Followers

Tuesday, February 17, 2009

Sehari di Mediaprima

Rasa macam tak pernah pegi MediaPrima je pulak walaupun selalu jugak menjejakkan kaki ke situ. Biasanya kalau tak jumpa orang GB mesti pergi TV9 sekejap. Tapi, pada hari ni berbeza sikit sebab saya bersama Upin & Ipin join shooting live untuk beberapa rancangan Tv3 seperti Apa-Apa Aje! dan beberapa rancangan lagi. Jadi hampir sehari kat situ, sungguh banyak yang mampu menceriakan hari saya.. haha

Kita bermula dengan Teah yang suaranya digilai oleh orang ramai sebab terlalu comel. Teah semasa ni sedang berduet dengan Amy Mastura dalam rancangan "Apa-Apa Aje". Amy suka gila dengan Upin & Ipin rupanya.

Selepas tu, semasa menunggu di guest room.. kebetulan terserempak dengan Fabulous Cat... jadi dorang pun tak lepaskan kesempatan amik gambar sama2... Hmm apa yg Ipin buat tu?


Baru keluar sekejap dah ditahan oleh Pija (yang baru pink tu). Pija ni masa tu ada kelas kat area2 situ... Rupanya pun peminat Upin & Ipin... memang jalan kat mana2 sudut MediaPrima ni mesti kena serbu... sampai makcik cleaner pun nak amik gambar.

Yang ni pulak beberapa staff kat floor Tv3 yang sakan bergambar dengan Upin & Ipin ni. Tak sangka ramai peminat dorang ni dari kalangan media. Walaupun orang kat dalam maskot tu tidaklah berapa comel... tapi bila nampak je maskot Upin & Ipin mesti dorang cakap... "alaaa comelnya".... ok la.. jeles skit la.. tapi still tak nak jadi maskot...

Sempat pulak saya curik gambar teah semasa sedang makeup. Kat sini sebelum any shooting, mesti kena touchup... Hai.. kecik2 dah pakai listick nii.. apa nak jadi niii


Pada hari yang sama jugak, saya dengan bermodalkan Teah... berjaya memasuki studio HOTFM. Kononnnya Teah ni peminat Farah Fauzana (mmg ye pun) tapi saya pun nak jumpa jugak Farah Fauzana dan Faizal Ismail.. kalau time2 biasa mesti susah nak serbu cam ni... Kebetulan Farah ni pun minat jugak kat Upin & Ipin, jadi macam jejak kasih le sikit... Kalau sapa perasan Farah dalam rancangan Melodi dan HotFm selalu sangat cakap "Betul.. Betul... Betul"

Jadi dengan modal tu tadi, saya dapat bergambar dengan DJ pujaan hati HotFm. Walaupun sekejap saje kat situ, tapi dorang sempat jugak rekod suara Teah untuk promo. Menjadi PR kepada Teah sungguh seronok sekali kerana impian saya juga boleh tercapai... haha. Lepas ni ada apa2 urusan dengan Teah, contact saya ye.

Lastly, saya paksa Teah untuk bergambar sebagai bukti saya PR dia pada hari tersebut. Macam biasalah, Teah bila on saja camera mestilah senyum lebar...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...