Followers

Thursday, February 05, 2009

The Making Of GENG

Seperti yang kita tau, filem GENG hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ditayangkan di pawagam. Semasa artikel ni ditulis actually hanya tinggal 4 hari lagi... Jadi mungkin juga telah ramai yang sudah menyaksikan The Making Of GENG yang sudah pun ditayangkan di tv melalui beberapa saluran seperti astro ria, tv9, tv3, ntv7 dan juga RTM.


Semua proses yang diambil semasa proses penghasilan GENG diterangkan di dalam TMO ni dengan gaya dan cara Les' Copaque tersendiri. Setakat ni respon yang diterima terhadap TMO sangatlah memberansangkan. Kebanyakannya berpendapat TMO yang dihasilkan ni sungguh unik dan kelakar. Terima kasih kepada semua yang betul2 suka TMO ni.

Ye, jangan betulkan siaran TV anda kerana memang itulah muka saya. Muat jugak masuk TV. hehehe. Skrip buat sendiri jadi ada byk jugak la tersasul sana sini. Sejak dah masuk TMO ni, ada jugaklah yang dah cam muka saya bila jumpa di tempat public. Siap ada yang nak bergambar.

Jadi kepada yang masih belum menyaksikan TMO ni, anda boleh menonton video TMO ni di http://www.gengthemovie.com




1 comment:

  1. venixx @ ajiz10:15 AM

    hmmm...dah tengok banyak kali dah..cool kan mr ha x5...he3dah femes la zarin skg ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...