Followers

Monday, April 20, 2009

Splish Splash TV9 di Sunway Lagoon

Acara ni merupakan diantara acara yang dinantikan berdasar dari diari aktiviti Upin & Ipin sepanjang bulan ni. Kenapa saya cakap cam tu, sebab tak pernah lagi Upin & Ipin dibawa ke tempat2 ala2 water park cam ni... Apa tah lagi event ni bersama TV9 dan suasananya sangatlah meriah. Event yang diberi nama Splish Splash TV9 ni macam aktiviti beriadah yang dianjurkan oleh TV9 untuk semua ahli keluarga TV9 dan juga pihak media.

Suasana pada awal pagi di Sunway Lagoon


Disamping boleh mandi manda... dorang juga dapat tgk live beberapa rancangan TV9 seperti Nasi Lemak Kopi O dan Apa Ke Halnya. Penampilan maskot Upin & Ipin ni pulak, muncul pada penutup rancangan Apa Ke Halnya di mana sesi memotong kek TV9 dilakukan. Pada masa ni ramailah personaliti TV9 yang ada disamping pihak media dan wartawan. Selepas abis sesi potong kek.. ialah sesi bermingle-mingle around dengan pengunjung Sunway Lagoon.


Dicampur dengan hari Ahad pulak, jadi memanglah ramai budak2 yang nak bergambar dengan Upin & Ipin ni. Tapi jaga2... yang mana dah basah kuyup tu.. jangan peluk Upin Ipin... nanti rosak baju dia... kesian dia nanti. Pusing punya pusing, terserempak lagi dengan Nabil yang baru2 ni menang dah ABP... Cayalah. Tapi satu je tak caya, kenapalah suka sangat tarik seluar Upin Ipin. Apa2 pon keluarga Sharifah Syahirah pun ada... sempat la jugak bergambo.

Ha, lepas tu pulak... bergambar dengan krew TV9 lagi. Aik. Aida pun ada lagi. Rasanya dah banyak Aida amik gambar dengan Upin & Ipin ni. Masa ni Aida ambik gambar Upin & Ipin ni dengan handphone Samsungnya yang baru (assume je) hehe. Tapi, nasib tak baik bagi maskot Upin & Ipin pada hari ni ialah, secara kebetulan identiti dorang sebagai maskot telah diketahui oleh Aida. Biasanya identiti maskot ni tersangatlah rahsia. Identiti maskot ni sama penting macam identiti superhero. Seriously.

Upin & Ipin dengan pose terbaru mereka yang diberi nama "Di Mataku"

Aida dengan pose "very good" nya

Tapi, ni lagi 1 nasib tak baik. Ala, kenapa la Abg Os perlu gigit telinga Ipin mcam tu.. Haih, nak tegur pun salah... tak tegur pun serba salah. Rosaklah fabrik telinga dia cam tu... Aduh, Apa ke halnya ni... Tapi, takpela saya dah maafkan. Actually, saya pun nak bergambo jugak... tapi takde org yang boleh amikkan gambo.. jadi lepas dah abis semua event barulah sempat nak bergambo... tu pon ramai org dah balik... jadi yang sempat bergambar dengan Syarifah Syahirah aje...

Bergambar bersama Syarifah Syahirah

5 comments:

  1. Salam...
    Aida sememangnya peminat setia upin & ipin.
    hehehe.. meriah btol dkt sunway tu ye.
    by the way, hujung minggu ni TV9 ada buat konsert ulangthn ke 3 dkt Lumut
    Krew upin ipin pergi ke x?
    hehehe

    ReplyDelete
  2. konsert di hatiku tu ek... semestinya pergi.. huhu... anis pegi ke?

    ReplyDelete
  3. anis ada terlibat ngan 1 booth nnti.
    tp booth ni bkn under jomheboh, dia under karnival lumut..dkt je dgn jomheboh.
    insyaallah anis g..booth bekam lintah nabil
    hahaha..insyaallah juga anis nk bwk awin, adik aida skali.
    kalau ada rezeki, jmpe lah kita.haha

    ReplyDelete
  4. wah bos..meriah ek aktiviti ni...patutnya kan..gigit je smula telinga brader tuh..ahahagha//....bior rosak fabrik telinga dia plak..ehehhe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...