Followers

Friday, March 27, 2009

Pelancaran Muzik Aktif

Event pelancaran Muzik Aktif ni diadakan kat Angkasapuri, RTM. Bersiaran secara langsung di RTM 2 pukul 8:30 malam dan rata2 penonton serta penghibur terdiri dari pelbagai latar belakang dan zaman. Oleh kerana event ni siaran langsung, jadi selepas je selepas di Genting, saya terus ke sini. Nasib baik opis Berita Harian dekat je dengan Angkasapuri.

Maskot Upin & Ipin ketika berada di atas stage

Majlis ni dimeriahkan dengan persembahan oleh artis tempatan dari pelbagai latar belakang. Diantaranya ialah Aizat, Meet Uncle Hussien, Azharina dan err sapa lg ek.. Jeffry Din, DJ Dave dan beberapa orang lagi. Macam biasalah tarian dan persembahan yang macam biasa kita tgk kat tv.

Cuma yang agak menarik ialah pertama kali dapat jumpa dgn Meet Uncle Hussien balik. Actually, dorang ni kawan masa belajar time diploma dulu. Memang kenal sangat la dengan gitaris dorang Taja (dulu panggil Nik aje) dan vokalis Lan. Tak sangka sekarang dorang dah femes gila. Dulu stock malas pergi kelas la... mungkin rezeki orang kita taktau... Ingat lagi, dulu pernah 1 group dengan Taja buat projek multimedia. Saya focus buat animation tu ini.. tapi dia semangat gila siap nak compose lagu (rasanya boleh download je.. student level tak kisah).. tengok2 sekarang dia dah jadi composer dan gitaris terkenal... saya pulak bekerja dalam bidang 3d animation. Memang tak sangka.

Bersama Taja (Meet Uncle Hussien)

Dorang memang sebijik cam dulu. Apa yang orang RTM interview lain yang dijawab. Nasib baik tak jadi manager dorang... kalau tak pening jugak. Apa2 pun memang sungguh bangga dengan dorang ni. Hopefully one day kita boleh bekerjasama... buat soundtrack filem mungkin... Bila berborak dengan Lan pulak, tak sangka dia dah tengok filem GENG sebanyak 2 kali dah. Dia betul2 minat dengan filem GENG dah tak sangka saya salah seorang team yang hasilkan filem ni.

Seperti biasa, mana arits yang sempat berjumpa memang tak sah kalau tak bergambar. Ni antara yang sempat dicuri gambar bersama2. Actually, Abang Jeffry Din ni dah dua kali nak mintak bergambar dgn dia.. tapi last2 time dah abis semua baru sempat nak bergambar.

Gambar dengan Maya

Bersama Jeffry Din

Bersama Rosyam Nor



Akhirnya event malam tu berakhir hampir pukul 12am jugak la. Bermula dari Genting turun ke RTM.. ni memanglah umpama 1 hari bersama artis.

Jelajah Genting bersama Finalist ABP2008

ABP atau Anugerah Bintang Popular yang memang dah tentu2 untuk artis popular sahaja. Peluang yang jarang2 berlaku apabila dapat bersama2 dengan beberapa top finalis ABP ni ke genting untuk sesi bergambar kat genting. Saya bersama team maskot Upin & Ipin dijemput untuk memeriahkan keadaan di Genting yang pada masa tu sedang cuti sekolah. Bermula pukul 11pagi kami bertolak dari opis NST dia area Bangsar dengan menaiki sebuah bas eksklusif bersama beberapa orang artis seperti Scha, Nurul Alis, Kenchana Devi, Aiman dan beberapa orang krew yang lain.

Inilah antara artis yang ada pada sesi bergambar kat Genting ni. Antaranya ialah Juliana Evans, Nurul Alis, Kenchana Devis, Scha, Diana Danielle, Liyana Jasmay, Nabil, Aqasha, Faizal Ismail, Aiman dan tidak lupa maskot Upin & Ipin. Walaupon maskot Upin & Ipin tidak dicalonkan untuk sebarang kategori, tetapi populariti dorang ni kadang2 lebih hebat sebab berkerumun orang datang nak bergambar dgn dorang ni.

Antara yang sempat ditegur dan berbual ialah Liyana Jasmay. Liyana atau nama panggilannya Nana ni rupanya kakak dia kenalan masa belajar kat MMU. Jadi semasa makan semeja dengan dorang ni lah sempat berkenal-kenalan. Walaupon Nana tak tengok lagi GENG dan siri Upin & Ipin tapi dia antara yang histeria bila nampak maskot Upin & Ipin. Comey sangat agaknya.

Selain tu yang sempat makan semeja ialah Diana Danielle. Diana ni pun peramah. Walaupon nampak macam 24 tahun, tapi rupanya baru nak masuk PLKN (by now dah ada kat dalam dah). Bila ditanya adakah harapan untuk memenangi ABP, dia hanya menjawab yang dia tak harapkan apa2 kemenangan.

Oklah, selain pasal citer makan semeja, semua artis2 ABP ni berjalan 1 genting sambil main mainan apa yang sempat dan berani. Tapi, maskot Upin & Ipin tak lepas untuk main sebab kepala dorang terlalu besar. Sambil main sambil bergambar. Hampir 2-3 jam di Genting rasa sekejap, sebab semua permainan tu main sekejap2 je. Diiring ioleh krew Genting sendiri, dorang semua tak payah beratur untuk semua permainan kat dalam taman tema luar walaupon pada masa tu tengah ramai org beratur.

Yay, diakhir aktiviti kat Genting ni sempatlah jugak nak bergambar dengan Liyana. Dengan sportingnya dia memberi two thumbs up untuk aktiviti yang sungguh menceriakan itu. Kat bawah ni pulak, gambar bersama Scha. Actually tak banyak sangat benda yang boleh diceritakan pasal Scha. Scha pun time ni agak kurang sihat dan pening mungkin sebab lepas main permainan apa ntah kat taman tema luar tu. Scha ni sunggu tinggi dan sempoi je....


Ye, last but not least... walaupun dia ni bukan artis, tapi dia nilah antara orang penting yang menjadikan aktiviti ni berlaku. Dia ni ialah abang Zubir orang wartawan hiburan Berita Harian. Semuanya Abg Zubir yang organize dari mula sampai abis. Abang Zubir ni selalu jugak keluar TV untuk rancangan yang mengulas pasal artis. Tq ye Abg Zubir.

Akhir kata, pengalaman seharian bersama artis2 top ni memang satu pengalaman baru. Macam kawan2 yang rapat gile. Walaupon penat tapi 1 hari ni sungguh banyak benda yang berlaku. Kenapa saya cakap seharian? sebab selepas turun genting saya terus ke RTM untuk sesi siaran langsung pelancaran Muzik Aktif. Sapa pulak yang saya jumpa.. nanti saya update lepas ni...

Thursday, March 26, 2009

Laman Web Baru Upin & Ipin

Serentak dengan tayangan siri baru animasi "Upin & Ipin : Dan Kawan-Kawan", Les' Copaque telah mengubah layout laman web Upin & Ipin kepada versi yang lebih ceria dan segar. Semua peminat boleh melayari di http://www.upindanipin.com.my untuk mengikuti episod terkini serta berita-berita berkaitan Upin & Ipin.

Kami akan menambah lagi maklumat serta muat turun dari masa ke semasa untuk kemudahan peminat setia Upin & Ipin. Di laman web ini juga, kami telah memansuhkan sistem shoutbox di mana kami telah terima banyak aduan mengenai penyalahgunaan sistem shoutbox ini. Diharapkan, kepada sesiapa yang mempunyai soalan atau cadangan silalah emelkan terus kepada webmaster@lescopaque.com


Sunday, March 22, 2009

Kehangatan Suarasa Terengganu

Sekali lagi berkesempatan untuk join event suarasa yang telah menjadi aktiviti tahunan bagi TV9. Saya bersama krew Les' Copaque juga tidak melepaskan peluang memeriahkan suarasa yang kali ini diadakan di Kuala Terengganu. Seperti yang telah dijangkakan, sambutan di Terengganu ni memang amat memberansangkan. Bermula pada hari Jumaat iaitu hari cuti umum di Terengganu kebanyakkan pengunjung tidak putus2 meramaikan tapak karnival ni.

Antara yang turut memeriahkan karnival ni ialah pengacara TV9, persembahan artis tempatan serta booth jualan oleh penganjur dan sebagainya. Turut tidak ketinggalan ialah pemenang Gadis Melayi iaitu Aida dan juga Khusna menjadi hos bagi beberapa acara yang diadakan. Ini merupakan kali ke 3 saya berkesempatan berjumpa dengan Khusna iaitu idola saya dalam rancangan Gadis Melayu (heheh).

Nampaknya kali ni Khusna, walaupun sibuk dengan aktiviti sepanjang hari di karnival ni, tapi dia sempat lagi datang beberapa kali di booth kami untuk membeli baju Upin & Ipin. Memang peminat setia la kiranya Khusna ni.

Antara yang menjadi tarikan utama pada Suarasa kali ni ialah penampilan maskot Upin & Ipin. Boleh dikatakan kesemua pengunjung karnival ni pasti akan berpusu-pusu nak bergambar dengan karakter kembar comel ni. Oleh kerana kakitangan LCP yang turun pada karnival ni adalah limited, jadi saya sorang saja yang kena menjaga dorang orang kembar ni. Dengan crowd yang sangat ramai, kadang kala saya terpaksa meminta bantuan pihak polis dan pihak krew sokongan.

Bayangkan apabila saja maskot muncul, saya hanya mampu berdiri pada 1 tempat sahaja dan tidak boleh bergerak ke mana2 lagi. Lautan manusia berderet2 ingin melihat Upin & Ipin ni dari dekat. Saya pasti banyak jugak permintaan peminat untuk bergambar yang terpaksa ditolak kerana maskot pada ketika itu telah membuat kemunculan lebih dari masa yang sepatutnya.

Kat atas ni ialah adik Ain iaitu pengacara Adik Di 9. Adik Ain ni begitu petah bercakap sehinggakan pengunjung terkeliru dengan adik Nurfathiah ( yang mana takde kat situ).

Walaupun dalam tempoh 2 hari kami berada di sini sangat memenatkan. Namun, dengan sambutan dan kemeriahan di Suarasa Terengganu kali ni betul-betul membuahkan hasilkan. Pasti takkan lepaskan peluang untuk ke suarasa yang seterusnya. Kalau tak salah, lepas ni di Kedah pula. Tungguuuu!


Sunday, March 01, 2009

Bersama HotFM di Titiwangsa

Yay sebaik saja selesai sesi live kat HotFM tempoh hari, tiba2 je Suraya HotFM offer join event dorang kat Titiwangsa ni. Event dorang ni yang memang dah lama ditunggu oleh pendengar HotFM sendiri ni memang ramai orang yang datang dari awal2 pagi lagi. Kitaorg 1 team maskot dan assistant pun masing2 turun padang sambil si Upin Ipin Fathiah pun nak ikut sekali. Yela, semenjak dua menjak ni dia tiba2 cam ngam pulak dgn Fara Fauzana tu... pandai dia layan Teah sampai Teah nak ikut.. so layan je la

Hanya 7 orang dari Les Copaque je yang menyinggah ke Titiwangsa dan maskotnya adalah diantara 7 orang ni. Sapa ek? Rahsia2... Dari kiri, Nell, Faiz, Zarin, Yong Pin, Eejean, Nurul dan Faliq.

Aktiviti pagi hari bermula dengan senam robik yang diketuai oleh akak baju hitam ni. Orang ramai pun mengikut gerak langkah ketua senaman ni sambil berbackgroundkan muzik. Bukan sahaja si Teah pun ikut sekali, tapi maskot Upin & Ipin pun kena buat senaman sekali. Dah la orang kat dalam tu pun senang panas, ini kan kena buat senaman pulak lagi.. tapi dorang kata ok je.. so, biarjela. Rata2 orang ramai tak tahan melihat gelagat maskot Upin & Ipin ni buat gerakan senaman ni.. yela, apa yang dorang buat mestilah nampak comelkan.

Walaupun acara pada hari tu kitaorg join sampai sekitar pukul 12 sahaja, tapi sambutan orang ramai memang sangat memberansangkan. Rasanya di mana saja maskot ni berjalan orang akan beralih pandangan ke arah dorang. Boleh mengalahkan Farah Fauzana cam ni.

Tapi, yang agak mengecewakan ialah terdapat segelintir penjual VCD haram yang mengambil kesempatan utk jual vcd Upin Ipin semasa event kat sini. Dorang macam mengambil peluang mempromosikan vcd dorang tu selepas melihat sambutan hangat maskot Upin & Ipin.

Tengoklah macam mana mobilenya dorang ni. Hanya pegang VCD tu ke hulu ke hilir untuk menjual dengan cara mudah. Yang agak hairannya, VCD2 yang lain ialah VCD berbentuk keagamaan. Setelah diwarning, dorang ni sedikit sebanyak menjauhkan diri dari kawasan maskot berada. Tapi, kitaorg still rasa cam tak puas hati melihat VCD cetak rompak yang pada masa tu kitaorg sendiri pun belum keluarkan season tu kat pasaran.


Kalau baju cetak rompak tu memanglah tersangat banyat dipasaran sekarang ni. Kalau baju boleh dimaafkan lagi la sebab orang tak dapat menilai antara baju yang original dan cetak rompak. Tapi apa2 pon adik dalam gambar kat atas ni memang rock.

Kesimpulannya, event dgn HotFM ni memang happening. Boleh kata kesemua pengacara dorang macam Farah, Faizal, Anne dan Ikwan betul2 nampak professional. Bukan professional dari segi suara atau cara bercakap. Tapi dari segi mengatur flow events dan mengawal crowds. Cayalah.

p/s : Kalau ada event lagi jangan la malu nak jemput




Sehari di Karangkraf

Karangkraf yang terletak tak berapa jauh dari opis LCP ni merupakan salah satu destinasi Sergahan Upin & Ipin semasa sesi promotion GENG tempoh hari. Saya boleh dikatakan selalu jugak ke Karangkraf, kalau tak jumpa dengan editor MajalahPC mesti jumpa dengan editor G3. Hubungan yang baik antara LCP dan Karangkraf membuatkan sedikit sebanyak aktiviti bersama karangkraf mudah dilakukan.

Maskot Upin & Ipin ni diserbu sebaik sahaja menjejakkan kaki di ruang kerja mereka. Kebanyakan pakcik, makcik, kakak, abang, kakak cleaner tidak melepaskan peluang bergambar dengan maskot kesukakan anak-anak dorang ni. Ada juga yang betul2 hyperaktif apabila berjumpa dengan maskot Upin & Ipin ni. Dengan bersebabkan untuk anak2, mereka semua bergambar beberapa kali dengan pose2 yang mengancam.

Majalah G3 pula dapat sesi pengambaraan eksklusif bila dorang dapat bergambar dalam studio sambil mempromosikan majalah g3 yang terbaru time tu. Majalah tu bercoverkan Upin & Ipin dan dikatakan antara isu yang terlaris dipasaran. Macam goreng pisang panas.


Sesi ke Karangkraf ni memang berbaloi kerana boleh dikatakan semuanya memang minat gila dengan Upin & Ipin. Dah lebih 10 majalah maskot Upin & Ipin ni kena pegang untuk promosi dari majalah PC hinggalah ke majalah Pa&Ma. Tapi, apa2 pon Karangkraf memang best sebab semuanya memang very supportive. Thanks a lot.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...