Followers

Tuesday, April 28, 2009

Upin & Ipin plushtoys~

Upin Ipin plush toy ni walaupun tak siap lagi dan belum berada dipasaran tapi dah agak ada banyak versi patung ni di LCP. Dari yang awal2 sekali sampai la sampai yang hampir final. Kalau sapa yang perasan plush toys ni jugak pernah dibawa di Suarasa Perak tahun lepas dan telah mendapat feedback yang sangat memberansangkan dari orang ramai. Kebanyakkan kata nak beli atau nak amik aje yang sample tu. Kalau nak tau, plush toys ni akan berada dipasaran sikit masa lagi. Kami sedang usahakan untuk memasarkannya dalam masa terdekat.

Selain tu, kalau boleh semua peminat Upin & Ipin elakkan dari membeli plush toy Upin Ipin yang cetak rompak yang ada banyak dipasaran sekarang ni. Bukan saja membazir duit... tapi rupa dia memang tak sama langsung macam Upin Ipin.

P/S : Doa-doa la kami dapat membenteras cetak rompak yang sedang hangat berleluasa sekarang ni

Sunday, April 26, 2009

Trip ke Konsert di Hatiku, Lumut Perak

Yay, akhirnya trip to Lumut, Perak telahpun habis last weekend. Walaupun tempoh berada kat sana terasa macam sekejap je.... tapi tempoh perjalanan yang terlalu lama membuatkan keseluruhan trip rasa terlalu panjang. Tapi, trip kali ni seronok dan happening sebab kali ni kali pertama ikut krew TV9 bersama naik bas menjayakan sesebuah event. Selain tu, kami telah menetap di Swiss Garden di Lumut. Wow, tempatnya sungguh best sebab tempat ni sebenarnya resort yang cantik sesuai untuk merelease tension dan terletak jauh dari bandar(memang jauh sangat).

Boleh dikatakan pada petang sehari sebelum konsert ni kami semua free dan boleh buat aktiviti bebas. Jadi kami ambil peluang ni untuk jalan2 kat area Swiss Garden ni sambil bermain dan mengambil gambar.Tempat ni berhampiran dengan pantai jadi viewnya sangatlah cantik. Macam2 aktiviti yang ada kat sini (kalau ikut flyers dia) macam banana boat, snorkeling, memanah dan macam2 lagi... swimming pool tu jangan cakapla.

Ketika main volleyball bersama krew TV9.
Rasa macam boleh buat team LCP la.


Selain tu, sempat jugak join krew TV9 main volleyball. Tapi dah lama tak main jadi dah lupa law dia dan asyik terpukul kuat je. Anyway, memang best la main dengan dorang walaupun kalah 2 games. hehe...

Keesokkan harinya barulah kerja kami bermula. Pada sapa yang taktau, Konsert Di Hatiku ni pertama kali diadakan oleh TV9 dan pertama kali juga berkongsi tempat dengan Jom Heboh. Konsert Di Hatiku ni hari Sabtu manakala konsert Jom Heboh pula hari Ahad. Oleh disebabkan itu, kira macam TV9 menumpang stage Jom Heboh la... jadi kitaorg punya access agak limited. Maskot Upin & Ipin pun tak dibenarkan untuk berjalan2 disekitar kawasan Jom Heboh. Jadi kami buat setakat mana yang dibenarkan aje la.


Baru sampai di tapak konsert

Actually, saya pun baru 1st time tengok Jom Heboh. Rupanya lebih kurang mcam Suarasa jugak. Nak kata mana satu lebih happening tu susah jugak nak cakap. Tapi Suarasa rasanya lagi best sebab kita sendiri yang part of the event team. Jadi takde la rasa terasing sangat. Tapi, meriah tu meriah jugak. Antara booth2 yang ada tu kebanyakkannya booth TV3 seperti MyTV3, Kids at TV3, Melodi ada kut dan yang lain2 tu jualan dan sponsor spt Hotlinks.

Walaupun konsert hanya bermula time malam, tapi kami kena sampai awal sebab perlu reheasal dan buat crossover. Pada hari yang sama, Upin & Ipin ditayangkan selama 90 minit di TV9 jadi Upin & Ipin kenalah macam promote skit rancangan tu masa crossover.

Suasana di Jom Heboh pada petang hari

Beratur untuk menaiki pentas ketika reheasal

Di antara personaliti TV9 yang turut memeriahkan konsert ni ialah Aida (Apa Ke Halnya), Mr Os (Apa Ke Halnya), Fauziah Gaus, Sharifah Nur (Busana ), Shamsul Ghau Ghau (Apa Ke Halnya), Amin Hayat (Berita TV9), Azura Abu Samah (Berita TV9) ,Irma dan banyak lagi... tengok la gambar kat bawah ni.

Alamak, Aida perasan pulak amik gambar dia

Ketika crossover bersama Lili, Syafiq, Ikhwan dan Irma. ..Ohya serta Upin & Ipin

Ye, bergambar lagi dgn Ikhwan, Syafiq, Lili dan err.. sapa ek

Dan macam biasalah, saya selain photographer tetap Upin & Ipin saya juga photographer sambilan untuk Aida.. hehe. Nak dijadikan cerita, semasa 1st time Aida nak amik gambar dengan Upin & Ipin, dorang kena standby untuk crossover... jadi saya terpaksa panggil dorang terus. Jadi Aida tak sempat pun nak amik gambar.... hehe sori2. Lepas tu bila dan selesai semua offer amik gambar dgn Upin & Ipin tapi Aida dah "merajuk". Tapi lepas Upin dah pujuk barulah Aida senyum balik dan bergambar dengan Upin (gatal ye Upin). Rasanya time event ni boleh dikatakan banyak masa jugak Aida dapat bersama Upin & Ipin kesayangan dia. Salah satu yang menarik ialah, ni first time saya tengok di mana orang bacakan doa untuk Upin & Ipin sebelum mulakan konsert malam tu. Jadi time tu Aida act macam Kak Ros versi baik untuk Upin & Ipin. Hmm, nak mana satu ni Upin Ipin.. nak Kak Ros baru ke lama.?

Aida ketika "merajuk"

Dah tak merajuk dah kut...

Siap main sep sep lagi

Ok, selesai cerita pasal Aida. Time petang tu jugak, kami nak bawak Upin & Ipin jauh skit dari kawasan pentas, tapi tak dibenarkan di atas sebab2 percanggahan kuasa dengan pihak Jom Heboh. Jadi apa kan daya, kami hanya berdiri di satu sudut di tepi pentas tu saje. Bayangkan, pada awalnya sudut tu kosong tade orang langsung.. tapi lepas 1-2 minit dah boleh nampak ramai yang berlari menuju kat maskot Upin & Ipin. Tiba2 je tempat tu jadi pack sikit dan kami terpaksa tarik balik Upin & Ipin untuk berehat. Memang boleh dikatakan kebanyakkan pengunjung yang datang ni semata-mata nak tengok Upin & Ipin je. Tapi ramai jugak yang kecewa sampai marah security guard sebab tak dapat bergambar dengan Upin & Ipin. Walaupun kami agak kecewa kerana tak dapat membuat penampilan yang lebih lagi.. tapi apakan daya... atleast dah cuba.
Antara peminat yang memakai baju tiruan Upin & Ipin



Suasana semasa bergambar sekejap dengan peminat

Selepas beberapa jam, akhirnya masa untuk konsert pun tiba. Kebanyakan masa malam ni dihabiskan dengan menunggu di back stage. Upin & Ipin muncul time opening dan closing konsert bersama-sama personaliti yang lain. Konsert malam ni sungguh meriah sambil dihiasi dengan bunga api yang dipancarkan berdekatan dekat tapak konsert. Artis yang membuat persembahan jugak tidak kurang hebatnya. Antara artis yang ada pada malam tu ialah Ramli Sarip, Nabil, Hujan, Aizat, Fabulous Cats dan ramai lagi.

Bunga api yang sungguh meriah

Upin & Ipin bersama vokalis Hujan dan Nabil

Ketika bersama-sama menyanyikan lagu tema TV9 yang baru

Secara keseluruhannya, trip ke Lumut ni sangat menarik dan kami semua looking forward untuk ke Suarasa Kelantan pada minggu depan. Semua krew TV9 memang sangat supportive dan fun.


Perasan tak bas TV9 ada gambar Upin & Ipin. Cantikkan ?


Monday, April 20, 2009

Splish Splash TV9 di Sunway Lagoon

Acara ni merupakan diantara acara yang dinantikan berdasar dari diari aktiviti Upin & Ipin sepanjang bulan ni. Kenapa saya cakap cam tu, sebab tak pernah lagi Upin & Ipin dibawa ke tempat2 ala2 water park cam ni... Apa tah lagi event ni bersama TV9 dan suasananya sangatlah meriah. Event yang diberi nama Splish Splash TV9 ni macam aktiviti beriadah yang dianjurkan oleh TV9 untuk semua ahli keluarga TV9 dan juga pihak media.

Suasana pada awal pagi di Sunway Lagoon


Disamping boleh mandi manda... dorang juga dapat tgk live beberapa rancangan TV9 seperti Nasi Lemak Kopi O dan Apa Ke Halnya. Penampilan maskot Upin & Ipin ni pulak, muncul pada penutup rancangan Apa Ke Halnya di mana sesi memotong kek TV9 dilakukan. Pada masa ni ramailah personaliti TV9 yang ada disamping pihak media dan wartawan. Selepas abis sesi potong kek.. ialah sesi bermingle-mingle around dengan pengunjung Sunway Lagoon.


Dicampur dengan hari Ahad pulak, jadi memanglah ramai budak2 yang nak bergambar dengan Upin & Ipin ni. Tapi jaga2... yang mana dah basah kuyup tu.. jangan peluk Upin Ipin... nanti rosak baju dia... kesian dia nanti. Pusing punya pusing, terserempak lagi dengan Nabil yang baru2 ni menang dah ABP... Cayalah. Tapi satu je tak caya, kenapalah suka sangat tarik seluar Upin Ipin. Apa2 pon keluarga Sharifah Syahirah pun ada... sempat la jugak bergambo.

Ha, lepas tu pulak... bergambar dengan krew TV9 lagi. Aik. Aida pun ada lagi. Rasanya dah banyak Aida amik gambar dengan Upin & Ipin ni. Masa ni Aida ambik gambar Upin & Ipin ni dengan handphone Samsungnya yang baru (assume je) hehe. Tapi, nasib tak baik bagi maskot Upin & Ipin pada hari ni ialah, secara kebetulan identiti dorang sebagai maskot telah diketahui oleh Aida. Biasanya identiti maskot ni tersangatlah rahsia. Identiti maskot ni sama penting macam identiti superhero. Seriously.

Upin & Ipin dengan pose terbaru mereka yang diberi nama "Di Mataku"

Aida dengan pose "very good" nya

Tapi, ni lagi 1 nasib tak baik. Ala, kenapa la Abg Os perlu gigit telinga Ipin mcam tu.. Haih, nak tegur pun salah... tak tegur pun serba salah. Rosaklah fabrik telinga dia cam tu... Aduh, Apa ke halnya ni... Tapi, takpela saya dah maafkan. Actually, saya pun nak bergambo jugak... tapi takde org yang boleh amikkan gambo.. jadi lepas dah abis semua event barulah sempat nak bergambo... tu pon ramai org dah balik... jadi yang sempat bergambar dengan Syarifah Syahirah aje...

Bergambar bersama Syarifah Syahirah

Wednesday, April 15, 2009

Anugerah Bintang Popular

Berbekal tiket percuma hasil bodekan kepada orang dalam mediaprima... saya dan 5 org rakan Les Copaque yang lain akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Arena of Star, Genting untuk Anugerah Bintang Popular. Tiket yang ditulis khas untuk VIP ni, membolehkan kami mendapatkan view yang agak menarik dan dekat walaupun tak dapat duduk berdekatan dengan artis2. Walaupun kami tidak berjalan di red carpet tapi carpet yang kami jalan hanya bersebelahan dengan red carpet... Laluan untuk VIP (Iaitu kami) masuk ke dalam hall jugak sebenarnya ialah laluan yang sama dengan artis2 yg lain.

Nell, Ee dan Faliq ketika menunggu

Dato Siti Nurhaliza ketika memasuk hall

Seat yang begitu cantik membolehkan En Faizu mengunakan kemahiran beliau mengambil gambar dari jarak jauh. Hasil gambar2 ni sungguh menarik, seolah2 diambil dari jarak dekat... syabas2. Persembahan pembukaan yang begitu bertenaga oleh Anita Sarawak terus mendapat tepukan gemuruh walaupun sebelum dah banyak kali disuruh practice oleh penganjur. Diikuti oleh persembahan yang unik dan menarik oleh Stacy iaitu diantara persembahan yang saya minati.

Kak Nita sebagai persembahan pembukaan


Stacy sungguh bertenaga

Persembahan Dato Siti Nurhaliza

Best sungguh lagu Aizat

Stacy ketika memenangi Anugerah

Secara keseluruhannya, acara ABP ni memanglah menarik dan seronok. Tapi tak seseronok sekiranya kami sendiri yang join buat performance. Kalau dapat join, sure dapat ke belakang pentas jumpa Nabil atau Dato Siti Nurhaliza.. hehe. Hmm, takpela.. anyway, memang enjoy the show and penat skit...

Friday, April 10, 2009

Les' Copaque Foto Shoot

Wah, semangat betul nak tulis pasal topik ni. Rasanya dah lama tak penah amik gambar company ramai2. Bukan apa, gambar kat website company foto Les' Copaque dah lama gile tak update. Akhirnya, bila dah pilih satu hari yang sesuai yang semua orang ada kat opis barulah fotoshoot dimulakan. Lokasi fotoshoot ni berbeza skit dan bukannya di opis walaupon nama dia company foto. Lokasi menarik ni ialah di rumah Tuan Haji Burhannudin sendiri iaitu kitaorang punya managing director.

Kerusi diatur berhadapan dengan air terjun dalam taman hijau yang terdapat dalam rumah ni. Rumahnya memang lah besar sangat, sampai ada lif, air terjun dan kolam renang. Tahniah diberikan kepada team foto sebab berjaya menyusun staff2 yang ramai ni. Kalau nak dikirakan mungkin lebih dari 50 orang, tapi oleh kalau tak kira manalah saya nak tau berapa orang.


Bergambar ni memanglah kesukaan semua staff Les' Copaque. Baik yang lelaki ataupun pompuan semuanya ada pose maut masing2. Maklumlah jarang keluar2 bergambar... asyik duduk depan pc sekali sekala bergambar mau dekat sejam jugak. Oleh kerana landskap rumah ni sungguh cantik, ditambah pula diterangi oleh cahaya pagi kesemuanya gambar ni nampak sangat cantik.


Antara staff pompuan di Les Copaque

Ni pulak jejaka2 kacak Les Copaque

Yuki dan Ida ketika menunggu proses foto diambil

Jurukamera iaitu Muaz yang bertungkus lumus dengan kameranya sampai terbaring-baring kat rumput untuk mendapatkan angle terbaik.


Akhirnya sesi mengambil company foto pun tamat dan boleh dikira berjaya kerana ianya bukan sahaja mampu mengemaskini laman web rasmi Les' Copaque namun dapat juga digunakan untuk Friendster dan juga Facebook apatah lagi untuk Blog saya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...