Followers

Friday, May 15, 2009

Media Prima, Media Party

Dalam masa yang singkat dan secara kebetulan, saya mendapat jemputan untuk join Media Party anjuran Media Prima. Media Party ni bertujuan untuk menghargai media2 yang pernah menyokong Media Prima selama ni. Saya dan team Upin & Ipin akhirnya menghadiri event ni yang diadakan di Sunway Lagoon. Event ni berkonsepkan "Sarong Party" tapi kami datang ikut suka hati tidak mengikut dress code yang disediakan sebab tak pasti dengan pakaian yang patut dipakai. (Malam2 bukan org nampak pon). Bermula sekitar pukul 8.30 malam, event ni berkonsep ala2 tepi beach dan santai.


Memang tak rugilah datang kerana saya berpeluang berjumpa dengan beberapa orang media/press yang saya kenal dan tidak putus2 menyokong Les Copaque. Antaranya wartawan dari NSTP dan Utusan. Kebanyakkan dari mereka amat terkejut dengan kemunculan maskot Upin & Ipin ini kerana kami sendiri jarang menurunkan maskot Upin & Ipin untuk event malam hari. Media Party ni selain untuk menghargai media ianya juga memberi peluang kepada para media untuk memenangi hadiah2 lumayan dengan hanya melalui cabutan bertuah yang diadakan pada malam tersebut juga. Antara hadiah yang ditawarkan ialah handphone, peralatan elektrik dan grand pricenya ialah sebuah kereta Fiat. ( huhuh)

Kak Lin, antara orang kuat Utusan

Dato Seri Farid, CEO of Mediaprima

Performer dari Screampark, Sunway Lagoon

Upin & Ipin di pintu masuk
Saya bersama spek mata baru... hehe

p/s: Nampaknya Suarasa dah berubah lokasi... nanti kita tunggu updates terkini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...