Followers

Wednesday, April 01, 2009

Event bersama TM di Zoo Negara

Rasanya memang dah bertahun-tahun tak masuk dalam ZOO... ntah apa yang ada kat dalam. Zoo tu lagi. Kebetulan 1 hari ni TM invite untuk join launching dorang under BlueHypo Kidz something something kat dalam Zoo Negara. Kira oklah tu.. sambil tolong2 tengokkan maskot, boleh jugak ringankan mata dengan tengok binatang2 kat dalam Zoo.

Jejak je kaki kat pintu masuk Zoo, dah start bau macam2... memang confirm tak wangila. Eventnya tu agak dalam dan kena jalan kaki lebih kurang 5-10 minit baru sampai. Event under TM ni focus kat budak2 dan antara aktiviti yang dijalankan macam coloring contest, games2, magic2, clown dan penampilan maskot.

Sudah tentulah maskot yang kena keluar dulu maskot bluehypo. Automatic bila jumpa org disebalik maskot ni terus jadi macam sedara mara dah. Yela maskot saja yang memahami perasaan maskot lain.. huhu.. Sekali maskot bluehypo ni kluar.. kitaorg semua pun pakat bergambar macam tak pernah jumpa maskot. Kesian jugak kat bluehypo ni sebab dia sorang2 je jadi maskot... Upin Ipin kan berdua..

Selepas beberapa ketika, dorang bagi line je.. kitaorg pulak keluar dengan maskot comel Upin & Ipin. Maskot Upin & Ipin yang 1st time jejak kaki kat Zoo ni tiba2 lebih femes dari gajah mahupun harimau kat dalam Zoo tu. Pengunjung yg datang boleh pulak tiba2 alihkan attention kat maskot Upin & Ipin. Oleh kerana event ni ramai budak2 kecik... jadi ramai lah budak2 ni yang peluk2 maskot macam teddybear dibuatnya.


Oleh kerana kawasan event tu jalannya tak berapa bersih, berlumpur skit2.. jadi team maskot tak dapatlah berjalan lebih jauh dari kawasan event ni. Pihak Zoo pulak tak bagi kerjasama sekiranya nak bawak maskot Upin & Ipin ni naik tram. Malas nak complicatedkan keadaan jadi kitaorg keep it simple aje...




Bukan aje orang yang datang untuk event ni bergambar, tapi orang2 lain yg ada kat Zoo tu pun turut bergambar mana yg sempat... Oleh kerana orang tak berapa ramai, jadi keadaan sangatlah terkawal. Staff Zoo sendiri pun ada yang lari dari tempat dorang bertugas semata2 untuk bergambar dengan Upin & Ipin ni.

Kebetulan, kitaorg jumpa Anne dan Ikwan dari HotFM yang jadi emcee untuk event ni. Oleh kerana memang dah pernah jumpa dulu masa kat Titiwangsa.. jadi kali ni jumpa dah jadi tahap bro bro dah la... Untuk event ni ada masalah sikit dgn pihak management Zoo, jadi kami tak dapat jual barangan Upin & Ipin. Jadi dorang just beli baju GENG ni dari kitaorg kat belakang pentas. Khas untuk Anne dan Ikwan kitaorg sanggup jugak jual secara senyap2.

Dengar cerita dorang dua memang dah tengok filem GENG. Lepas abis keje, midnight lari tengok GENG sekejap. Dorang memang bg feedback yang amat baik... memang suka sangatlah.. kalau tak, takkan la beli baju kan... Cayalah. HotFM memang banyak support kitaorang dan selalu tolong promote dalam radio.

Dan gambar bersama Anne mengakhiri sesi bersama TM di Zoo Negara. Walaupun event ni tak begitu ramai orang, namun atleast sekali sekala dapat tengok monyet, badak dan haiwan2 lain pun dapat rehatkan minda dari keje opis....

p/s: hari kempunan tak dpt bergambar dgn Anne masa kat Titiwangsa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...