Followers

Tuesday, February 17, 2009

Malam Bersama GENG

"Malam Bersama Geng" anjuran Les' Copaque bersama Geng's Corner merupakan salah satu kerjasama yang pertama kali diadakan. Selepas beberapa minggu berbincang dengan Kak Zu (owner Geng Corner)akhirnya dapatlah jugak menjayakan mini event ni. Geng's Corner yang terletak depan opis aje.. memang memudahkan untuk menjalankan event macam ni.


Bermula sekitar pukul 8malam, pengunjung dihiburkan terlebih dahulu dengan tayangan TMO dan beberapa episod Upin & Ipin sementara tunggu kemuncaknya bila nak ending nanti. Tak sangka ramai pulak yang datang, memandangkan event ni diiklan kat website dan bagi flyers sahaja.
Pada malam tersebut, LCP ada membuka booth jualan kecil-kecilan untuk memudahkan peminat mendapatkan barangan eksklusif GENG. Antara yang ekskuslif pada malam tu ialah MUG Geng yang tak dijual di kedai WOG. Biasanya kalau ada event atau apa2 hari istimewa baru mug ni muncul.

Saya selaku emcee pada malam tu berduet dengan Idaman sedikit sebanyak memeriahkan acara malam tu (kut). Adalah tanya kuiz sedikit sebanyak.. dan interview orang yang datang. Gambar kat atas ni ialah adik Hakimi yang dulu2 lagi saya dah pernah terjumpa dia di event2 yang lepas. Dah besar dah sekarang tapi still maintain comel.

Adik Hakimi yang hanya mengangguk bila ditanya "Ingat abang tak lagi?" berpakaian baju Upin & Ipin yang original. Dah lama dah dia beli ni masih muat lagi ye... sayang adik kimi.

Pada malam tu jugak, antara yang ditunggu ialah maskot Upin & Ipin. Ramailah peminat yang mengerumuni maskot2 ni untuk bergambar. Amboi... memang sentiasa glamour la dorang ni... mengalahkan artis.

Pada malam tu, maskot yang digunakan ialah maskot baru.. still bau kedai lagi. Maskot baru ni lebih comel dan mudah bergerak. Betul ke comel?

Kalau comel kenapa adik ni menangis ni? ish ish Mungkin menangis tanda gembira. Oklah, secara keseluruhanya mini event di GENG corner memang best. Cuma lepas2 ni macam susah nak buat kat GENG corner dah... sebab krew GENG kena bergerak ke arah selatan dan utara pulak lepas ni. Kat mana? haaa kena la tungguu...

p/s: Mungkin orang akan cakap saya comel kalau saya pakai maskot jugak .. uhuk


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...