Followers

Sunday, May 10, 2009

Mari Pilih Kasih

Salam semua, ye tajuk post kali ni tiada kaitan dengan pilihan kekasih hati mahupun apa2 yang bersangkutan dengannya. Nak dijadikan cerita weekend ni kebetulan saya takde event dan rasa tak senang duduk kat rumah. Dengan berbekalkan camera pinjam saya dengan spontannya ke Plaza Alam Sentral sebab nak beli barang nak mungkin selepas tu ke Taman Tasik Shah Alam nak amik gambar sikit2. Tapi tengok2 kat Plaza Alam Sentral sedang berlangsung ujibakat rancangan realiti baru RTM iaitu "Pilih Kasih" yang diketuai oleh Abang Rosyam Noor. Camera ready!... ok kita main klik2 aje.. tengok apa yang kita boleh kongsi.

Bunting Pilih Kasih

Bagi sapa yang tak tau, program Pilih Kasih ni program realiti mengenai bidang lakonan. Kalau bidang nyanyi tu dah banyak sangatkan sekarang ni. So kira macam the 1st program yang berkonsepkan macam ni selain satu program Astro yang juga sedang mencari bakat baru.


Peserta yang sedang menunggu


Antara peserta yang sedang diuji bakat

Juri2, salah seorangnya ialah Erma Fatima

Sudah tentulah Abang Rosyam pun turun nak tengok kehebatan peserta area Selangor ni.

Sesi uji bakat ni masih diteruskan sehingga hari esok 10 May 2009. Kepada siapa2 yang rasa ada bakat terpendam dalam bidang lakonan tu bolehlah mencuba nasib.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...