupa diri. InsyaAllah.

1 comment:

  1. wah...batik!!
    rindunya nk main2 buat batik.hehe.
    dulu kt sbelah rumah nenek anis ada tmpt buat batik, pakcik punya.
    skrg dah xde...
    masa kecik2 dulu, slalu main2..
    rindunya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...