Followers

Thursday, May 28, 2009

Hari Konsert

Satu hari ni penuh dengan konsert serta mini konsert. Memang sudah lebih kurang seminggu merancang untuk pergi konsert2 ni berdasarkan iklan dan personal contact. Pada sebelah tengah harinya, boleh dikatakan mini konsert diadakan di PKNS, Shah Alam. Ada 2 artis yang membuat persembahan iaitu Amylia dan Haziq. Dua2nya dari Akademi Fantasia. Oleh kerana pada minggu sebelumnya saya sudah mengendalikan acara di sini jadi pengendali acara ni memberikan akses backstage kepada saya untuk berjumpa dengan kedua-dua artis ni.

Amylia memulakan persembahan

Amylia AF

Mungkin kurang promosi atau daya penarik, jumlah penonton tidaklah begitu banyak. Ini memudahkan saya bergambar dari jarak dekat. Kebetulan parents Fathiah juga tidak melepaskan peluang bersantai hujung minggu sambil menonton mini konsert percuma ini.

Parents Fathiah juga turut menonton konsert

Haziq bersama penonton

Pada malam hari pula, 1 lagi konsert percuma menanti di perkarangan Stadium Shah Alam di mana ianya tersangatlah dekat dengan opis. Konsert Jelajah 11 Era ni, menampilkan banyak artis seperti Dato Siti, Mila, Bunkface, Hafiz, DJ2 Era dan kebanyakkannya artis yang lahir dari AF. Jumlah penonton pada konsert ni boleh tahan banyaknya namun masih agak selesa untuk menonton. Konsert yang berlangsung lebih kurang 2 jam ni, amat meriah lebih2 lagi ketika kemunculan Dato' Siti Nurhaliza.

Penyampai Era beraksi di pentas

Ramai penonton hanya duduk di jalan raya untuk menonton

Mila

Dato' Siti Nurhaliza

Ehster AF7


p/s : keesokkan harinya pula, saya terlibat dengan persiapan event besar yang bakal berlangsung di Menara KL. Nantikan post saya mengenai event ni.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...