Followers

Thursday, April 02, 2009

UiTM Segamat sekali lagi~

Kalau ingat tahun lepas memang saya pernah ke UiTM Segamat untuk bagi talk sempena Seminar Animasi . Kali ni dijemput sekali lagi untuk tujuan yang lain pulak iaitu untuk membuka booth jualan sempena pameran IT oleh student sem 5. Perjalanan ke UiTM Segamat ni boleh dikatakan amik masa sekitar 4 jam jugak la... Kami diberi penginapan kat dalam kampus iaitu kat rumah tamu. Kepada siapa2 yg tahu, UiTM Segamat ni terletak kat dalam boleh dikatakan agak jauh dari pekan dan rumah orang lain. Boleh dikatakan scary sikit la nak tido kat sini... Tapi dah dapat tempat tido pun dah bersyukurkan. Anyway, esok paginya mulalah sesi jualan.

Sambutan dan layanan student kat sini memang antara yang terbaik. Boleh dianggapkan macam VIP lah. Makan, minum semua dijaga.. hehe. Oleh kerana tahun lepas saya berurusan dengan student lain yang mananya dorang by now sepatutnya dah keje ataupon sedang carik keje, jadi kali ni jumpa muka2 lain pulak... Macam biasalah, UiTM Segamat ni memang populasinya ramai student perempuan. Jadi saya yang jarang tengok situasi ni rasa macam kekok skit... sebab terlalu ramai perempuan pulak.. (Mungkin ada kebaikkannya jugak)


Terjumpa balik Puan Syarifah yang pernah jumpa tahun lepas...


Selain jualan kami jugak buat tayangan Upin & Ipin secara terbuka. Jadi sapa yg lalu lalang kat situ dan takde kelas akan singgahlah kejap tengok sikit2. Memang pada awal pagi ramai student dan staff datang memborong sampai ada ketika tak sempat nak susun2 barang pun. Antara yang memeriahkan booth kami ni ialah ajk event ni ataupun student sem 5 ni sendiri. Bukan saja datang banyak kali sambil setiap kali datang mesti beli skit2 tapi kalau berkesempatan mesti nak amik gambar. Kadang2 bergambar sesama dorang atau kadang2 dgn kitaorang yang sedang tak berapa sibuk belah2 petangnya.


Bergambar bersama 1 kelas sem 5... Boleh tahan sporting jgk dorang ni. Overall, UiTM Segamat ni antara yang paling supporting selain UiTM Perak dan UiTM Shah Alam. InsyaAllah kalau ada rezeki akan ke sana lagi. Goodluck kepada pelajar2 sem 5 ni yang akan praktikal lepas cuti nanti... (walaupun tau tade student ni yang baca blog saya ni.. haha)

p/s : Kampung saya hanya di Muar, rasanya tak jauh dari Segamat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...