Followers

Sunday, March 22, 2009

Kehangatan Suarasa Terengganu

Sekali lagi berkesempatan untuk join event suarasa yang telah menjadi aktiviti tahunan bagi TV9. Saya bersama krew Les' Copaque juga tidak melepaskan peluang memeriahkan suarasa yang kali ini diadakan di Kuala Terengganu. Seperti yang telah dijangkakan, sambutan di Terengganu ni memang amat memberansangkan. Bermula pada hari Jumaat iaitu hari cuti umum di Terengganu kebanyakkan pengunjung tidak putus2 meramaikan tapak karnival ni.

Antara yang turut memeriahkan karnival ni ialah pengacara TV9, persembahan artis tempatan serta booth jualan oleh penganjur dan sebagainya. Turut tidak ketinggalan ialah pemenang Gadis Melayi iaitu Aida dan juga Khusna menjadi hos bagi beberapa acara yang diadakan. Ini merupakan kali ke 3 saya berkesempatan berjumpa dengan Khusna iaitu idola saya dalam rancangan Gadis Melayu (heheh).

Nampaknya kali ni Khusna, walaupun sibuk dengan aktiviti sepanjang hari di karnival ni, tapi dia sempat lagi datang beberapa kali di booth kami untuk membeli baju Upin & Ipin. Memang peminat setia la kiranya Khusna ni.

Antara yang menjadi tarikan utama pada Suarasa kali ni ialah penampilan maskot Upin & Ipin. Boleh dikatakan kesemua pengunjung karnival ni pasti akan berpusu-pusu nak bergambar dengan karakter kembar comel ni. Oleh kerana kakitangan LCP yang turun pada karnival ni adalah limited, jadi saya sorang saja yang kena menjaga dorang orang kembar ni. Dengan crowd yang sangat ramai, kadang kala saya terpaksa meminta bantuan pihak polis dan pihak krew sokongan.

Bayangkan apabila saja maskot muncul, saya hanya mampu berdiri pada 1 tempat sahaja dan tidak boleh bergerak ke mana2 lagi. Lautan manusia berderet2 ingin melihat Upin & Ipin ni dari dekat. Saya pasti banyak jugak permintaan peminat untuk bergambar yang terpaksa ditolak kerana maskot pada ketika itu telah membuat kemunculan lebih dari masa yang sepatutnya.

Kat atas ni ialah adik Ain iaitu pengacara Adik Di 9. Adik Ain ni begitu petah bercakap sehinggakan pengunjung terkeliru dengan adik Nurfathiah ( yang mana takde kat situ).

Walaupun dalam tempoh 2 hari kami berada di sini sangat memenatkan. Namun, dengan sambutan dan kemeriahan di Suarasa Terengganu kali ni betul-betul membuahkan hasilkan. Pasti takkan lepaskan peluang untuk ke suarasa yang seterusnya. Kalau tak salah, lepas ni di Kedah pula. Tungguuuu!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...