Followers

Sunday, April 26, 2009

Trip ke Konsert di Hatiku, Lumut Perak

Yay, akhirnya trip to Lumut, Perak telahpun habis last weekend. Walaupun tempoh berada kat sana terasa macam sekejap je.... tapi tempoh perjalanan yang terlalu lama membuatkan keseluruhan trip rasa terlalu panjang. Tapi, trip kali ni seronok dan happening sebab kali ni kali pertama ikut krew TV9 bersama naik bas menjayakan sesebuah event. Selain tu, kami telah menetap di Swiss Garden di Lumut. Wow, tempatnya sungguh best sebab tempat ni sebenarnya resort yang cantik sesuai untuk merelease tension dan terletak jauh dari bandar(memang jauh sangat).

Boleh dikatakan pada petang sehari sebelum konsert ni kami semua free dan boleh buat aktiviti bebas. Jadi kami ambil peluang ni untuk jalan2 kat area Swiss Garden ni sambil bermain dan mengambil gambar.Tempat ni berhampiran dengan pantai jadi viewnya sangatlah cantik. Macam2 aktiviti yang ada kat sini (kalau ikut flyers dia) macam banana boat, snorkeling, memanah dan macam2 lagi... swimming pool tu jangan cakapla.

Ketika main volleyball bersama krew TV9.
Rasa macam boleh buat team LCP la.


Selain tu, sempat jugak join krew TV9 main volleyball. Tapi dah lama tak main jadi dah lupa law dia dan asyik terpukul kuat je. Anyway, memang best la main dengan dorang walaupun kalah 2 games. hehe...

Keesokkan harinya barulah kerja kami bermula. Pada sapa yang taktau, Konsert Di Hatiku ni pertama kali diadakan oleh TV9 dan pertama kali juga berkongsi tempat dengan Jom Heboh. Konsert Di Hatiku ni hari Sabtu manakala konsert Jom Heboh pula hari Ahad. Oleh disebabkan itu, kira macam TV9 menumpang stage Jom Heboh la... jadi kitaorg punya access agak limited. Maskot Upin & Ipin pun tak dibenarkan untuk berjalan2 disekitar kawasan Jom Heboh. Jadi kami buat setakat mana yang dibenarkan aje la.


Baru sampai di tapak konsert

Actually, saya pun baru 1st time tengok Jom Heboh. Rupanya lebih kurang mcam Suarasa jugak. Nak kata mana satu lebih happening tu susah jugak nak cakap. Tapi Suarasa rasanya lagi best sebab kita sendiri yang part of the event team. Jadi takde la rasa terasing sangat. Tapi, meriah tu meriah jugak. Antara booth2 yang ada tu kebanyakkannya booth TV3 seperti MyTV3, Kids at TV3, Melodi ada kut dan yang lain2 tu jualan dan sponsor spt Hotlinks.

Walaupun konsert hanya bermula time malam, tapi kami kena sampai awal sebab perlu reheasal dan buat crossover. Pada hari yang sama, Upin & Ipin ditayangkan selama 90 minit di TV9 jadi Upin & Ipin kenalah macam promote skit rancangan tu masa crossover.

Suasana di Jom Heboh pada petang hari

Beratur untuk menaiki pentas ketika reheasal

Di antara personaliti TV9 yang turut memeriahkan konsert ni ialah Aida (Apa Ke Halnya), Mr Os (Apa Ke Halnya), Fauziah Gaus, Sharifah Nur (Busana ), Shamsul Ghau Ghau (Apa Ke Halnya), Amin Hayat (Berita TV9), Azura Abu Samah (Berita TV9) ,Irma dan banyak lagi... tengok la gambar kat bawah ni.

Alamak, Aida perasan pulak amik gambar dia

Ketika crossover bersama Lili, Syafiq, Ikhwan dan Irma. ..Ohya serta Upin & Ipin

Ye, bergambar lagi dgn Ikhwan, Syafiq, Lili dan err.. sapa ek

Dan macam biasalah, saya selain photographer tetap Upin & Ipin saya juga photographer sambilan untuk Aida.. hehe. Nak dijadikan cerita, semasa 1st time Aida nak amik gambar dengan Upin & Ipin, dorang kena standby untuk crossover... jadi saya terpaksa panggil dorang terus. Jadi Aida tak sempat pun nak amik gambar.... hehe sori2. Lepas tu bila dan selesai semua offer amik gambar dgn Upin & Ipin tapi Aida dah "merajuk". Tapi lepas Upin dah pujuk barulah Aida senyum balik dan bergambar dengan Upin (gatal ye Upin). Rasanya time event ni boleh dikatakan banyak masa jugak Aida dapat bersama Upin & Ipin kesayangan dia. Salah satu yang menarik ialah, ni first time saya tengok di mana orang bacakan doa untuk Upin & Ipin sebelum mulakan konsert malam tu. Jadi time tu Aida act macam Kak Ros versi baik untuk Upin & Ipin. Hmm, nak mana satu ni Upin Ipin.. nak Kak Ros baru ke lama.?

Aida ketika "merajuk"

Dah tak merajuk dah kut...

Siap main sep sep lagi

Ok, selesai cerita pasal Aida. Time petang tu jugak, kami nak bawak Upin & Ipin jauh skit dari kawasan pentas, tapi tak dibenarkan di atas sebab2 percanggahan kuasa dengan pihak Jom Heboh. Jadi apa kan daya, kami hanya berdiri di satu sudut di tepi pentas tu saje. Bayangkan, pada awalnya sudut tu kosong tade orang langsung.. tapi lepas 1-2 minit dah boleh nampak ramai yang berlari menuju kat maskot Upin & Ipin. Tiba2 je tempat tu jadi pack sikit dan kami terpaksa tarik balik Upin & Ipin untuk berehat. Memang boleh dikatakan kebanyakkan pengunjung yang datang ni semata-mata nak tengok Upin & Ipin je. Tapi ramai jugak yang kecewa sampai marah security guard sebab tak dapat bergambar dengan Upin & Ipin. Walaupun kami agak kecewa kerana tak dapat membuat penampilan yang lebih lagi.. tapi apakan daya... atleast dah cuba.
Antara peminat yang memakai baju tiruan Upin & Ipin



Suasana semasa bergambar sekejap dengan peminat

Selepas beberapa jam, akhirnya masa untuk konsert pun tiba. Kebanyakan masa malam ni dihabiskan dengan menunggu di back stage. Upin & Ipin muncul time opening dan closing konsert bersama-sama personaliti yang lain. Konsert malam ni sungguh meriah sambil dihiasi dengan bunga api yang dipancarkan berdekatan dekat tapak konsert. Artis yang membuat persembahan jugak tidak kurang hebatnya. Antara artis yang ada pada malam tu ialah Ramli Sarip, Nabil, Hujan, Aizat, Fabulous Cats dan ramai lagi.

Bunga api yang sungguh meriah

Upin & Ipin bersama vokalis Hujan dan Nabil

Ketika bersama-sama menyanyikan lagu tema TV9 yang baru

Secara keseluruhannya, trip ke Lumut ni sangat menarik dan kami semua looking forward untuk ke Suarasa Kelantan pada minggu depan. Semua krew TV9 memang sangat supportive dan fun.


Perasan tak bas TV9 ada gambar Upin & Ipin. Cantikkan ?


3 comments:

  1. Salam...
    meriah btol dkt LUMUT ni..
    tapi panassss..hehe.

    bas TV9 tu ada nmpk hari tu..
    mmg cntik sbb ada gmbr upin ipin! suke2..

    ReplyDelete
  2. ala....jauhnye lumut...cepat ar sket bos dtg je jb...huhuh...bole ar kite jumpa2 agi ke kan...hihihih...bace citer ni je da terasa...kalau yg terlibat ngan team production apetah lag kan...

    ReplyDelete
  3. nk tmpg tanyer..cmner nk jd crew event ni ekk??? berminat laa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...