Followers

Tuesday, February 17, 2009

Kita semua GENG

Yang pasti pada tarikh topik ni ditulis, GENG telah pun bermula tayangannya dan hari ini genap hari ke 5 tayangan. Bermula dari sebelum dan selepas tarikh tayangan saya begitu sibuk sehingga tarikh 12 Feb 2009 pun saya tak dapat update blog pasal tarikh tayangan.

Poster GENG di pawagam

Review? Oklah, takkan la saya nak review pasal filem GENG. Just, nak kongsi mengenai pendapat dan pengalaman yang dilalui sebagai salah seorang krew Les' Copaque terhadap filem GENG ni.

Nampak sahaja poster GENG di panggung wayang memang memberikan impak kepada semua staff Les' Copaque. Bukan sebab design atau printing posternya... tapi saya ingat lagi pada peringkat awal dulu semasa proses nak hasilkan GENG... masing2 percaya yang kita mampu buat filem.. tapi tak tau bila akan siap... semuanya diexplore sendiri. Dari animation, rendering nak render berapa besar untuk wayang... kalau nak render kat renderfarm macam mana nak start.. semuanya tertanya-tanya dan masih kabur-kabur ketika itu. Sebab itulah kalau nampak je poster GENG di pawagam mostly staff LCP akan terasa sebak... (sikit la..) sebab semuanya kita usaha sendiri.

Kalau tanya sapa2 staff LCP dorang akan cakap yang untuk hasilkan GENG ni bukanlah sesuatu yang mudah... semua orang atleast sekali pernah terdetik untuk putus asa kerana tanggungjawab yang dipikul sangatlah berat.. tapi oleh kerana semuanya percaya dan saling memberikan semangat diantara satu sama lain, akhirnya usaha itu tak pernah padam. Saya tak dapat bayangkan apa yang akan saya lakukan sekiranya saya bukan salah seorang staff LCP. Bukan sahaja buat apa yang saya suka, tapi bekerja di LCP bagaikan sebuah keluarga yang besar. Kebanyakan dari kami meluangkan masa bersama lebih dari luangkan masa dengan orang lain.

Hampir 3 tahun saya di sini.. bukan sahaja bangga kerana mempunyai team yang mempunyai kerjasama yang tinggi, tetapi selama 3 tahun ini GENG juga telah berjaya merubah cara pemikiran dan pendirian saya. Saya masih ingat pada peringkat awal diterima kerja, saya hanya ingin mahir dalam rendering sahaja... kalau tinggi sikit pun mungkin nak render animation yang lebih cantik dari biasa.. itu sahaja.

Selepas diduga dengan pelbagai cabaran, diam tak diam saya sudah menceburi banyak bidang. Saya pernah menjadi render artist, storyboard artist, web designer, modeller, pernah jadi animator sekejap dan yang terbaru ialah bergiat dalam pengurusan event. Kalau dulu saya takut nak present, tapi sekarang saya berebut nak present. Begitu banyak masalah yang pernah saya harungi di dalam GENG sehingga saya rasakan masalah yang lain begitu mudah nak diselesaikan.

Antara kata-kata semangat yang selalu saya pegang ialah :


1. TO BE GREAT LEADER YOU HAVE TO BE GOOD FOLLOWER
2. LEADER IS A ROLEMODEL


Oklah, kita bercakap pasal GENG pulak...

Bermula sahaja tayangan GENG dipawagam, nampaknya banyak gila respon yang amat baik diterima dari pelbagai sumber seperti blog dan website. Saya sendiri sudah tengok beberapa kali sebagai penonton. Perasan semasa menonton GENG bersama-sama orang lain dipawagam amat berbeza kerana saya sudah tahu apa yang akan berlaku. Sekiranya orang lain sedang focus pada jalan cerita, saya pula sedang focus kepada shot number, rendering dan macam2 lagi... memang tak boleh lari, sebab dah bertahun-tahun buat.


Antara scene yang paling saya tunggu2 ialah scene suspen. Saya tunggu reaction orang ramai kerana scene ini ialah scene yang paling menonjol. Kebanyakan penonton akan menjerit bila nampak hantu durian dan membuat bunyi "eeeee" bila nampak lipan di kepala Rajoo (tak spoiler ye... ada dlm trailer). Bila part kelakar pula, ada yang gelak sampai terbatuk-batuk. Memang susah nak buat orang ketawa sebenarnya...


Bila part ending pula, ramai orang yang beri tepukan gemuruh... dan ada juga yang tidak sabar nak keluar panggung. Tapi kat GENG ada beberapa ending... kadang2 saya bercakap dalam hati, jangan la keluar lagi.. still ada lagi ni... Seolah2 mendengar apa yang saya fikirkan.. penonton akan berhenti dikaki tangga bila ending istimewa itu muncul... Semasa inilah, gelakan dan tepukan yang paling hebat saya dengar.... Tak kurang juga yang sambil turun tangga tu, sempat pula bercakap "Memang berbaloi la RM11 aku ni".


Rasa penat lelah selama ini seolah-olah berbayar dengan hanya mendengar pujian dan rasa puas hati dari orang ramai. Perasan seumpama ini sungguh priceless. Tak pernah terbayang saya akan berada diposisi sebegini dulu. GENG seolah-olah telah menjadi 1 fenomena baru dalam dunia animasi dan hiburan di Malaysia.

Apa yang saya harapkan filem GENG ini berjaya mencapai target RM10 juta. Kepada sesiapa yang tidak tahu, budget filem GENG ialah RM4 juta lebih. Kutipan wayang akan dibahagikan kepada pihak wayang yang kebiasaanya lebih kurang 50% dari jumlah kutipan. Ini bermakna dari RM10juta, kami hanya mendapat RM5 juta bersih. 5% dari jumlah ini pula perlu diberi kepada distributor. Jadi jumlah bersihnya sekitar RM4 juta lebih. Sasaran ini hanya untuk memulangkan semula modal budget filem dan bukannya untuk mengaut untung.

Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menonton filem GENG. Dialog "Kita semua GENG" sememangnya sinonim dengan LCP dan semua peminat serta pihak yang pernah bekerjasama.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...