Followers

Monday, April 06, 2009

Rombongan TV9 ke NSTP

Actually rombongan ke NSTP ni saya join bersama2 krew TV9. Rombongan ni yang bertujuan untuk berkongsi pendapat dan memberi tanda berterima kasih TV9 kpd NSTP sebab bagi support sebelum ni. Jadi saya bersama team Upin & Ipin juga dijemput oleh TV9 untuk bersama-sama memeriahkan rombongan ni. TV9 selain terdiri dari kakitangannya sendiri, dorang juga menjemput selebriti istimewa seperti Aida (GM), pelakon2 Nana Tanjung dan Pengacara TV9. Rombongan yang berkonvoy kereta dari Sri Pentas ke opis NSTP di Bangsar dimulakan seawal pukul 10pagi.

Sesi suaikenal dan beramah mesra dimulakan sambil masing2 memberikan pendapat dan cadangan untuk memperbaiki kelemahan sebelum ni. Ketika sesi ni maskot Upin & Ipin juga sedang duduk sambil mendengarkan perbincangan yang panjang lebar tu. Atau mungkin jugak dorang tertidur kat dalam tu.. sapalah yang tau...

Aida khuyuk mendengar perbincangan

Sapa yang tak tau, tahun ni merupakan tahun ke 3 TV9. Oleh sebab tu sekarang dorang dah gunakan tagline baru iaitu "Dihatiku" (dulu "Dekat di Hati"). Selesai saje sesi perbincangan tu, semua kakitangan NSTP dan TV9 pun mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama.

Bergambar bersama team NSTP dan TV9 serta Upin & Ipin


Separuh hari di NSTP, sebelah petangnya pula rombongan yang hampir sama ke Utusan Karya pula. Utusan Karya ni ialah tempat di mana terciptanya majalah2 seperti URTV, Kawan, Mangga, Remix dan banyak lagi. Oleh kerana saya tak sempat nak amik gambar masa tu, jadi takdela gambar kat sini.

Aida yang sungguh meminati Upin & Ipin juga tidak ketinggalan bergambar bersama maskot kegemarannya. Aida cakap dia suka sangat dengan Ipin, kalau tengah bersedih tuu, tengok je Ipin mesti hilang sedih. Aida sendiri katanya sudah menonton filem GENG sebanyak 2 kali. Hmmm, bagus... bagus... bagus

Keesokkanya harinya pula, rombongan TV9 bertandang ke Utusan Melayu pulak. Lepas ni saya update mengenai rombongan ni...


p/s : teruja tengok tahi lalat Aida

6 comments:

  1. Aida mmg minat sgt UPIN IPIN!
    hehehe... dia dah tgk filem geng 2 kali,
    adiknya dah 3,4 kali tengok
    sy pun 2 kali je tgk

    ReplyDelete
  2. Tu la sempat borak dgn Aida sekejap aritu... dia pon ada cerita...

    ReplyDelete
  3. salam.......alaaaa....rindunyerrr kat upin n ipin......

    ReplyDelete
  4. jgn ketinggalan untuk layari website http://www.aida.ohmylife.net
    website ni adik anis hayati yang create....mmg baik budak ni....hihi

    ReplyDelete
  5. salam, Aida.. sampai jugak ke blog saya yang tak seberapa ni.. hehe. Nanti mesti jumpa lagi ngan Upin & Ipin, jangan risau~

    ReplyDelete
  6. http://impian-nurkasih.blogspot.com/2009/07/semenjak-kebelakangan-ini-gosip-cinta.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...